Banyak sungguh lambakan mesin percetakan diluar sana. Boleh rambang mata dibuatnya. Bagaimana anda sebagai pengguna menentukan kriteria mesin yang mana perlu anda pilih? Kami berikan anda beberapa sebab mengapa anda perlu memilih mesin percetakan HeaTranz daripada kami. Buat anda yang sedang mencari-cari mesin percetakan untuk memulakan perniagaan, entri ini boleh menjadi rujukan kepada anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan HeaTranz?
Heatranz merupakan penjenamaan bagi mesin keluaran daripada DIY Printing Supply. Penjenamaan adalah amatlah penting untuk memudahkan dan membezakan mesin kami dengan mesin-mesin yang terdapat di pasaran. Melalui penjenamaan ini juga, DIYPrintingSupply bukan sahaja dikenali di dalam negara bahkan juga serata dunia.
Apakah KELEBIHAN jenama HeaTranz?

1) Jenama
Jenama HeaTranz hanya dimiliki oleh DIYPrintingSupply yang bertindak sebagai pengeluar dan pengedar sah iaitu sebagai Original Equipment Manufacturer (OEM).

2) Kualiti
Terdapat tiga nadi dalam setiap mesin percetakan iaitu suhu, masa dan tekanan. HeaTranz memberikan anda jaminan terbaik menerusi ketiga-ketiga nadi ini. Kami menggunakan bahan daripada kualiti terbaik yang dapat menjamin mutu dan kualiti produk pengguna. Jadi anda tidak perlu bimbang akan kualiti mesin kami. 

3) Aksesori
Dari segi aksesori, mesin HeaTranz kami telah diuji keselamatannya dan hanya daripada kualiti yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, setiap alatan mesin telahpun dipilih secara khas dan kami telah terbabit dalam setiap pembikinan mesin. Anda boleh meyakini bahawa kami turut menyediakan alat ganti untuk mesin kami, justeru anda tidak perlu bimbang sekiranya anda perlu mencari alat-alat ganti.Jadi mudahlah untuk anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. 

4) Ketahanan
HeaTranz juga turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan dijamin ketahanannya. Ciri-ciri rekaannya adalah sangat ergonomik dan mesra pengguna yang mana ianya memudahkan pengguna dalam melakukan percetakan. Antara ciri-cirinya ialah spesifikasi mesin yang lebih tahan lasak, penggunaan hydraulic spring bagi meringankan bebanan kerja pengguna dan ianya turut menjimatkan ruang.

5) Rekaan
HeaTranz mempunyai rekaan yang sangat menarik, bewarna ungu lambang kemewahan dan penggayaan yang tersendiri. Bukan itu sahaja, rekaannya turut mempunyai pelindung haba tambahan. Ini membantu kerja seharian anda lebih selamat. Rekaannya juga menjadikan kawalan haba lebih padat dan stabil. 

Pengguna tidak perlu lagi bimbang akan keselamatan kerana ciri ini membolehkan pengguna berkerja dengan selamat. Selain itu, HeaTranz juga didatangkan dengan rekaan yang tebal justeru ianya lebih stabil dan juga konduktiviti nya padat membantu dalam pengaliran haba. Ini menjamin produk anda dan mengurangkan kerosakan.

Bagaimana? Adakah anda sudah mempunyai keyakinan dalam memilih mesin percetakan yang sesuai untuk bidang perniagaan anda?

Berminat? Kami akan membantu anda.

HUBUNGI KAMI UNTUK RUJUKAN DAN BIMBINGAN PELUANG PERNIAGAAN ANDA
PENDAPATAN LUMAYAN MAMPU MENJADI MILIK ANDA!

019.3233.864 /  019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783 

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

 

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?