“Semakin hari perniagaan saya berdepan dengan banyak masalah!”

Bukan senang nak memiliki perniagaan. Ia memerlukan sepenuh perhatian dan usaha anda yang berterusan. Tetapi saat-saat yang paling mencabar untuk setiap ahli perniagaan adalah cabaran-cabaran untuk perniagaan anda terus maju. Cabaran-cabaran ini pastinya tidak dapat dielakkan dan juga tidak dapat diduga kehadirannya. Kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips berguna untuk membantu anda dalam menangani cabaran ini.

#1 Rancang pelan bisnes dan pelan pemasaran terbaik dengan rancangan tindakan

Adalah amat penting bagi setiap ahli perniagaan untuk mempunyai pelan perancangan bisnes yang menyeluruh dan terperinci untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar. Pelan ini bertindak sebagai panduan kepada syarikat anda sekiranya berlaku sesuatu masalah. Inilah sebabnya mengapa anda memerlukan pelan untuk perniagaan anda dan juga pelan rancangan tindakan untuk segala perancangan yang anda lakukan. 

Selain itu, kesemua pemilik perniagaan juga harus mempunyai pelan pemasaran terbaik. Tanpa pemasaran yang baik, pastinya agak sukar buat anda untuk meraih bakal pelanggan anda.

Kaji selidik terlebih dahulu pasaran perniagaan anda dan juga pesaing anda. Ini kerana anda harus beringat bahawa trend pasaran selalu berubah. Anda tidak boleh kekal dengan cara yang sama selamanya. Pastikan juga anda menggunakan web marketing sebagai platform terbaik memasarkan perniagaan dan juga mereka content marketing buat perniagaan anda.

Ingin kami ingatkan anda bahawa jangan terlalu asyik dengan pengiklanan sehinggakan anda menyalurkan hampir kesemua wang perniagaan anda. Anda bakal kehilangan wang anda di tempat yang salah! Anda seharusnya memilih medium terbaik untuk anda promosikan perniagaan anda. 

 

#2 Buat perbincangan mengenai isu produk atau servis anda

Sekiranya anda berdepan dengan masalah mengenai produk ataupun servis anda, ini adalah masanya untuk anda membuat perbincangan untuk menyelesaikan masalah bersama dengan pekerja-pekerja anda. Masalah boleh diketahui dengan lebih lanjut dengan merujuk kepada maklumbalas ataupun aduan daripada pelanggan-pelanggan anda. Ambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelanggan mahupun perkerja anda walaupun ianya kelihatan remeh.  Ini bagi anda dapat menyelesaikan isu yang berbangkit dengan jayanya. 

#3 Jangan takut untuk melepaskan sesuatu yang tidak bermanfaat buat anda

Memang sukar buat sesiapa sahaja dalam melepaskan sesuatu yang anda telah usahakan selama ini. Tetapi ada masanya yang mana produk ataupun servis yang anda berikan tidak lagi berkesan dalam pasaran mungkin kerana ianya tidak relevan. Sekiranya anda merasakan bahawa produk anda tidak membawa keuntungan kepada anda dan membawa kerugian, anda haruslah merisik pasaran mengenai produk apa yang berkesan dengan perniagaan anda. Ya, bidang perniagaan sememangnya merupakan sebuah bidang yang mencabar. Maka, anda haruslah menjadi pemain yang hebat.

 

#4 Bersiap sedia untuk berubah ke arah kebaikan

 Ada masanya dimana anda perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang melibatkan perubahan besar ke atas perniagaan anda. Jika anda melihat bahawa perniagaan anda memerlukan perubahan kerana pasaran telah berubah, anda perlu membuat penyesuaian terhadap sebarang perubahan yang berlaku. 

#5 Cari penyelesaian masalah

 Sekiranya anda mempunyai masalah dalam perniagaan, jangan cuba untuk bertindak melulu atau tidak berbuat apa-apa mengenainya. 

Anda perlu meminta bantuan atau pandangan daripada pakar. Anda juga haruslah mempunyai pelan perancangan jitu untuk kelansungan perniagaan anda untuk masa-masa yang akan datang.

Ingat, sekiranya segala perancangan anda tidak menjadi, mungkin sudah sampai masanya untuk anda merancang kembali hala tuju syarikat anda. 

 

Ingin memulakan perniagaan?

KETAHUI bagaimana! Layari website kami

Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!!

Hubungi Kami Sekarang !!!

Company Name : DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Contact Number : 019.3233.868 / 019.3232.556
019.3233.864 / 019.3232.783
Website : www.DIYPrintingSupply.com
Email : ask@DIYPrintingSupply.com
Facebook : www.facebook.com/diyprintingsupply
Youtube : www.youtube.com/user/diyprintingsupply

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?