Dalam setiap perniagaan yang anda lakukan, pasti akan ada cabaran dan rintangan. Ini termasuklah cabaran dalam perniagaan yang dijalankan secara atas talian ataupun online. Walaupun bisnes secara online ini mempunyai banyak kelebihan, anda juga haruslah sedikit sebanyak tahu apakah cabaran yang menanti anda sekiranya anda ingin memulakan bisnes online.

#1 Kesukaran memasarkan produk

BM 1

Ini merupakan salah satu cabaran buat peniaga online dalam memasarkan produk mereka. Kekurangan masa  untuk buat Facebook marketing dan juga Instagram adalah antara faktor utama yang menyebabkan peniaga online mendapat kesukaran dalam mendapatkan pelanggan. Antara faktor lain ialah kurangnya ilmu dalam pemasaran. Pemasaran adalah sangat penting untuk mempromosikan produk atau kedai anda. Tanpa pemasaran, memang sukar buat anda untuk mencari pelanggan.

#2 Meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan

BI 2

Sukar buat peniaga untuk meraih kepercayaan pelanggan untuk membeli. Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa peniaga sukar menarik minat pembeli –

Ada diantara pelanggan mempunyai tanggapan bahawa mereka akan ditipu peniaga sekiranya membeli melalui online.

Menggunakan gambar yang tidak jelas. Ini akan menyebabkan pelanggan hilang minat dengan barangan anda. 

#3 Melayan karenah pelanggan

Untitled-4

Pelanggan mempunyai banyak ragam.  Memang kena banyak bersabarlah sewaktu melayan segala pertanyaan pelanggan walaupun soalan-soalan tersebut dilihat remeh bagi anda tetapi tidak untuk para pelanggan anda. Kadang-kala anda mungkin berdepan dengan situasi dimana ada pembeli yang ingin membeli dengan anda, tetapi tidak lama kemudian pembeli tersebut diam sahaja walaupun anda telah follow-up

Bertabahlah.

#4 Masalah penghantaran barang

BARU BARU

Kadang-kala anda akan berdepan dengan masalah penghantaran barang, terutamanya sekiranya pelanggan anda duduk kawasan yang jauh. Kekangan masa juga menyebabkan anda mengalami masalah dalam penghantaran barang. Lebih-lebih lagi sekiranya pelanggan anda mahukan barang mereka dihantar dengan cepat. Sekiranya anda ialah seorang peniaga online secara part time, pasti akan berdepan masalah dalam membahagikan masa untuk menghantar barangan. Berkejar-kejarlah jawabnya.

#5 Menguruskan kewangan 

Untitled-6

Ini salah satu masalah yang akan timbul sekiranya peniaga menggunakan akaun peribadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan; anda mungkin secara tidak sengaja terpakai duit hasil jualan tersebut. 

Ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh para peniaga online. Mungkin ada diantara anda yang mengalami masalah berlainan. Tidak mengapa kuatkan semangat anda dan jangan putus asa.

Minggu depan kami akan kongsikan bagaimana anda dapat menangani cabaran-cabaran ini.

Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan secara online, tetapi tidak tahu nak mulakan perniagaan apa?

Mudah sahaja.

Layari https://www.diyprintingsupply.com

CONTACT US NOW

Company Name : DIY Printing Supply Sdn. Bhd. (983005-H)
Contact Person : 019.3233.864 / 019.3232.556 / 019.3232.740
Website : www.DIYPrintingSupply.com
Email : enquiry@DIYPrintingSupply.com
Facebook : www.facebook.com/diyprintingsupply

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?