Sebagai pemilik kereta, sayangnya kita pada kereta itu seperti sayang kepada anak sendiri kan? Setiap masa nak dijaga dengan elok dan elakkan daripada sebarang kecelakaan. Ini termasuklah cara penjagaan dari sudut kebersihan. Paling kurang anda perlu membasuh kereta anda dua kali seminggu. Tapi rajin je nak pergi car wash?

Ada kalanya kita rasa berat hati untuk mengeluarkan wang untuk membasuh kereta di car wash. Tapi pada yang sama kita tiada masa pula untuk membasuhnya sendiri di rumah. Ramai yang kurang peralatan ataupun menganggap proses mencuci kereta ini mengambil masa yang panjang jika mencuci sendiri.

Tapi sebenarnya senang sangat nak cuci kereta ini. Lebih-lebih lagi kalau kita ada ahli keluarga yang sama-sama membantu. Secara tak langsung kita dapat mengeratkan hubungan dan mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.

“Macam seronok je. Tapi macam mana nak cuci kereta sendri?”

Mudah sahaja. Apa yang anda perlukan hanya beberapa alatan dan yang paling penting sekali mestilah kena ada air!

Baiklah untuk artikel kali ini kita akan bersama-sama mempelajari bagaimana untuk basuh kereta sendiri setanding macam car wash.

car wash

10 Langkah Cuci Kereta Bersih Macam Car Wash

1. Lihat keadaan kereta

Pertama sekali adalah melihat kondisi kereta. Selidik terlebih dahulu bahagian mana yang mempunyai kotoran, calar, kemek dan lain-lain. Ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti masalah pada kereta anda dan menyediakan alatan untuk membaikinya.

2. Cuci kotoran degil

Seterusnya adalah mencuci kotoran degil. Selepas lebih dua minggu kita menggunakan kereta, mungkin terdapat kotoran degil seperti najis burung, lumpur dan lain-lain lagi. Ambil dahulu kain yang basah untuk singkirkan kotoran itu daripada melekat di kereta. Ia akan memudahkan anda untuk mencucinya nanti.

cuci kereta

3. Lap debu pada kereta

Habuk dan debu pada kereta ini memang akan sentiasa melekat. Jadi sebagai langkah penjagaan yang lebih rapi. Anda boleh juga mengelap debu pada kereta anda. Gunakan sahaja bulu ayam di seluruh kereta supaya habuk pada kereta tidak terlalu tebal.

4. Sediakan alatan penting

Pada masa yang sama, anda memerlukan peralatan asas seperti sabun, span, baldi dan gayung. Sediakan guna alatan tambahan jika ada calar pada kereta anda seperti krim anti calar. Perlu diingatkan bagi memudahkan proses pembersihan kereta, sebaiknya anda parkir kereta anda di kawasan yang berdekatan dengan paip air.

5. Gunakan kaedah ‘3 baldi’

Untuk apa sediakan sampai 3 baldi air ni? Ini tips untuk memudahkan anda sepanjang proses mencuci kereta. Berikut ada keperluan bagi air dalam ketiga-tiga baldi tersebut.

  1. Satu baldi air untuk membasahkan kereta
  2. Satu baldi air berserta sabun untuk membasuh keseluruhan kereta
  3. Baldi air yang terakhir untuk membilas kereta

Ini konsep yang mudah untuk anda praktiskan. Tetapi jika anda ada paip dan kuasa air yang baik, hanya anda memerlukan satu baldi air sabun sahaja. Kemudian boleh terus ‘tembak’ kereta anda sampai bersih.

car wash

6. Cuci bahagian tayar

Untuk cucian yang lebih baik, anda boleh fokuskan pada beberapa bahagian. Antaranya adalah tayar, bumber dan lampu kereta. Kawasan ini antara yang paling banyak terdedah dengan lumpur dan habuk. Bagi lampu pula, ada kemungkinan selepas beberapa tahun ianya akan bertukar menjadi kabur.

7. Bilas kereta

Selepas selesai cucian, bilas kereta anda dengan air yang mencukupi. Lakukannya beberapa kali bilasan bagi memastikan tiada kesan sabun yang tertinggal. Jika tidak betul-betul bersih, kesan sabun tersebut akan meninggalkan kesan tompokan yang melunturkan cat kereta anda.

cuci tayar kereta

8. Penjagaan tambahan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika ada kemek atau calar waktu inilah untuk anda melalukan penjagaan tambahan tersebut. Pastikan anda dapatkan produk yang betul dan selamat untuk digunakan. Kemudian anda hanya perlu aplikasikan produk tersebut mengikut arahan yang ditetapkan.

Anda juga boleh mencuba produk penjagaan tambahan seperti spray kabus untuk cermin dan penggilap tayar. Boleh dapatkan di kedai aksesori kereta. Kalau nak lagi mudah boleh sahaja ke MR. DIY. Barulah wow!

9. Bersihkan kawasan dalam kereta

Lepas selesai cuci luar kereta, jangan abaikan kebersihan dalam kereta pula ya!

Apa yang anda perlu lakukan adalah kutip semua sampah yang ada di dalam kereta anda. Mesti banyak kertas, surat dan resit kan? Jadi buang yang itu terlebih dahulu. Kemudian keluarkan karpet alas kaki dan buangkan habuk. Akhir sekali, jika anda ada vakum, boleh lah anda sedut kesemua habuk yang ada. Oh satu lagi. Lap bahagian dashboard hadapan dan belakang kereta anda serta semburkan pewangi atau pembasmi kuman bagi memastikan kenderaan anda lebih bersih.

10. Keringkan kereta

Langkah terakhir adalah dengan mengeringkan kereta. Lap kereta dengan kain kering dan pastikan kereta anda diletakkan di bawah cahaya matahari agar ianya lebih cepat kering dan tidak memberi kesan kepada mana-mana komponen besi. Tinggalkan untuk 1 hingga 2 jam dan kemudian parkir semua di tempat yang berteduh.

bersihkan tingkap car wash

Mudah je kan? jadi gunakan masa terluang pada hujung minggu ini untuk bersama-sama mencuci kereta bersama keluarga. Jika anda bujang, jadikan aktiviti ini sebagai senaman untuk anda. Duit pun jimat dari kena pergi car wash. Kadang-kadang perasaan dapat cuci sendiri ni puas juga. Barulah boleh test power kebolehan sendiri.

Lepas dah test power untuk cuci kereta. Apa kata anda test power pula untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan. Nak jual apa? Di DIYPrintingSupply anda boleh jual customize gifts tau! Boleh buat side income dan nak cuba hobi baru pun boleh. Pelabagai pakej menarik kami tawarkan untuk anda. Jika berminat dan nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?