Kesemua pencetak inkjet samada digunakan di rumah ataupun untuk kegunaan perniagaan menggunakan formulasi yang sama. Asas untuk dakwat jet ini adalahla air yang di-ionized sebagai pelarut isopropyl alkohol atau glikol sebagai agen pengeringan, dan pewarna asas untuk memberikan warna.


sublimation ink

Terdapat 3 jenis dakwat yang boleh digunakan untuk mencetak iaitu Dakwat Dye, Dakwat Sublimation dan Dakwat Pigment.

Pewarna dakwat dye dikenali kerana ia mudah tepu.  Warna dakwat dye lebih cerah kerana ia mempunyai saiz molekul yang kecil. Kerana saiz itu juga, dakwat mengalir dgn lebih baik dan menghasilkan cetakan imej yang menarik. Dakwat dye ini sangat disyorkan dalam pembuatan foto kertas, kad PVC dan lain-lain.

pigment ink

Dakwat pigment pula terdiri daripada zarah-zarah kecil yang menghasilkan corak warna yang lebih halus. Dakwat jenis ini lebih stabil berbanding dakwat lain dan ianya lebih tahan lama. Ada yang mengatakan bahawa dakwat pigment boleh bertahan selama lebih daripada 200 tahun. Jika anda mahu membuat cetakan t-shirt, kami syorkan untuk menggunakan dakwat pigment bersama ‘transfer paper’ kerana dakwat jenis ini juga turut kalis air.

dye inkUntuk pengetahuan anda, percetakan pemejalwapan telah wujud selama beberapa dekad. Menggunakan teknik pemindahan haba atau heat press, imej dicetak dengan menggunakan pencetak inkjet.  Cara ini lebih mudah dan ekonomu.

Proses pemejalwapan adalah suatu proses yang unik dimana ianya dapat menukar daripada pepejal kepada gas tanpa melalui bentuk cecair. (proses yang sama digunakan untuk ais kering)

Sebelum memulakan perniagaan percetakan pemindahan haba. Anda perlu tahu yang mana satu dakwat yang sesuai untuk perniagaan percetakan anda. Ia juga penting bagi memastikan pemindahan imej tersebuat akan tahan lama.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?