Modal merupakan elemen yang penting dalam menubuhkan sesebuah perniagaan. Seperti yang kita maklum modal peniagaan adalah sumber yang perlu disediakan oleh peniaga sebelum memulakan perniagaan. Antaranya adalah kewangan dan stok. Modal ini termasuklah asas peniagaan yang lain seperti tanah, buruh dan usahawan itu sendiri. Bagi mereka yang tiada modal perniagaan, jangan risau, sekarang di Malaysia kita dan ada banyak pinjaman perniagaan yang ditawarkan

Peningkatan Peniaga Yang Berdaftar

peniaga kecil

Di musim pandemik Covid-19 yang getir sekarang ini, ramai yang memilih untuk berniaga setelah ada yang hilang kerja dan sumber pendapatan keluarga. Malah peningkatan ini dibuktikan dengan data dari SSM di mana bilangan perniagaan baharu yang didaftarkan antara tempoh Mac dan Oktober tahun ini jauh mengatasi jumlah entiti perniagaan yang menutup operasi mereka semasa tempoh tersebut meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP)

Berdasarkan laporan Bernama, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjelaskan sebanyak 281,781 perniagaan baharu didaftarkan dalam tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, disebabkan modal yang terhad, mereka hanya mampu meniaga kecil kecilan dan hanya memperoleh keuntungan yang rendah. Namun begitu, seperti yang dinyatakaan di sebelum ini, banyak pinjaman perniagaan yang disediakan oleh bank dan perbadanan kerajaan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kelayakan untuk terima pinjaman ini?

Haa jadi untuk kali ini kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda 10 pinjaman perniagaan terbaik yang anda boleh cuba untuk tahun 2021.

Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan PKS Bumiputera 2021

1. Tekun Nasional

TEKUN Nasional dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mereka menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Antara pinjaman yang disediakan oleh pihak :

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i
  • AR-RAHNU TEKUN
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
  • Tekun Mobilepreneur

Pembiayaan yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi TEKUN Nasional.

pinjaman perniagaan tekun

2. Pinjaman Perniagaan TERAJU

Badan seterusnya yang menyediakan pinjaman perniagaan adalah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Unit strategik ini diterajuai oleh Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan dengan dana sebanyak RM100 juta.

Dana Teras pula bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS). Boleh semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU.

3. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Pembiayaan perniagaan seterusnya adalah dari.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).

Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Antara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia adalah:

  • Skim i-Mesra
  • Skim i-Srikandi
  • Skim i-Wibawa
  • Skim i-Sejahtera
  • Skim i-Bestari
  • Skim i-Penyayang

Antara syarat untuk menyertai AIM adalah pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,855 atau per kapita RM 838, dan pemilikan aset yang tidak melebihi jumlah RM 50,000.

Untuk maklumat lanjut tentang Amanah Ikhtiar Malaysia, sila rujuk di sini.

pinjaman perniagaan AIM

4. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Skim pinjaman MARA atau pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.

Keistimewaan skim pembiayaan ini adalah patuh syariah, mudah dan cepat.

Berikut adalah antara kemudahan pembiayaan MARA

  • Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  • Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  • Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  • Program Mobilepreneur Food Truck
  • Program Rantaian Industri (PRiN)
  • MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  • Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  • SPiM Tekno
  • Program Galakan Eksport (GEB)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Banyak kan? Untuk tahu lebih lanjut boleh rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan.

5. Pinjaman Perniagaan PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula menyediakan pakej pinjaman perniagaan untuk usahawan Bumiputera.

Berapa banyak PUNB offer? Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM100,000 hingga RM10 juta bagi tempoh bayaran balik 10 tahun.

Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan seperti Program JUMPER. Nak tahu lebih lagi? sila layari Portal Rasmi PUNB dan semak kelayakan anda.

pinjaman perniagaan PUNB

6. SME Corp

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

Pelbagai program oleh SME Corp melalui SME Bank menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAP 2.0 contohnya menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp. Malaysia

7. Hijrah Selangor

Berita baik untuk penduduk Selangor! Pinjaman mikrokredit perniagaan Hijrah Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan pinjaman mudah, cepat dan tidak membebankan kepada rakyat.

