Entri kali ini adalah sangat istimewa kerana ianya adalah berkenaan dengan para pengantin. Setiap pengantin pastinya menginginkan kenangan saat hari istimewa mereka diabadikan dengan pelbagai cara istimewa. Salah satunya pastinya dengan menggunakan doorgift. Sudah menjadi satu kemestian kepada setiap para pengantin untuk menyediakan pelbagai jenis doorgift untuk para tetamu. Bahkan para tetamu juga pastinya ternanti-nanti doorgift yang akan diberikan oleh pihak tuan rumah. Kami di DIYPrintingSupply ingin berkongsi dengan anda inspirasi doorgift yang unik untuk majlis perkahwinan anda.

Mari kita lihat doorgift dan terbaik untuk hari bahagia anda.

#1 MUG

Ini sememangnya merupakan salah satu cara untuk anda mengabadikan kenangan dengan gambar anda tersendiri dicetak pada mug untuk diberikan tetamu. 

#2 PINGGAN HIASAN

Pinggan hiasan juga merupakan hadiah terbaik untuk diberikan kepada tetamu dengan kata-kata serta ucapan terima kasih daripada pihak pengantin kepada para tetamu.

 

#3 TILE FRAME

Bagaimana pula tile frame? Pastinya anda pasti akan mendapati bahawa tile frame juga merupakan salah satu doorgift menarik untuk dihadiahkan kepada tetamu. Cuma jaga-jaga mengendalikannya. Jangan sampai pecah. 

 

#4 KOTAK SIMPANAN ROKOK

Kotak simpanan rokok? Boleh ke dijadikan doorgift kepada tetamu. Itu semua terpulang kepada kreativiti anda.

 

#5 PHOTO ROCK

Photo rock adalah frame yang anda boleh gunakan untuk mencetakkan pelbagai jenis rekaan dan ucapan diatasnya. Tetamu anda pasti akan menghargai doorgift ini.

 

#6  KOTAK KAYU

Doorgift kotak sebagai hiasan sudah lama mendapat tempat dihati peminat. Tetapi kotak kayu dengan gambar anda sebagai hiasan? PASTI menjadikan doorgift anda sebagai satu pilihan yang unik dan diingati.

#7 PELINDUNG CAHAYA MATAHARI

“Wah. pelindung cahaya matahari pun boleh cetak gambar kami?”

Tidak ada masalah. Tahukah anda window sunscreen pun boleh digunakan sebagai doorgift. Anda boleh cetak apa sahaja rekaan diatasnya sebagai kenang-kenangan kepada tetamu anda.

 

#8 FRIDGE MAGNET

Fridge magnet bukan sahaja unik tetapi memberikan sentuhan yang lebih peribadi dan istimewa. 

 

#9 MONEY BANK

Haa, siapa sangka tabung pun sekarang boleh dijadikan doorgift. 

 

#10 LAPIK MINUMAN (COASTER)

Gunakan coaster untuk doorgift dengan cara yang eksklusif.

Kenapa sebenarnya doorgift ini istimewa dan ‘rare’? Mudah sahaja. Kerana gambar anda dan juga rekaan anda ada diatasnya. Ini menjadikan segalanya lebih bermakna dan para tetamu akan lebih menghargai dan mengingati hari anda dengan cara yang teristimewa.

Dan Tahukah Anda

………

 

NAK TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI MESIN TERSEBUT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SENDIRI?

Hubungi kami di

 019.3233.864
  019.3232.556 
  019.3232.740 
  019.3232.783 

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

 

[huge_it_forms id=”3″]

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?