Seperti satu lonjakan yang besar untuk pemilik pemotong CAMEO apabila pada tahun 2020, pelbagai lagi idea tercetus dalam menjadikan mesin ini sumber inspirasi untuk jana pendapatan dengan lumayan. Hasil kraf CAMEO semakin berkembang dan menjadi permintaan hingga saat ini.
Jadi jom kita lihat apa yang mampu mesin pemotong ini lakukan.
1. Pelekat / Label Baju
Sangat mudah sebenarnya untuk kita label baju dengan mesin pemotong CAMEO. Nampak macam ada jenama. Cukuplah untuk permulaan baru yang ingin bermula bidang percetakan pada baju.
Terutamanya bagi mereka yang ingin buat secara kecil-kecilan. Seperti tanda nama untuk anak-anak ke Taska. Maklum sajalah mudah tertukar baju dengan anak yang lain jika tiada tanda nama.
Sebenarnya ia tidak terhad pada label nama. Pemotong CAMEO juga amat sesuai jika ingin buat tampal nombor pada baju jersey.

2. Jute Bag
Khusus untuk para wanita, jute bag telah menambat hati mereka jika di lihat gayanya. Sebuah fesyen terbaru dengan tambahan gaya ikatan twilly di hujungnya.
Bertambah menarik lagi, jute bag ini bukan hadir dengan gaya kosong, tetapi tambahan nama, abstrak juga boleh dibuat dengan menggunakan mesin pemotong CAMEO.
Maka tidak hairanlah pelbagai corak & nama anda boleh ditulis disitu tanpa ada minimun order.

3. Dekorasi Belon
Ini juga telah menjadi sebuah hadiah yang menarik di samping berikan sejambak bunga yang cantik. Bagaimana ia belaku? Mudah saja dengan ada ukiran nama & ucapan pendek yang dilekatkan pada belon tersebut.
Mudahnya dengan menggunakan mesin pemotong CAMEO ini. Pelbagai corak dan nama boleh dibuat tanpa perlu memikirkan kos yang besar untuk buat tempahan.

4. Hiasan Kek / Cake Topper
Dengan menggunakan paper art card 260gsm sekurang-kurangnya dapat membantu pembuat kek menambah hiasan dengan lebih menarik. Tanpa perlu menggunakan agen untuk buat tempahan. Anda sendiri boleh lakukannya sendiri di rumah.
Menariknya juga boleh buat apa jua dekorasi, tulisan mahupun potongan yang digambarkan dengan mudah. Hanya menggunakan mesin pemotong CAMEO untuk cake topper.

5. Rantai Kunci Akrilik / Acrylic Keychain
Fenomena baru dengan tercetusnya pula idea untuk penghasilan rantai kunci yang nampak mewah & bergaya.
Walaupun pembuatannya agak remeh, tapi hasilnya amatlah lumayan. Apatah lagi kualitinya juga lebih tahan lama berbanding dengan pembuatan rantai kunci yang lain.
Dengan tambahan warna yang menarik dan seri dari pelbagai pilihan pelekat / vinyl sebagai aksesori tambahan.

6. Bingkai Akrilik Dengan Cahaya
Nampaknya bahan akrilik masih mendapat permintaan yang tinggi. Mungkin saja kerana hasilnya yang nampak lebih mewah dan mahal. Tahukah anda ukiran juga mampu dilakukan pada permukaan ini menggunakan mesin pemotong CAMEO?
Dengan hanya menukar mata pisau ke jenis Etching Blade. Ini bermaksud, ukiran kraf juga mampu dihasilkan menggunakan CAMEO bagi yang baru berjinak ke dunia percetakan.
Kebiasaannya permintaan ini selalu mendapat tempat di kalangan pasangan yang baru berkahwin, ada juga yang minta buat seperti cetakan cek sebagai tanda ganti mas kahwin dalam hantaran.

7. Cetakan Nama di Casing Phone
Bertambah menarik kita dapat hias casing phone tanpa ragu-ragu apa material yang digunakan. Ini kerana teknik pelekat menggunakan pemotong CAMEO boleh dilekatkan dalam apa jenis permukaan yang rata.
Apa jenis telefon pintar yang anda gunakan pun tiada isu bagi menjadikan kraf ini sangat bernilai. Sudah anda terasa hebatnya mesin pemotong CAMEO?

8. Label Barang Masakan di Dapur
Hingga ke dapur mesin pemotong CAMEO ini pergi. Tapi bukan untuk memotong bahan masakan. Ia amat berguna untuk yang gemar buat tanda atau label pada bekas masakan anda.
Hasil kraf ini sememangnya amat dekat dengan hati wanita bukan? Bukan sahaja boleh dibuat sebagai tambah duit sampingan, tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai hobi.
Bahan pelekat yang digunakan untuk jenis kraf ini, kebiasaannya adalah dari Sticker Oracle atau pun di kenali sebagai self-adhesive sticker jika dari DIYPrintingSupply.com
Pelekat ini juga punyai beberapa kod dan siri nombor. Jadi buat pilihan yang tepat sebelum anda ingin menggunakannya dengan pilhan material yang ingin ditampal.

9. Penanda Nama Buku
Kali ini, kegunaan mesin pemotong CAMEO ini kita beralih pada kanak-kanak. Wahh hebat bukan? Permintaan untuk kraf ini sangat lumayan dan tinggi apabila tiba musim awal persekolahan.
Walaupun begitu, ada juga yang menggunakan teknik yang sama untuk buat tanda nama pada botol perfume, barang jualan, tanda terima kasih & banyak lagi.
Kos yang rendah, tapi jualan amat menguntungkan. Hanya menggunakan pelekat kertas biasa atau transparent. Jangan lupa juga perlu ada printer untuk cetakan tulisan atau dekorasi.

10. Sampul Duit Raya Custom – Made
Raya kian tiba, semua sibuk dengan persiapan Hari Raya… lalala. Seronok bukan bila sampul duit raya pun kita boleh reka sendiri. Beserta ada nama keluarga, gambar keluarga juga mungkin. Meriah sungguh raya kali ini.
Potongan sampul lebih tepat dan kemas, malah ia hanya ambil masa berapa minit sahaja untuk menyelesaikan beberapa unit sampul. Kebiasaannya kami lebih menyarankan cetakan template sampul di A3 size sebagai langkah penjimatan.

Jadi apa kata anda sekarang? Ingin mulakan bisnes menggunakan mesin pemotong CAMEO. Jom KLIK disini untuk ketahui pakej yang kami tawarkan beserta latihan cara guna.