Ada diantara anda yang merupakan lady boss? Jika ya anda adalah antara individu yang berani menyahut cabaran. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam bidang perniagaan ini, ramai usahawan lelaki yang mendominasi. Namun tidak kira lelaki mahupun perempuan, sekiranya anda merupakan ketua dalam sesebuah organisasi syarikat, menjadi seorang pemimpin sememangnya sukar. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita.

Jika kita lihat perkembangan dunia keusahawanan, kehadiran usahawan wanita dalam pelbagai jenis bidang perniagaan kini bagaikan cendawan tumbuh dan semakin mewarnai industri perniagaan. Yang pasti, usahawan wanita tidak kurang hebatnya seperti usahawan lelaki. Lihat sahaja nama-nama besar seperti Faiza Bawumi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Dr Maznah Hamid. Tidak ketinggalan seorang figura awam yang tidak asing lagi iaitu Neelofa. Beliau telahpun membuktikan kepada Malaysia bahkan dunia bahawa usahawan wanita juga mampu berdiri setanding dengan usahawan lelaki lain. Sekaligus menunjukkan yang wanita juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan mampu merencana perniagaan dengan baik.

Kini, tiada apa yang mustahil. Sekiranya anda menyimpan niat dan mempunyai matlamat untuk memajukan perniagaan anda, inilah masanya! Jadi buat kaum wanita di luar sana, kami berbesar untuk berkongsi kepada anda beberapa panduan dan rahsia untuk menjadi seorang lady boss yang berjaya.

10 kunci kejayaan sebagai seorang Lady Boss

oprah lady boss

#1 Keyakinan diri

Yang pertama sekali adalah anda perlu percaya dan yakin pada diri sendiri bahawa anda mampu melakukannya. Dalam dunia keusahawanan ini, pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Anda sebagai Lady Boss bukan sahaja perlu bersedia secara fizikal, malah perlu kuat dari segi mental.

Yakin pada diri sendiri adalah sifat yang sangat penting. Ini kerana jika anda tidak yakin pada diri sendiri dan mempunyai keraguan terhadap apa yang anda lakukan, bagaimana orang lain akan mempercayai anda? Jadilah wanita yang berkuasa dan percayakan diri anda sendiri! Buang semua keraguan.

#2 Displin diri

Tanpa disiplin diri yang kuat, sesiapa sahaja boleh gagal dalam perniagaan. Disiplin ini adalah kunci kepada anda untuk terus bersemangat membina perusahaan anda sendiri. Lebih-lebih jika anda seorang wanita yang berkerjaya, disiplin adalah sangat diperlukan bagi memastikan anda sentiasa fokus dalam mencapai matlamat. 

Yang penting, anda perlu tetapkan misi, visi dan apa yang diperlukan untuk berjaya. Jika perlu, sediakan checklist untuk memastikan anda tidak tersasar daripada target anda. Ingat! Kunci kepada sesebuah kejayaan adalah usaha yang berterusan.

#3 Kemahiran komunikasi yang baik

Sebagai seorang pemimpin, anda perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk memimpin dan membuat rundingan. Seorang wanita sering dianggap kurang menonjol dalam berkomunikasi di khalayak ramai. Maka, untuk menjadi seorang Lady Boss yang berjaya, anda perlu menonjolkan cara percakapan yang meyakinkan. 

Jika anda mampu berkomunikasi dengan baik, bukan sahaja pekerja lain dapat menerima arahan dengan jelas. Malah, rundingan anda dengan rakan kongsi dan pelanggan juga akan berjalan dengan lebih lancar sehingga dapat menarik minat mereka terhadap produk anda.

#4 Pengurusan masa

Apabila membicarakan tentang wanita dan kerjaya, ramai mengatakan bahawa wanita tidak mampu mengimbangi kerjaya mereka dan masa bersama keluarga. Buktikan mereka silap!

Ambil peluang ini untuk belajar menguruskan masa di antara kerjaya dan keluarga. Semua orang di dunia ini diberikan 24 jam sehari. Maka tiada alasan untuk kita tidak uruskan masa dengan baik. 

