Minat nak buat bisnes tahun ini tapi tidak tahu bagaimana nak promosikan bisnes anda? Mengapa tidak gunakan Facebook Page sebagai platform untuk memasarkan perniagaan anda?

Ya! Kini dengan adanya platform media sosial, apa sahaja jenis perniagaan pun boleh dipromosikan. Tidak perlu lagi untuk mengiklankan produk atau servis anda dengan mencetak flyers dan pamplet. Ayuh beralih ke pengiklanan secara digital!

Seperti yang anda ketahui, Facebook telah digunakan oleh ramai orang dari pelagai golongan tidak kira tua ataupun muda. Di Malaysia sahaja, kita telah mencacatkan seramai 13.58 juta pengguna Facebook. Fuh ramai tu. 

Maka, tidak hairanlah jika banyak peniaga yang mula menggunakan Facebook untuk mempromosikan bisnes mereka. Melihat kepada trend ini, Facebook juga telah mengambil inisiatif untuk merancakkan lagi dunia perniagaan ini dengan menyediakan platform seperti ‘Facebook Business Page’. 

Kini, banyak halaman perniagaan jenama terkemuka yang menggunakan Facebook sebagai ruang pengiklanan dan bisnes mereka. Dengan sambutan yang luar biasa, jenama mereka kian dikenali dengan penggunaan media sosial ini.

“Kalau baru nak mula berniaga boleh ke buat Facebook Business Page?”

Ya, semestinya! Tidak kiralah sama ada anda baru sahaja memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau perniagaan besar, anda berpeluang mendapat banyak kelebihan dan manfaat daripada Facebook business page ini.

Keistimewaan Facebook Business Page

Apa kepentingan halaman perniagaan (business page) Facebook ini?

  • Mengembangkan perniagaan anda
  • Membantu mendapatkan pelanggan baru
  • Mengenal pasti sasaran pelanggan anda
  • Mengukuhkan perniagaan dan bina jenama
  • Menigkatkan trafik laman web

Menarik bukan? Jadi bagi mereka yang baru berniaga ataupun yang ingin memperbaikan Facebook Page anda yang sedia ada, jom ketahui 10 tips yang dapat kami kongsikan kepada anda yang ingin membuka Facebook Business Page anda.

10 Tips Faceboook Page Paling Berkesan

#1 Daftar akaun anda

daftar facebook page

Langkah pertama, layari Facebook.com/business dan buat halaman anda. Disini anda boleh mendaftar butiran halaman anda dengan lebih lanjut seperti nama halaman anda dan kategori bisnes anda.

Contoh; sekiranya anda dalam bisnes pakaian, anda boleh memilih kategori clothes dan dari situ, akan ada banyak pilihan kategori untuk anda pilih. Adalah sangat penting untuk anda memilih kategori yang betul kerana ini akan memberi banyak maklumat kepada pelanggan anda untuk mengenalpasti kedai anda.

#2 Hasilkan URL halaman anda yang unik

Anda boleh hasilkan URL laman anda dengan nama perniagaan anda. Sebelum anda menghasilkan URL, penting juga untuk anda mengkaji terlebih dahulu jenama-jenama lain yang menjual barang yang sama kategori dengan perniagaan anda. Jika ada yang sama, cuba elakkan dan hasilkan URL yang lebih kreatif. Ini juga membantu untuk menarik minat pembeli.  

Sebagai contoh untuk DIYPrintingSupply, halaman URL kami ialah https://business.facebook.com/diyprintingsupply/.

#3 Muat naik profile photo dan cover photo di Facebook Page

Pandangan pertama itu penting kan? Jadi samalah dengan gambar profil dan gambar cover Facebook Business Page anda. Kedua-dua gambar ini sangat penting kerana ia adalah merupakan benda pertama yang pelanggan anda akan nampak sewaktu mengunjungi halaman anda. Cover photo anda seharusnya menarik dan melambangkan jenama anda. 

Dengan ciri terbaru Facebook, anda kini boleh meletakkan pelbagai gambar sebagai satu slide show atau meletakkan video. Untuk profile photo, anda juga boleh meletakkan logo jenama anda sekiranya ada.

Saiz profile photo: 180 x 180 pixel

Saiz cover photo:  851 x 315 pixel

#4 Sunting bahagian About (Mengenai)

about facebook page

Bahagian ini amat penting kerana ianya memberi informasi kepada pelanggan anda mengenai bisnes / jenama / servis yang anda tawarkan. Apa yang anda boleh beritahu?

