Kewujudan media sosial telah membuka satu lubuk rezeki yang tidak putus-putus kepada peniaga yang mula berniaga secara online. Malah, kini sudah terlalu banyak lambakan peniaga online sehinggakan pening dibuatnya pembeli untuk memilih. Yang pasti, setiap pembeli akan terpukau dengan ayat-ayat memikat daripada peniaga dan pelbagai lagi tawaran menarik.

Dengan kehadiran ramai peniaga online yang bagaikan cendawan tumbuh, terdapat segelintir peniaga online yang akan cuba mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Jangan jadikan diri anda mangsa penipuan pembelian online!

 

Lebih-lebih lagi apabila anda:

1. Dah bayar. barang tidak sampai.
2. Peniaga tidak wujud, akaun PALSU.
3. Berjanji macam-macam peniaga kepada pembeli, ‘job’ bulan 2 sampai hujung tahun masih tidak siap dan tidak pulangkan duit anda semula.
4. Janji nak hantar, tetapi masih tidak ada berita

Disini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan diri anda ditipu oleh peniaga online.

INGAT: JANGAN TERUS BUAT PEMBAYARAN.

Lakukan beberapa perkara ini terlebih dahulu.

 

#1 SELIDIK DAHULU LATAR BELAKANG PENIAGA
Gali segala maklumat yang berkaitan atau “stalk” habis latar belakang peniaga. Ketahui dan dapatkan kesahihan maklumat yang diberikan sama ada dari segi nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor akaun bank yang diberikan. Google sekiranya perlu untuk mengetahui bahawa adakah alamat yang digunakan adalah tepat atau tidak. Antara salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat ‘fanpage’ Facebook atau laman media sosial yang lain untuk menyelidik dengan lebih lanjut. Sekiranya anda tidak yakin dengan latar belakang peniaga tersebut; JANGAN BELI.

#2 HUBUNGI UNTUK PERTANYAAN
Tidak ada masalah untuk anda menghubungi peniaga secara terus untuk bertanya. Anda harus menjadi pengguna yang bijak; jangan terus membeli tanpa apa-apa pertanyaan kerana sekiranya terdapat masalah kelak anda juga yang harus menanggungnya. Selain itu, dengan menghubungi peniaga anda boleh mendapatkan maklum balas dan dapat mengesahkan bahawa peniaga tersebut wujud dan bukannya cuba menipu anda. Jika anda memilih untuk Whatsapp, jangan lupa simpan segala screenshot sebagai bukti anda pernah berurus niaga dengan peniaga sebagai rujukan anda sendiri.

#3 RUJUK TESTIMONI ATAU REVIEW DARI PEMBELI
Ini juga penting. Testimoni atau ‘review’ dari pengguna kerap kali menjadi salah satu modal untuk peniaga melariskan jualan mereka. Lihat dan rujuk testimoni sebagai salah satu panduan kepada anda dalam membuat pertimbangan untuk membeli atau tidak.
AMARAN KERAS: Terdapat sesetengah peniaga kerap mengguna pakai atau ‘recycle’ testimoni daripada peniaga lain. Buat rujukan dengan peniaga-peniaga lain yang menawarkan produk yang sama.

 

#4 KENAL PASTI PENIAGA DENGAN TAWARAN YANG MENCURIGAKAN
Pernahkah anda melihat tawaran harga yang sememangnya tidak masuk akal? Malah, ianya jauh lebih rendah daripada harga pasaran? Kadang kala peniaga menggunakan kaedah ini demi menarik perhatian pelanggan. Sekiranya peniaga tersebut dipercayai, anda boleh meneruskan pembelian.
P/S: Tetapi sekiranya, ianya tidak menyakinkan anda…. bertindaklah dengan bijak. Risiko ditangan sendiri.

 

#5 PILIH UNTUK COD (cash on delivery)
Admin percaya dalam mana-mana artikel pastinya menggesa agar pembeli memilih untuk COD. InI benar. Apabila peniaga menawarkan pilihan sama ada untuk pembayaran secara online ataupun COD lebih-lebih lagi untuk tempat yang berhampiran dengan pembeli. Anda boleh mengetahui bahawa peniaga ini jujur dan sememangnya tidak menipu anda.

#6 TINDAKAN ANDA SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN
– Minta tracking number atau resit (sekiranya ada) daripada peniaga
– Sentiasa “keep track” dengan peniaga mengenai barang anda dan juga gunakan “tracking no” yang diberikan.
– Usai dapat barang, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada peniaga.

PERINGATAN:

Sekiranya anda ditipu, segera membuat laporan polis dan kemukakan segala bukti yang telah anda simpan. Jika anda mempunyai no kad pengenalan peniaga, laporkan juga kepada polis untuk mereka membuat siasatan.
Jangan biarkan diri anda tertipu.



Memasang niat untuk membuka perniagaan secara online.
Tetapi tidak tahu nak jual apa?
Cari idea dan inspirasi daripada kami di DIYPrintingSupply!

 

Hubungi kami di

019.3233.864 /  019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783 

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

[huge_it_forms id=”3″]

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?