Strategi pemasaran mewakili arah generik yang perlu diikuti dalam usaha untuk mencapai objektif perniagaan tertentu. Ia merupakan “Peta atau Petunjuk Arah” bagi mencapai keputusan yang lebih besar, seperti pertumbuhan jualan, pengiktirafan jenama di seluruh dunia, menembusi pasaran yang lebih tinggi dan lain-lain.

 Manfaat Untuk Perniagaan Anda:

Marketing and strategy

Ramai pemilik perniagaan gagal untuk melihat manfaat yang menggabungkan strategi pemasaran dalam proses perniagaan strategik secara keseluruhan. Pelan strategik yang baik dan mampan seperti:

  1. Menyediakan perniagaan untuk lebih fokus dan mempunyai hala tuju dengan mengenal pasti peluang-peluang  yang terbaik dan bernilai serta ancaman yang perlu dielakkan.
  2. Mengenal pasti alat yang berkesan kepada syarikat yang boleh digunakan untuk mengatasi persaing dan mendapatkan bahagian pasaran.
  3. Menjimatkan masa dan wang syarikat dengan menumpukan sumber-sumber untuk menarik pekerja-pekerja yang berkaliber dan melabur hanya inisiatif pemasaran dan yang menyokong objektif keseluruhan perniagaan.
  4. Membezakan syarikat daripada persaing dengan mengenal pasti kelebihan yang tersendiri dan unsur-unsur sokongan.
  5. Menterjemahkan wawasan syarikat, misi dan objektif ke dalam inisiatif pemasaran yang berkesan.
  6. Berfungsi sebagai asas bagi semua kempen komunikasi anda.
  7. Meningkatkan keberkesanan mesej pemasaran kepada pelanggan dan rakan-rakan.
  8. Peningkatan jualan dan keuntungan.
  9. Mewujudkan pilihan pengguna untuk jenama.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?