Adat berniaga memang perlu banyak kesabaran terutama sekali untuk melayan karenah pelanggan atau propek. Kadang-kala boleh pening dibuatnya peniaga kerana karenah pelanggan memang banyak ragamnya. Peniaga perlu bijak menangani karenah pelanggan dan jangan cepat naik marah apabila pelanggan mula bertanyakan itu dan ini. 

Apa yang penting, sebagai seorang peniaga, anda haruslah mengetahui bahawa anda sangat-sangat memerlukan pelanggan. Hubungan dua hala ini perlulah seiring dan juga harmoni. Pelanggan beli daripada anda, pelanggan berpuas hati, seterusnya anda akan mendapat pelanggan yang berterusan membeli dengan anda. Anda juga sebagai peniaga berasa gembira kerana telah memberikan produk yang baik dan juga servis. Barulah pelanggan nak lekat!

Mari kami kongsi beberapa ciri pelanggan / prospek yang akan anda temui apabila menjalankan perniagaan baik online atau pun offline. Apabila anda tahu bagaimana ciri-ciri pelanggan anda, anda boleh lakukan pelbagai cara untuk menambat hati mereka untuk membeli daripada anda.

Antara ciri pelanggan anda dan bagaimana nak menanganinya:

#1 Kerap tanya harga dan soalan, tetapi tak nak beli
Ciri pelanggan sebegini memang kerap anda akan jumpa. Biasanya ciri ini boleh didapati pada pelanggan yang hanya mahu ‘survey’ sahaja harga-harga dan membandingkannya dengan penjual lain. Ada sahaja soalannya tetapi sampai kesudah pelanggan ini tidak beli walaupun kita sudah menjawab segala soalan yang mereka berikan. Ada juga yang beriya-iya menanyakan soalan dan senyap pada akhirnya.

Cara menangani:
Apabila anda berdepan dengan pelanggan sebegini, jangan paksa mereka untuk membeli dengan terlalu mengejar mereka. Tidak semua pelanggan suka sekiranya anda kerap menghantar mesej ataupun ‘call’ mereka dengan kerap. Jika mereka sudah tidak minat, mau tak mau anda perlu abaikan mereka juga kerana anda sebenarnya sudah membuang masa mengejar prospek yang sememangnya tidak berminat dengan produk atau servis anda. Lebih baik anda fokus kepada pelanggan-pelanggan lain. Jangan kecil hati ya.

 

#2 Pelanggan biadab
Pernah jumpa?  Apakah tindakan anda? Terus berlaku biadab juga ke? Pelanggan yang bersikap biadab biasanya akan anda jumpa apabila mereka tidak berpuas hati dengan servis atau produk anda. Anda tidak akan dapat menjangka perangai pelanggan anda.

Cara menangani:
Peniaga harus menangani situasi ini dengan penuh berhemah dan yang paling jangan beremosi. Apa yang boleh anda lakukan?
a. Bersikap tenang dan tidak mudah melatah dengan kata-kata pelanggan walaupun anda mungkin terasa hati.
b. Bertindak bijak dengan hujah-hujah anda supaya tidak menyinggung pelanggan.

 

#3 Pelanggan yang jenis tidak sabar
Dasyat perangai pelanggan sebegini. Beli secara online pada hari tersebut tetapi meminta peniaga untuk dapat pada hari itu juga. Kalau COD (cash on delivery), pun tidak mengapalah, tetapi bagaimana pula dengan jenis penghantaran? Tidakkah masak kepala peniaga untuk menunaikan permintaan pelanggan yang tidak masuk akal tu.

Cara menangani:
Jangan terus berjanji dengan pelanggan bahawa anda akan hantar barang pada waktu atau hari yang ditetapkan seperti keesokan harinya kerana anda tidak mengetahui apa yang bakal berlaku mungkin anda jatuh sakit ataupun tidak dapat menghantar barang pada waktu yang dijanjikan. Berikan tempoh masa yang tertentu seperti tempoh 2-3 hari berkerja dan pastikan anda sentiasa update tracking no dan juga perjalanan barang yang anda hantar juga. Jangan lupa bertanya pelanggan sama ada mereka sudah dapat barang tersebut atau tidak.

 

#4 Pelanggan ragu-ragu nak beli
Pelanggan begini biasanya banyak bertanya dan banyak berkata, “Boleh percaya ke produk ini?” , “Ada kesan sampingan tak?” atau “Dah lama ke awak jual benda ni?”. Apabila anda berdepan dengan pelanggan yang penuh dengan keraguan, peniaga harus cuba untuk meyakinkan pembeli.

Cara menangani:
Yakinkan pelanggan anda dengan kelebihan produk, testimoni-testimoni dan jaminan produk kepada para pelanggan anda. TETAPI ingat jangan jadi peniaga yang tidak berhemah dan tidak beradab dengan mengguna pakai testimoni peniaga lain.

 

#5 Pelanggan yang dah tahu semua
Semua peniaga mesti sukakan pelanggan sebegini, Pelanggan ini sudah mengetahui mengenai produk tersebut dan berminat untuk membeli dengan anda. Yang penting, mereka tidak membuang masa anda dengan bertanyakan pelbagai soalan. Mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan dan terus sahaja membeli.

Cara menangani:
Jika anda sudah tahu akan minat dan pilihan pembeli anda, fokus pada itu sahaja. Jangan pula bila pelanggan berminat dengan Produk A, anda terus sahaja umpan dengan Produk B. Mungkin anda ingin mencari untung lebih tetapi tidak guna juga kerana tindakan anda itu boleh mengakibatkan pembeli anda hilang minat dan terus tidak jadi beli. Anda juga yang rugi macam tu.

 

Apa-apa pun anda harus ingat, tidak semua prospek yang datang pada akan tentu-tentu jadi pelanggan anda. Yang pasti, macammana pun perangai, telatah, karenah pelanggan yang anda jumpa, anda perlulah melayan mereka dengan sebaik mungkin, Mungkin mereka tidak beli dengan anda sekarang tetapi manalah tahu di masa depan nanti, rezeki mungkin milik anda, Jangan putus asa. Buat dan sebarkanlah kebaikan.

Sekian sahaja daripada kami.
Pening kepala tidak tahu berniaga apa? Mari kami beritahu bagaimana. Lihat disini.

 

HUBUNGI KAMI UNTUK RUJUKAN DAN BIMBINGAN PELUANG PERNIAGAAN ANDA
PENDAPATAN LUMAYAN MAMPU MENJADI MILIK ANDA!

019.3233.864 /  019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783 

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

 

 

A

[huge_it_forms id=”3″]

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?