Siapa ingat lagi dulu balik sekolah panas-panas terus ke kedai atau ke rumah jiran untuk beli aiskrim Malaysia 50 sen? Waktu tu memang puas rasanya dalam makan dengan kawan-kawan. Rasa lega tekak.

Tetapi perasan atau tidak trend aiskrim Malaysia ini agak dilupakan pada sekitar tahun 2010 hingga 2015. Sebab apa ya? Mungkin kanak-kanak zaman sekarang kurang berminat ataupun mendapat saingan daripada jenama-jenama aiskrim lain di pasaran.

Namun bermula pada tahun 2020 ini seperti aiskrim Malaysia kembali mendapat sambutan orang ramai. Oleh itu, bagi menarik lebih ramai peminat aiskrim ini, banyak resepi-resepi baharu yang telah diolah dan menjadikan ia lebih kreatif.

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan 10 resepi aiskrim viral dan rare untuk anda. Siapa yang berminat untuk buat berniaga pun boleh tau!

10 Resepi Aiskrim Malaysia Viral

1. Aiskrim Milo

aiskrim milo
cookpad

RESEPI:

  1. 1 tin susu pekat manis
  2. 6 tin air (guna tin susu yang sama)
  3. 2 setengah sudu besar tepung jagung
  4. 2 penutup esen vanilla
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 5 senduk kecil serbuk Milo
  7. 30 helai plastik aiskrim

CARA PENYEDIAAN:

Tuangkan 1 tin susu pekat manis ke dalam periuk, kemudian masukkan 6 tin air (guna tin susu yang sama) dan masukkan 2 setengah sudu tepung jagung. Kacau rata supaya tidak berketul.

Masukkan 2 penutup esen vanilla, 1/2 sudu kecil garam. Hidupkan api memasak dan kacau. Apabila bancuhan susu tadi telah panas, masukkan 5 senduk kecil serbuk Milo. Kacau dan masak sehingga bancuhan mendidih, kemudian padamkan api memasak. Sejukkan.

Setelah sejuk, boleh tuangkan ke dalam plastik aiskrim, ikat dan simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Kemudian sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

2. Aiskrim Malaysia Pelangi

aiskrim malaysia pelangi
Cookpad

RESEPI:

  1. 1 tin susu cair
  2. 1 tin susu pekat
  3. 41/2 tin air masak
  4. 21/2 sdb tepung jagung
  5. Sedikit garam
  6. 1 sdk esen vanila
  7. 3 pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan susu pekat, susu cair dan air masak ke dalam periuk. Bancuh tepung jagung dan masukkan dalam periuk untuk dimasak. Kemudian masukkan esen vanila dan garam dan masak hingga menggelegak.

Tutup api dan masukkan ke dalam 3 bekas. Letak pewarna pilihan. Kacau sebati. Sejukkan. Selepas sejuk, masukkan adunan mengikut kesukaan secara selang seli. Ikat plastik aiskrim.

Masukkan ke dalam freezer untuk disejukbeku. Siap untuk dihidang.

3. Aiskrim Kacang Hijau

aiskrim kacang hijau
Cookpad

RESEPI:

  1. 400 gram kacang hijau
  2. 300 ml santan pekat
  3. 250 gram gula pasir
  4. 1 keping gula melaka
  5. 2 liter air
  6. 1 helai daun pandan di simpul
  7. Setengah sudu teh garam

CARA PENYEDIA:

Pertama sekali sedikan bubur kacang dahulu. Rebus kacang hijau sehingga empuk dan kemudian masukkan santan, gula, daun pandan dan garam. Masak sehingga mendidih dan sejukkan.

Selepas sejuk, masukkan kedalam plastik aiskrim dan simpan di dalam peti ais semalam sebelum dihidangkan.

4. Aiskrim Yogurt Jagung

aiskrim yogurt jagung
Cookpad

RESEPI:

  1. 1 cawan yogurt
  2. 1 batang jagung direbus dan disagat
  3. 1/2 tin susu pekat
  4. Perisa jagung KHH Double Lion
  5. Air masak secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

Campurkan jagung yg direbus dan disagat bersama sama 1 cawan Yogurt, kisar sebati. Terpulang nak halus mcm mana jagung tu ya.

Satukan perisa jagung dan susu pekat. Kemudian baru masukkan jagung yang dikisar bersama sama Yogurt tadi. Tambahkan air secukupnya. Dan boleh lah dimasukkan ke dalam bekas plastik aiskrim. Resepi ini boleh dapat dalam 7 batang aiskrim. Selamat mencuba!

5. Aiskrim Buah Naga

aiskrim malaysia buah naga
Cookpad

RESEPI:

  1. 1 biji buah naga merah
  2. 1 tin susu cair
  3. Setin susu pekat
  4. 6 tin air
  5. 2 sudu makan tepung jagung
  6. 1 penutup esen vanilla
  7. 1/2 sudu makan garam
  8. 29 helai plastik aiskrim

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan 1 tin susu cair ke dalam mesin pengisar. Kemudian masukkan buah naga yang telah dipotong. Kisar sehingga halus.

