Idea Hadiah Kahwin– Majlis perkahwinan merupakan satu keraian di mana ramai ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan pasangan pengantin untuk menyatukan hati dan jiiwa. Ia juga merupakan majlis di mana semua yang hadir menunjukkan kegembiraan dan meberikan restu kepada pasangan pengantin di hari istimewa mereka itu. Sebagai simbol meraikan hari bahagia pasangan mempelai, memberi hadiah perkahwinan juga sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita.

“Tapi nak bagi hadiah apa ya?”

Mungkin kita selalu tertanya-tanya apa hadiah yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Kalau nasihat orang-orang lama molek jika kita berikan peralatan atau perkakas rumah yang sesuai digunakan bila dah tinggal di rumah sendiri nanti. Tapi ada juga dalam kalangan kita yang terfikir untuk memberikan hadiah yang lain dari yang lain. Ye lah kalau boleh hadiah tu kita je satu-satunya yang berikan kepada pengantin itu nanti.

Jadi kali ini kami nak kongsikan 10 idea yang anda boleh pertimbangkan untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

10 Idea Hadiah Kahwin Yang Unik

1. Peralatan Elektronik

Pengantin mana tak gembira kalau dapat barang elektronik kan? Dengan harga barang yang mahal mungkin terus hilang penat pengantin.

Kalau dulu, orang ramai suka bagi pembakar roti, blender dan hand mixer. Tapi sekarang ni dah modern. Banyak peralatan elektrik yang unik bahkan mampu milik lagi. Jadi antara barang elektronik yang boleh dijadikan hadiah kahwin adalah:

  • Vakum wireless
  • Waffle maker
  • Pengisar jus buah-buahan
  • Coffee maker
  • Water Dispenser
hadiah kahwin elektronik

2. Perkakas Dapur

Kalau nak dapur berasap lepas kahwin mestilah kena persiapkan perkakas untuk memasak kan?

Jadi apa salahnya kalau kita hadiahkan sekali dengan alatan memasak. Walaupun bunyinya tidak berapa unik tapi zaman sekarang ni macam-macam rekaan tau kuali, periuk dan segala macam jenis senduk.

Buka sahaja laman membeli-belah online, macam-macam jenis perkakas dapur kita boleh jumpa. Nak yang warna-warni pun ada tau. Barulah nampak eksklusif.

Kalau anda dengan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk kongsi duit. Boleh lah beli perkakas dapur dan berjenama mewah macam Vantage ataupun Corelle. Mesti teruja pengantin nanti.

hadiah kahwin pinggan mangkuk

3. Hamper Makanan

Nak hadiah unik kan? Haa yang ini memang paling unik punya!

Apa kata kita bagi hamper makanan pula. Bukan hamper macam zaman hari sukan sekolah dulu. Kali ini kita beri kelainan dan biar bersesuaian dengan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Untuk hadiah hamper makanan ini, anda boleh beri bahan masakan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk digunakan pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa idea hamper makanan yang boleh diberikan kepada pengantin;

  • Rempah ratus
  • Produk tin; susu, laici, sardin
  • Kicap, sos cili, sos tiram
  • Beras, tepung, gula
  • Kopi dan teh

Haa walaupun nampak macam bantuan mangsa banjir, tapi tak salah pun. Barulah unik kan! Yang penting berilah produk yang ada jenama. Balut hadiah ni pun cantik-cantik tau.

hamper makanan

4. Hadiah Kahwin Hiasan Rumah

Settle bahagian dapur. Ini pula idea hadiah kahwin yang bukan sahaja unik malah istimewa. Kalau dapat hadiah hiasan rumah ni memang senyum lebar pengantin. 

Antara hiasan rumah customize yang popular sekarang adalah;

  • Pokok palsu
  • Lampu hiasan
  • Jam dinding
Hiasan rumah

5. Alatan Senaman

Naik berat lepas kahwin ni memang sinonim lah kan. Ada sahaja orang yang akan mengusik pasangan pengantin. Katanya “lepas kahwin nanti naiklah berat badan tu!”

Jadi kalau anda rakan yang prihatin, hadiakan mereka alatan bersenam. Tidak perlu mesin-mesin yang mahal macam dekat gym tu. Cukup dengan alatan-alatan yang boleh digunakan untuk bersenam di rumah. 

Berikut merupakan beberapa idea alatan bersenam yang sesuai dijadiikan hadiah;

  • Dumbbell
  • Tali Skipping
  • Tikar Yoga
  • Bola Yoga
  • Alatan sukan: Racket Badminton
hadiah kahwin alat senaman

6. Bahan Bacaan Sebagai Hadiah Kahwin

Membaca itu jambatan ilmu. Jadi tak salah kalau lepas kahwin ni kita banyakkan membaca betul tak?

