“Jangan takut untuk mencuba, gagal sekali tidak bermakna kita akan terus gagal”
Percaya atau tidak, kejayaan seseorang itu datangnya dari usaha dan keyakinan dalam diri kita. Kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak kejar impian itu. Jika kita ingin impian dan cita-cita kita tercapai, kesungguhan, kerja keras, kesabaran.
“Kita perlu terhantuk berkali-kali baru lah dinding itu pecah”, Tun Dr Mahathir Mohamad
Menurut satu kajian daripada kebanyakan pakar motivasi menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan seseorang bergantung kepada sikap, 19 peratus datangnya daripada ilmu pengetahuan dan 1 peratus adalah nasib. Kenyataan itu menunjukkan bahawa sikap merupakan faktor kejayaan atau kegagalan seseorang. Hal ini menjelaskan lagi bahawa kejayaan dan kegagalan bergantung kepada diri individu itu sendiri.
Kami ingin memberikan beberapa tips kepada anda yang masih baru dalam bidang perniagaan percetakan:
- Berani mencuba
- Belajar dari kesilapan
- Kalau gagal, teruskan usaha jangan mengalah
- Cekalkan hati dengan hal-hal negatif
- Buat perkara yang kita minat
Tips yang kami berikan itu merupakan antara faktor yang boleh membantu mendorong anda untuk berjaya.
Puan Harwany Mohamad Yusof, merupakan salah seorang pelanggan DIYPrintingSupply.com yang telah bekerjasama dengan kami selama lebih kurang dua tahun. “Selama dua tahun saya tunggu peluang untuk menjadi seorang ahli perniagaan, alhamdulillah berkat kesabaran saya. Allah dah tunaikan permintaan saya”, kata Puan Harwany.
Sebelum Puan Harwany menceburi diri dalam bidang percetakan, beliau merupakan cikgu senam aerobik dan tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang percetakan atau menjadi seorang usahawan.
Puan Harwany berkata, “Tidak semua perkara yang kita rancang akan menjadi. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk berusaha menjadi yang lebih baik. Ini semua untuk diri saya dan keluarga saya. Kejayaan saya merupakan kejayaan keluarga saya juga”.
Semua orang pernah melalui kehidupan ketika senang dan susah, sama juga seperti dengan kehidupan Puan Harwany. Pelbagai onak diri yang diharungi sebelum beliau berada ditahap sekarang ini.
“Saya nekad untuk memulakan perniagaan ini dan saya telah berjanji tidak akan berhenti separuh jalan. Saya yakin kesusahan saya sebelum ini, merupakan kejayaan saya sekarang”.
Puan Harwany merupakan salah seorang Star Champion DPAS 03/2019. Seorang wanita yang sungguh cekal untuk berjaya dalam kehidupan. Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan tidak pernah mengalah dalam memulakan sesuatu perkara. Jika sekali kita jatuh, kita akan bangkit dua kali ganda kuat. Kerana sifat beliau yang prihatin, kami merasa beliau sangat layak dijadikan sumber inspirasi kepada kita semua pada hari ini.