Setiap pemilik perniagaan sentiasa merancang untuk mengukuhkan hubungan bersama rakan niaga dan juga pelanggan mereka.  Kedua entiti ini amat perlu untuk dijaga kerana tanpa kewujudan mereka, perniagaan anda tidak akan “hidup”.

promotional-products-gifts

Menjaga hubungan baik bukan sahaja dengan memberikan perkhidmatan yang sempurna namun anda juga boleh menghargai mereka dengan memberi cenderamata perniagaan.  Bukan semua hadiah dalam perniagaan dianggap sebagai “rasuah”.  Cenderamata DIY sebagai contoh adalah cenderamata yang unik dan lebih bersifat profesional dan masih mengekalkan nilai etika perniagaan.

Jadi, apakah jenis cenderamata yang sesuai untuk di beri kepada mereka? Berikut adalah cadangan dari DIYPrintingSupply.com:-

  1. 13Cawan dengan Logo Syarikat:
    Mencetak cawan dengan logo syarikat anda dan edarkan kepada pelanggan dan rakan niaga sebagai saguhati/cenderamata adalah satu langkah yang bijak bagi memasarkan jenama syarikat anda.  Ini kerana, cawan mempunya banyak kegunaan selain daripada bekas minuman. Jarang sekali kita lihat penerima cawan bercetak mengabaikan hadiah tersebut.  Setiap kalo cawan itu digunakan, secara tidak lansung logo yang terpapar pada cawan akan menjadi viral.
  2. Button Badge dengan nama syarikat:
    Tahukah anda mengapa button badge sering menjadi pilihan sebagai produk cenderamata? Ini kerana selain daripada button badge ini lebih murah daripada produk hadiah yang lain, ianya juga mudah untuk diedarkan.  Button badge juga mempunyai kelebihan walaupun dengan size yang kecil, ianya masih mampu “membawa” mesej terus kepada penerima.
  3. T-Shirt Bergambar:
    T -shirt boleh menjadi cadangan yang terbaik kepada pelanggan anda. Kos mencetak logo perniagaan mereka pada baju ini adalah sangat . T -shirt bukan sahaja meningkatkan imej tetapi juga ianya mempunya daya tarikan untuk menjemput lebih ramai pelanggan ke premis perniagaan anda.  Gambar pada T-shirt juga  boleh dibuat mengikut kreativiti sendiri.

Sebelum memilih produk-produk hadiah ini sebagai barangan promosi, pastikan 3 perkara ini dahulu

05

  1. Tujuan memberi hadiah
  2. Bajet untuk memberi hadiah
  3. Siapa penerima hadiah

Peniaga yang bijak perlu tahu kelebihan dan kekurangan memberi hadiah cenderamata.  Perlu ingat bahawa pelanggan sekarang semakin bijak dalam memilih.  Pastikan cenderamata yang anda pilih untuk memasarkan perniagaan anda mempunyai kualiti yang baik kerana ianya juga secara tidak lansung memberi kesan kepada jenama perniagaan anda.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?