“Nak bagi buku apa untuk orang baru kahwin?”

Sebenarnya buku apa-apa pun sesuai, janji pengisiannya bermanfaat. Mungkin ini antara buku yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin;

  • Fiqh Perkahwinan
  • Majalah Keluarga
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Panduan Perkahwinan
  • Nama-nama Anak
buku perkahwinan

7. Barang Kelengkapan Bilik

Haa jangan lupa ada satu lagi hadiah unik yang anda boleh pertimbangkan. Ya! Barang kelengkapan bilik tidur.

Barang-barang untuk bilik tidur ni berguna tau. Mungkin kalau dapat banyak, boleh digunakan untuk bilik-bilik lain selain bilik pengantin. Yang penting memang sesuai dan berbaloi.

Ini 5 idea kelengkapan bilik yang boleh dijadikan hadiah;

  • Karpet
  • Set cadar
  • Langsir
  • Bantal
  • Barang ibadah seperti sejadah dan rehal
hadiah kahwin bantal

8. Perabot

Bila dah lengkap peralatan dalam rumah, mesti kita nak ada tempat letak barang-barang semua ni kan. Oleh itu, Belikan perabot pun banyak manfaat tau.

Jangan fikir kalau perabot tu nak kena beli sofa ataupun meja makan. Di IKEA contohnya, banyak je perabot seperti rak yang mampu bilik. Boleh DIY lagi.

Antara perabot yang paling berguna adalah seperti berikut;

  • Rak buku
  • Rak kasut
  • Rak serbaguna
  • Meja kopi
  • Kerusi bean bag
rak buku

9. Pakej Percutian

Ya yang ini memang special. Selalu bagi hadiah dalam bentuk fizikal. Tapi kali ini kita raikan hari kebahagiaan mereka dengan menaja trip honeymoon!

Kalau ada yang bimbang pasal harga tu jangan risau lah. Sekarang ini, bercuti dalam negara pun seronok tau. Banyak tempat kita boleh terokai.

Sebagai contoh jika anda ingin menghadiahkan pakej percutian ke Pulau Perhentian. Untuk 3 hari 2 malam boleh dapat bawah RM500 tau! Murah je. Jimat duit pengantin nak fikir untuk honeymoon mereka nanti. 

pakej honeymoon hadiah kahwin

10. Hadiah Kahwin Rare!!!

Idea hadiah perkahwinan yang terakhir sekali adalah hadiah yang rare!

Kenapa rare? Sebab hadiah ni kita sendiri yang design untuk pengantin. Barulah ada nilai sentimental. 

Yang bestnya, hadiah ni boleh customize tau. Cakap sahaja yang buat design apa, gambar pengantin, ucapan ringkas atau apa sahaja rekaan anda sendiri kini semuanya tersedia. 

Setiap rekaan yang anda inginkan boleh dijadikan hadiah yang bermanfaat. Antara jenis hadiah tersebut adalah;

  • Canvas dinding
  • Sarung bantal
  • Frame tambar
  • Tote bag
  • T-Shirt bergambar

Secara asasnya, mencari hadiah perkahwinan tidaklah sesukar mana. Terdapat pelbagai jenis dan jenama barangan di pasaran yang boleh dijadikan hadiah perkahwinan.  Namun begitu, ianya tidak sama dan tidak seistimewa dengan hadiah yang anda reka sendiri atau hadiah berbentuk peribadi. Hadiah daripada rekaan sendiri ini adalah jauh lebih murah daripada hadiah2 yang anda boleh dapati di pusat membeli belah.

Kalau anda nak tahu, anda bukan sahaja boleh hantar pesanan untuk mencetak hadiah kahwin tau. Sebenarnya anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang percetakan.

Ya! Jom buat duit dengan kami dan jadi sebahagian daripada puluhan usahawan percetakan yang telah berjaya. Jangan risau, untuk anda kami tawarkan pakej yang menarik serta pelbagai promosi. 

Kami juga sediakan latihan keusahawanan untuk anda. Kami berbesar hati untuk membimbing anda untuk meraih keuntungan. Jom sertai kami segera!

Jana Pendapatan Anda melalui Perniagaan Percetakan Hadiah
Hubungi kami sekarang untuk keterangan lanjut!!! 

Nama Syarikat:DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Nombor yg Boleh Dihubungi:019.3233.864 / 019.3232.556 /019.3232.740
Website:www.DIYPrintingSupply.com
Emel:enquiry@DIYPrintingSupply.com
Facebook:www.facebook.com/diyprintingsupply

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?