  • Info mengenai bisnes anda
  • Lokasi anda
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Email
  • Laman web syarikat anda

#5 Membuat post pertama anda

post facebok page

Ingin dapatkan banyak Likes? Sebelum itu, anda perlu kukuhkan dahulu halaman anda. Tips pertama ialah dengan membuat post yang releven dengan jenama anda dan apa yang pelanggan suka.

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk post yang pertama ini. Perkara ini memerlukan proses. Janji kita sentiasa konsisten dan sentiasa mengendalikan page anda dengan baik.

#6 Tambah butang Call to Action 

call to action button

Butang call to action ini ada pelbagai fungsi. Tetapi yang penting, ianya memberitahu pelanggan anda tentang pelbagai tindakan yang boleh mereka ambil. Butang ini terdapat pada bahagian kanan atas profil anda. Jadi anda hanya perlu hover pada butang tersebut dan pelbagai pilihan tersedia seperti dibawah.

#7 Pin post anda pada halaman Facebook Page anda

pinned post facebook

Fungsi pinned post ini adalah bagi memastikan post anda kekal diatas. Jadi, setiap pelanggan yang mengunjungi halaman anda, akan sentiasa melihat pin post tersebut. 

Pin post ini juga boleh sentiasa dikemaskini supaya nampak lebih updated. Contohnya sekiranya anda mempunyai promosi atau informasi, post ini akan sentiasa dilihat.

#8 Like (Sukai) halaman orang lain

Facebook bukan sahaja tempat terbaik untuk anda menambah kenalan tetapi anda juga boleh menambah likes pada halaman anda dengan beberapa cara mudah. Anda boleh turut menyukai halaman-halaman lain yang sama bidang dengan anda ataupun halaman lain. Cara terbaik untuk meluaskan lagi rangkaian anda!

#9 Belajar daripada Page Insight

page insight facebook

Untuk setiap halaman perniagaan anda, anda boleh mengetahui pelbagai info daripada Page Insight. Seperti berapa ramai pengikut anda, pada waktu apa mereka aktif diatas talian, profil (jantina dan umur) mereka, notifikasi dan pelbagai lagi. Maklumat-maklumat ini anda boleh manfaatkan untuk memastikan halaman anda kekal aktif dengan kandungan yang terkini.

#10 TIPS TAMBAHAN FACEBOOK PAGE!!!

  1. Berapa banyak saya perlu post dalam sehari?

Hmm, ramai yang beranggapan bahawa semakin banyak anda post, semakin tertarik pelanggan anda dengan jenama anda. Sebenarnya tidak. Anda harus memastikan post anda berkualiti bukannya lebih kepada sekadar kuantiti. Pastikan anda post dalam seminggu 2-3 kali mengikut keperluan.

  1. Bila saya patut post?

Post pada masa yang tepat. Anda boleh melihat Halaman Insight anda untuk mengetahui waktu terbaik untuk post iaitu waktu follower anda paling aktif atas talian.

  1. Apa yang boleh saya post?

Apa- apa sahaja! Tahukah anda visual seperti gambar atau video mendapat engagement atau reaksi paling baik daripada pengguna Facebook? Pastikan anda post gambar yang menarik dan relevan dengan bisnes anda. Sekiranya anda mempunyai blog dan ingin berkongsi dengan pelanggan anda, post sahaja!

  1. Post video

Sekarang ini anda boleh lihat bahawa video dan juga live video kian mendapat tempat di hati pengguna. Jadi, anda boleh sahaja membuat Facebook live video mengenai bisnes anda

Jadi itulah 10 langkah-langkah untuk anda mencipta Facebook Business Page untuk perniagaan anda. Jangan lupa follow tau step ni!

Bagi anda yang mungkin belum ada idea lagi untuk berniaga, apa kata anda cuba untuk mulakan perniagaan anda dalam bidang percetakan

Jangan risau, tak susah pun. Kami akan bantu anda dari A sampai Z untuk menjadi usahawan berjaya. Pelbagai pakej menarik kami sediakan. Tidak ketinggalan juga latihan keusahawanan untuk anda mantapkan lagi kemahiran anda untuk berniaga. Jom sertai kami sekarang!

Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!!

Hubungi Kami Sekarang !!!

Company Name:DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Contact Number:019.3233.868 / 019.3232.556
019.3233.864 / 019.3232.783
Website:www.DIYPrintingSupply.com
Email:ask@DIYPrintingSupply.com
Facebook:www.facebook.com/diyprintingsupply
Youtube:www.youtube.com/user/diyprintingsupply

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?