Semua orang pasti suka makan ayam goreng kan? Tanyalah pada sesiapa sahaja mesti antara menu kegemaran mereka adalah ayam goreng. Kalau dulu kita suka sangat makan ayam goreng daripada fast food seperti KFC, tapi sekarang ini menu ini telah dipelbagaikan untuk menarik minat penggemar ayam goreng untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan pula, menu ayam goreng pula pasti akan dijadikan salah satu pilihan. Boleh dikatakan ayam goreng ini antara makanan comfort food dan fast selling di mana-mana kedai makan atau restoran.
Jadi untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan 10 resipi berasaskan ayam goreng yang anda boleh cuba. Boleh juga kalau nak jadikan menu berniaga tau. Mesti laku keras nanti!
10 Resepi berasaskan ayam goreng yang confirm sedap!
1. Ayam goreng crispy
Menu pertama ada ayam goreng crispy. Menu ini semestinya menjadi kegemaran ramai dan sangat mudah untuk dihasilkan. Antara bahan rahsia untuk jadikan ayam ini garing diluar tetapi masih mengekalkan kelembutan isi ayam adalah digoreng dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Kemudian digoreng menggunakan kaedah deep friend. Kalau beri pada anak-anak memang selera mereka makan. Cicah pula dengan sos cili.
Untuk resepi penuh boleh klik di sini.
2. Ayam goreng berempah
Siapa setuju ayam goreng berempah paling sedap bila kita makan di kenduri kahwin? Kalau dekat kenduri memang lain rasanya. Agaknya apa yang buatkan rasa ayam ni sedap ya? Haa kalau nak tahu, campuran beberapa jenis rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih, serbuk cili dan serbuk kari digunakan dalam adunan.
Kalau nak tahu resepi lengkap boleh tengok di sini. Nanti boleh cuba.
3. Ayam goreng kunyit
Menu seterusnya adalah ayam goreng kunyit. Ini pun mudah juga untuk sediakan. Kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan memang jilat jari! Ada juga ayam kunyit versi ayam yang dipotong lebih kecil dan digoreng bersama sayur seperti lobak merah dan kacang panjang.
Kalau nak cuba boleh usha resepi di sini ya!
4. Ayam goreng pandan
Sedapnya kalau dalam makan ayam goreng pandan dengan nasi lemak. Ayam yang digoreng dan dibalut rapi dengan daun pandan semestinya memberi aroma dan rasa yang istimewa. Kalau cuba masak sekali mesti nak masak lagi banyak kali.
Jom try resepi ni. Klik di sini untuk senarai bahan dan cara memasak.
5. Ayam masak bali
Jauhnya resepi ini dari seberang. Bukan lah! Nama sahaja ayam masak bali. Untuk menu ini memang sedap kalau dimakan bersama nasi minyak atau nasi hujan panas. Jika ditanya soal rasa, ayam masak bali ini diantara masak sambal dan masak kicap. Kunci kepada menu ini adalah penggunaan sos tiram dan air asam jawa untuk memberikan rasa yang istimewa.
Belum pernah cuba ke? Klik resepi ini untuk cuba masak di rumah.
6. Butter chicken
Menu viral ini siapa yang tak pernah cuba memang rugi! Gabungan ayam goreng yang rangun bersama kuah mentega yang berlemak memang kombinasi yang menarik. Bagi yang sukakan pedas, boleh juga tambah hirisan cili pada dan daun kari untuk dapatkan rasa yang lebih enak. Mudah je bahannya. Kalau masak 30 minit dah siap.
Nak tahu cara memasak boleh klik di sini okay!
7. Lemon chicken
Ini satu lagi menu yang viral. Rasa ayam yang rangup dan masam lemon tu memang terangkat lah! Selalunya lemon chicken ini dijadikan snack atau boleh juga dimakan bersama nasi. Kalau pergi ke kedai makanan Korea, ayam lemon ini pastinya menjadi pilihan pelanggan.
Tapi kalau makan dekat kedai tak puas. Nak puas kena masak sendiri lah kan. Nah resepi boleh klik di sini.
8. Ayam goreng korea
“Saraghae!” Ada yang dah jatuh cinta dengan Spicy Korean Chicken ni ke? Sampai sekarang menu ini masih viral dan mendapat sambutan hangat oleh peminatnya. Apa yang istimewanya adalah sos itu sendiri diimport dari Korea tau. Jadi memang susah kalau nak masak guna bahan sendiri. Nak tak nak kena beli juga sos istimewa itu.
Kalau nak dapatkan sos Korea itu senang je. Boleh beli dari platform online. Nak tahu cara masakan boleh lihat di sini.
9. Chicken marryland
Lagi jauh kita pergi ke bahagian Amerika Utara iaitu menu Chicken Marryland. Ayam yang digoreng rangup dengan serbuk roti dan dihidangkan dengan sos cheese memang sedap rasanya. Tak salah kan kalau kita cuba pula masakan western. Siapa tahu masakan kita menjadi, boleh buat meniaga.
Nak masak Chicken Marryland ni tak susah pun. Kalau nak cuba boleh tengok resepi di sini.
10. Chicken and waffle
Menu chicken and waffle ni memang popular di negara barat. Ia dikatakan antara menu yang sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa tidak mengira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Gabungan ayam yang digoreng rangun dan waffle yang lembut adalah kombinasi yang paling menyelerakan. Untuk membangkitkan rasa, makanan ini biasanya dihidangkan bersama madu atau maple syrup. Lengkap rasa pedas ayam dan manis madu.
Kalau tiada mesin pembuat waffle boleh juga diganti dengan pancake. Jom kita try! ini resepi untuk anda.
Jadi menu mana yang anda paling berminat untuk cuba? Semua nampak sedap kan. Jangan lupa juga kongsikan artikel ini pada rakan yang lain. Ada masa nanti boleh saling bertukar makanan.
Bagi yang ingin meniaga menggunakan menu-menu di atas, anda boleh jadikan salah satu menu sebagai signature menu di kedai anda. Pilih di antara mana yang kurang persaingan dan boleh membawa keuntungan pada anda.
Kalau anda nak cuba perniagaan, kami cadangkan untuk anda cuba mulakan dengan bidang percetakan. Pelbagai pakej menarik cetakan cenderahati kami sediakan. Yang istimewanya lagi, kami tawarkan anda dengan latihan keusahawanan. Jom sertai kami! Kita sama-sama jana pendatapan dan belajar ilmu baru.