Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online. Bagaikan cendawan tumbuh hendaknya, ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, disini DIYPrintingSupply ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.

CARA UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE

Anda harus ingat KATA KEKUNCI ini iaitu “, “Cari”,Jual”, “Manfaat”, “Guna” dan “Rajin”

  • CARI ilmu berniaga
  • JUAL minat anda
  • MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial 
  • GUNA strategi pemasaran terbaik
  • RAJIN berusaha dan bertanya
  • CARI –  Jangan sebarang jual sahaja. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual. Contohnya jika anda mempunyai niat untuk menjual T-shirt, anda harus mengetahui apakah barang-barang yang diperlukan untuk menjual T-shirt seperti mesin yang perlu anda gunakan untuk menghasilkan design T-shirt seperti heat press, material untuk membuat T-shirt, strategi perniagaan untuk T-shirt,  dan banyak lagi faktor. Jangan tangkap muat sahaja kerana maklumat berada dihujung jari. Jika anda sendiri tidak tahu bagaimana, belajar untuk mengetahuinya. Ambil kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri anda. Jadilah pakar dalam bidang anda. 

apple-256262_1920               Ilmu jambatan kehidupan

  • JUAL – Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Sekiranya anda minat menjual T-shirt, LAKUKANNYA. Nak tahu kenapa? Kalau anda melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat, anda tidak akan mudah patah semangat lebih-lebih lagi kalau anda gagal mendapatkan jualan. Biasalah dunia jualan ini ada turun naiknya. Ada rezeki untuk anda nanti. Yang penting, anda janganlah cepat berputus asa. 💪 

rp_europe-flat-press-3038b.jpg

Contoh mesin HeatPress dan sublimation T-shirt

  • MANFAAT –  Manfaatkan segala penggunaan media sosial anda. Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Facebook, Instagram, Twitter dan blog adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda. Anda boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk anda. Sebagai permulaan, boleh dapatkan support daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Ada lagi media sosial yang anda ketahui? Gunakannya. 😀

social-media-1768451_1280            Media sosial 

  • GUNA –  Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk anda. Sekiranya anda memilih Facebook untuk mempromosikan produk, anda harus tahu bahawa teknik permasaran adalah berbeza sedikit daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ad marketing di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya. Begitu juga dengan Instagram. Anda boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang nak beli. Jangan lupa sasarkan produk anda kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk anda. Anda harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan anda. 

stock-624712_1920 (1)

Jana strategi permasaran terbaik untuk perniagaan anda

  • RAJIN – Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam perniagaan anda. 

overcoming-1697546_1920

Cuba dan cuba dan cuba…lagi. Sampai berjaya

Apa-apa pun yang anda lakukan, anda perlulah ada modal untuk mula berniaga. Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan niat. Anda pasti akan mencapai kejayaan.

Di DIYPrintingSupply, kami percaya perniagaan yang berjaya bermula dengan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi. Untuk mengetahui jenis-jenis produk yang anda boleh jual, anda boleh layari blog serta laman web kami untuk idea-idea permulaan perniagaan produk yang anda minati.

LAMAN WEB DIYPRINTINGSUPPLY:

Digital-Heat-Press-Machine

http://diyprintingsupply.com/business-packages.asp

Anda juga boleh datang sendiri berjumpa dengan perunding perniagaan kami yang mesra dan sedia membantu anda dari Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 6 petang. Lawati bilik pameran kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perniagaan Percetakan Hadiah DIY ini hari ini!!

Anda juga boleh hubungi kami di talian yang tertera. Kami siap sedia untuk membantu anda.

019.3233.864 zetty
019.3232.556 sammi
019.3232.740 erny

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?