Sebagai Lady Boss, anda perlu gunakan kebolehan ini untuk menetapkan matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam perniagaan anda. Ini akan membuatkan pekerja anda juga mampu untuk bekerja sejajar dengan perancangan anda. Okay?!

lady boss

#5 Sifat kepimpinan

Wanita juga boleh memimpin dengan baik sama seperti lelaki. Namun tidak dinafikan wanita ada emosinya yang tersendiri. Sehingga ada yang skeptikal wanita yang dikatakan mudah marah dan beremosi ketika mengepalai sesebuah organisasi. Amboi amboi amboi…

Jadi, di dunia yang serba moden ini, wanita perlulah menunjukkan sifat kepimpinan yang lebih kompeten. Jangan jadikan lelaki sebagai perbandingan. Malah jadilah diri sendiri yang mampu memimpin syarikat ke suatu tahap yang lebih tinggi.

#6 Rasional dan tidak emosi

Wanita kerap kali dikaitkan dengan ketidakkemampuan mereka menangani masalah dan kerap menggunakan emosi berbanding akal fikiran sewaktu membuat keputusan. Jangan jadikan ini sebagai penghalang. Tarik nafas sekiranya anda merasakan anda diganggu emosi dan jangan biarkan emosi mengganggu anda dalam membuat keputusan.

Pada masa yang sama, anda sebagai Lady Boss juga perlu ada peneman untuk meluahkan perasaan dan meminta pandangan. Ada kalanya pendapat orang sekeliling kita juga mampu menjadikan kita lebih berfikiran secara rasional.

lady boss

#7 Berpengetahuan

Sebagai seorang ketua, anda seharuslah lebih bijak dan lebih berpengetahuan dalam semua aspek. Ini kerana baik sesiapa pun dibawah anda, mereka anda memandang anda sebagai sumber inspirasi dan pengetahuan. 

Jadi ambil peluang ini untuk persiapkan diri anda dengan pelbagai ilmu kerana ianya akan membantu anda dalam membuat keputusan. Pengalaman juga turut mematangkan anda. Banyakkan bacaan dan bersosial dengan usahawan wanita lain untuk jadikan perkongsian tersebut sebagai inspirasi kepada anda.

#8 Sentiasa positif

Dalam perniagaan, akan ada banyak dugaan dan cabaran yang akan menimpa anda. Pasti akan ada satu saat yang anda mula berasa goyah, namun pun begitu kekalkan mindset yang positif dan sikap anda. 

Jika anda berada dalam keadaan yang tertekan, ambil sedikit masa untuk rehatkan minda dengan pergi bercuti ataupun luangkan masa bersama keluarga. Nescaya, selepas itu anda akan kembali bertenaga dan kekal positif.

lady boss

#9 Tidak berputus asa

Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada cabarannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika anda sebagai seorang wanita menggalas tanggungjawab sebagai seorang Lady Boss.

Namun, apa jua cabaran yang datang, jangan mudah berputus asa. Jangan sesekali anda menyerah kalah kerana setiap masalah ada penyelesaiannya. Cara jalan keluar dari setiap masalah yang menimpa. Percayalah, cara terbaik adalah mencari solusi dan bukannya menarik diri.

#10 Kesabaran yang tinggi 

Persiapan terakhir yang anda perlu ada untuk menjadi seorang Lady Boss adalah kesabaran yang tinggi.

Kata kunci sabar adalah penting disini. Sebagai seorang wanita, pastinya anda perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Jangan cepat melenting dan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pastikan anda menilai dari segala aspek sebelum membuat apa-apa perhitungan.

Ingat! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Itulah antara persediaan yang anda sebagai wanita perlu ambil perhatian untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi. Percaya pada diri dan sentiasa meletakkan mind set bahawa wanita yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

Jika anda seorang wanita yang masih belum ada perniagaan dan ingin ambil peluang menjadi Lady Boss, apa kata anda sertai kami untuk menjadi salah seorang usahawan dalam bidang percetakan.

Ya anda boleh asah kreativiti anda untuk menjual tote bag, mug bergambar ataupun button badge dan macam-macam jenis cenderahati yang ada. 

Dengan pakej dan promosi menarik, anda pasti tidak akan lepaskan peluang ini. Latihan keusahawanan juga kami sediakan tau. Ayuh sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?