Di dalam periuk yang bersaiz besar, masukkan 1 tin susu pekat manis, 6 tin air, 2 sudu makan tepung jagung, 1/2 sudu makan garam dan 1 penutup esen vanilla. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan yang dikisar awal tadi. Kacau rata kemudian boleh lah dimasakkan atas dapur gas.

Masakkan sehingga mendidih. Kacau perlahan sepanjang tempoh memasak. Setelah didih, tutup api memasak. Sejukkan sebelum dituangkan ke dalam plastik aiskrim dan diikat. Selepas siap diikat, bekukan semalaman.

6. Aiskrim Malaysia Cheese

aiskrim malaysia cheese
Cookpad

RESEPI:

  1. 1 tin susu cair
  2. Setin susu pekat (blh guna 1/2 tin utk kurangkan manis)
  3. 3 tin air
  4. 3 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  5. 50 gram cream cheese tatura
  6. Secubit garam
  7. Filling blueberry atau strawberry

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan filling ke dlm plastik aiskrim menggunakan piping bag. Masakkan kesemua bahan dgn api sederhana kecuali cream cheese. Bila sudah mengeleggak, masukkan cream cheese dan masak sehingga sebati

Sekiranya adunan masih berketul, biarkan adunan suam dan blendkan dan tapis. Tunggu sehingga sejuk boleh di masukkan ke dalam plastik aiskrim.

7. Aiskrim Asam Boi

aiskrim asam boi
Cookpad

RESEPI:

  1. Asam boi secukupnya
  2. 10 sudu gula
  3. 1 liter air

CARA PENYEDIAAN:

Bancuhkan gula dan air hingga larut. Kemudian masukan asam boi. Dah siap!

Sekarang boleh terus masukkan dalam plastik aiskrim. Ambil asam boi masukan ke dalam plastik dan masukan air asam boi. Diingatkan untuk tidak mengisi air terlalu penuh supaya senang untuk menyimpul plastik. Ulangi proses hingga selesai. Bekukan dan sedia untuk dihidang. Ini resepi klasik lah kan!

8. Aiskrim Greentea

greentea
Cookpad

RESEPI:

  1. 2 sudu besar green tea
  2. secawan air panas
  3. 1 liter air suam
  4. 1 tin susu pekat manis
  5. Plastik aiskrim secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

Rendamkan green tea didalam air panas. Kemudian tapis dan buang hampasnya. Campurkan air teh tersebut kedalam air suam. Tambahkan susu pekat. Kacau sehingga susu larut. Sukatan susu pekat bergantung kepada citarasa sendiri.

Kemudian isi bancuhan air green tea ke dalam plastik aiskrim sehingga habis. Beku kan selama 24jam atau lebih dan sedia untuk dihidang.

9. Aiskrim Lemon Booster

lemon serai
Cookpad

RESEPI:

  1. 5 sudu gula
  2. Setengah jug air masak
  3. Sebiji lemon
  4. Sebatang serai
  5. 20 biji asam boi
  6. Secekak kecil daun pudina

CARA PENYEDIAAN:

Satukan gula dengan air dan perahan lemon.Campurkan daun pudina serai yang diketuk dan asam boi. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan sejukkan. Senang sangat kan? Rasa pun sedap. Sangat menyegarkan.

10. Aiskrim Malaysia Mangga Laici

mangga laici
Cookpad

RESEPI:

  1. 1 buah Mangga di potong dadu
  2. 1 Tin laici
  3. 100 g Sunquick perisa Laici Rose
  4. 750 ml Air
  5. 250 Air Laici
  6. 250 ml Susu Cair Full Cream
  7. 150 g Susu Pekat
  8. 2 sudu Tepung Jagung
  9. 100 g Gula Pasir

CARA PENYEDIAAN:

Masukan air dan gula pasir kedalam Periuk. Masak hingga mendidih. Tuangkan bancuhan tepung jagung kacau sebati, didihkan kembali, tutup api dan angkat.

Tuang Susu Full Cream, Susu Pekat, dan air laici. Masukkan pula Sunquick Laici rose,kacau sebati.

Masukkan potongan mangga dan laici kedalam plastik aiskrim. Tuangkan bancuhan aiskrim kedalam plastik, kemudian ikat. Buat sampai habis. Simpan dalam peti sejuk beku selama semalaman.

Nampak menyelerakan kan semua resepi ini. Nak sediakan pun mudah. Bagi yang nak buat berniaga pun modal tak besar sangat tau! Kalau dahulu harga aiskrim Malaysia ini dalam 50 sen je. Tapi sekarang boleh je nak jual RM1 hingga RM2 untuk sebatang aiskrim.

Kalau berminat untuk teruskan perniagaan aiskrim Malaysia boleh mulakan sekarang. Kalau bercadang untuk cuba perniagaan lain dari yang lain boleh cuba perniagaan percetakan. Seronok tau! Anda boleh ambil tempahan custom design untuk pelbagai jenis cenderahati. Ramai yang sudah menjadi usahawan berjaya bersama kami. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi kami, DIYPrintingSupply di sini. Jom sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?