Sebagai seorang Muslim, kita telah ditetapkan rezeki bagi setiap seorang daripada kita. Namun, rezeki itu hadir bersama doa dan usaha agar rezeki yang diperoleh diberkati oleh Allah SAW. Maka, tuntutan doa murahkan rezeki itu perlu diamalkan oleh semua hamba-Nya.
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya).” (Surah At-Talaq ayat 2-3)
Doa diibaratkan seperti ‘senjata’ orang Mukmin untuk memohon sesuatu daripada yang Maha Esa. Kita juga telah dididik sejak kecil untuk berdoa dalam apa jua keadaan.
Apabila kita dihimpit dengan masalah atau gangguan emosi, hanya doa dan zikir mampu memberi ketenangan malah iainya mampu menambah pahala daripada setiap kata-kata pujian memuji kebesaran Allah SAW.
Rasullullah SAW telah mengajar umatnya untuk beroda dan memohon keberkatan dan limpahan rezeki daripada-Nya. Dalam perkongsian kali ini, anda boleh basahkan lidah anda dengan mengamalkan 13 doa murahkan rezeki beserta zikir harian. Insya-Allah jika diamalkan selalu, anda akan berasa lapang dan tidak lagi kusut memikirkan soal rezeki.
13 Doa dan Zikir Mujarab Untuk Lapangkan Pintu Rezeki
1. Doa memohon petunjuk dan kekayaan
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan dari hal-hal yang tidak halal/tidak baik) dan kecukupan (kekayaan).”
2. Doa mohon murahkan rezeki dan diberkati
Bermaksud : “Ya Allah, perbaikilah agamaku, dan luaskanlah kepadaku rumahku dan berkatilah kepadaku rezekiku.”
3. Doa mohon pertolongan dan tawakal kepada Allah
Ertinya :“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).”
4. Doa Nabi Sulaiman supaya dianugerahkan rasa syukur di atas segala nikmat yang diperoleh
Bermaksud : “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah An-Naml, ayat 19)
5. Doa kebaikan di dunia dan di akhirat
Ertinya : “Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.” (Surah Al-Baqarah, ayat 201)
6. Bacaan kalimah zikir Nabi Yunus di dalam perut ikan
Maksud : “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’, ayat 87)
7. Doa memohon rahmat dan petunjuk dalam segala urusan
Ertinya : “Ya Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)
8. Bacaan Penghulu Istighfar
Ertinya : “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan (apa) yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu (yang diberikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.”
9. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani)
10. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
11. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
12. Memperbanyak selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
13. Mengamalkan doa murah rezeki (Doa Dhuha)
Ya Allah, Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu
Ya Allah, Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
Amalkanlah doa murahkan rezeki serta zikir ini tatkala ditimpa kesusahan mahupun ketika hidup dalam kesenangan. Sesungguhnya amalan berterusan itulah amalan yang mulia di sisi Allah SWT.
Bagi mereka yang sedang menghadapi ujian dalam pekerjaan, teruskan bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal.
Pada yang buntu dalam dunia perniagaan pula, jangan mudah mengalah! Terokai pelbagai peluang perniagaan lain yang mampu memberi anda sinar harapan baharu dalam bidang keusahawanan.
Ataupun klik sini untuk program pengedar yang sesuai untuk semua pembekal dropship di Malaysia untuk barangan cenderamata anda.
Apa-apa pun jangan mudah berputus asa. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan yang perlu kita tempuh. Yang pastinya kita akan diberikan ganjaran di kemudian hari. Berusalah untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan keluarga supaya dapat membahagiakan mereka.