Selain pinjaman Mikro kredit, Hijrah Selangor juga menawarkan pakej pembiayaan ‘Zero to Hero’ yang melaksanakan sistem mentoring.

Maklumat lanjut tentang skim pembiayaan pinjaman perniagaan ini boleh didapati melalui laman web https://www.hijrahselangor.com/

atau

Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: +603 5519 1692

bantuan perniagaan Hijrah Selangor

8. Pinjaman Perniagaan Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN menyediakan pinjaman BSN Micro/i Kedit Prihatin. Pinjaman ini memang ditawarkan untuk mengurangkan beban dikalangan usahawan, peniaga, penjaja sepanjang gelombang COVID 19 ini.

Manfaatnya boleh dilihat melalui kaedah pembayaran semula pinjaman perniagaan ini. BSN memberikan anda tempoh moratorium di mana peminjam hanya perlu mula bayar bayaran bulanan 6 bulan selepas tempoh kelulusan. Selaini itu, tiada kadar faedah keuntungan yang dikenakan iaitu 0%. Untung kan?

Pinjaman ini memang ditawarkan untuk mengurangkan beban dikalangan usahawan, peniaga, penjaja sepanjang gelombang COVID 19 ini.

Setiap usahawan mikro disediakan pelbagai segmen iaitu sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum di bawah BSN Micro/i-Kredit Prihatin dalam tempoh pembiayaan atau pinjaman antara satu hingga 5.5 tahun.

Maklumat lanjut: https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1665

9. Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk Bank Rakyat

Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

Maklumat lanjut:

Bank Rakyat juga menyediakan Pembiayaan Qaseh Biz-i khusus untuk usahawan wanita.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

10. Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam

Pembiayaan Mikro BangKIT adalah program yang menyediakan pembiayaan mikro mampu milik kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tetapi memerlukan modal kerja dan/atau pembiayaan untuk perbelanjaan modal.

Selain itu, pelanggan juga akan dilengkapi dengan latihan perniagaan praktikal dan mentor oleh pembuat perubahan yang dilantik untuk kembangkan perniagaan dan kemampanan.

Ditawarkan di bawah kontrak al-Qard (tanpa faedah), Pembiayaan Mikro BangKIT menyediakan pinjaman serendah RM500 hingga RM3,000 bagi perniagaan baharu dan RM3,000 hingga RM20,000 bagi pengembangan perniagaan dengan tempoh bayaran balik antara enam bulan dan tiga tahun

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.bankislam.com/corporate-info/social-finance-bank-islam/pembiayaan-mikro-bangkit/

Jika anda memasang niat berniaga boleh lah untuk selidik mana satu pembiayaan yang sesuai untuk anda. Dinasihatkan untuk anda rancang jumlah pinjaman yang anda ingin mohon. Pastikan jumlahnya bersesuaian dengan perniagaan anda dan anda mampu untuk membuat pembayaran semula.

Kalau ada saudara atau kenalan yang baru nak berniaga tapi tiada modal tu boleh kongsikan artikel ini. Lagi ramai yang baca, mungkin lagi ramai baca lagi ramai yang kita boleh bantu mereka.

Bagi yang nak gunakan pinjaman perniagaan ini mulakan perniagaan baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada, kami ada idea untuk apa. Apa kata anda ceburi bidang perniagaan percetakan.

Menarik kan? macam-macam benda yang anda boleh cipta dan niagakan bila ada mesin percetakan. Antara yang paling popular semestinya cenderamata seperti t-shirt, mug, tote bag dan banyak lagi.

Jom sertai kami di DIYPrintingSupply untuk menjadi sebahagian daripada usahawan yang berjaya. Pelbagai pakej menarik yang kami tawarkan. Tidak dilupakan latihan keusahawan juga kami sediakan. Barulah boleh jadi expert nanti, sales pun melambung. Inilah masany! Jom buat duti dengan kami.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?