Salam Satu Usahawan ūüôā

Dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing, pasti ramai yang ingin mencari jalan bagaimana mereka dapat menambah pendapatan sampingan ataupun menyimpan niat untuk memulakan perniagaan sendiri. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana anda dapat memulakan perniagaan anda dan ilmu yang anda perlukan untuk memulakan sesebuah perniagaan. Lebih-lebih lagi kerana kini kita sedang berada di sebuah era digital yang mana segala maklumat boleh didapati di hujung jari.

Malah, terdapat ramai usahawan yang menggunakan pemasaran secara digital seperti laman web jualan atas talian, media sosial dan juga blog-blog untuk memasarkan barangan mereka. Malah, sudah semakin ramai usahawan yang mula aktif menggunakan Whatsapp sebagai salah satu medium pemasaran produk mereka. 

BAGAIMANA pula dengan anda? Adakah anda berminat untuk memasarkan produk anda secara online tetapi tidak tahu bagaimana?

Berita baik bagi anda yang ingin berniaga!

Sertailah program eUsahawan MDEC yang mana anda dapat belajar pelbagai tips bagaimana anda dapat menjana pendapatan melalui teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada semua pengguna. Program yang dijalankan selama 2 hari ini pastinya akan mengubah hidup anda!

 

Antara soalan lazim:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MDEC?
MDEC ialah Perbadanan Pembangunan Multimedia yang merupakan sebuah agensi utama dalam memacu ekonomi digital di Malaysia. Penubuhannya adalah berfokuskan kepada pendedahan mengenai digital ekonomi, memupuk bakat-bakat baru dalam industri dan juga menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan rakyat dan perniagaan. 

 

2. Apa itu Program eUsahawan?

Ia merupakan sebuah program khusus yang membantu rakyat untuk memperoleh ilmu mengenai perniagaan atas talian demi untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan ini telah membantu ramai usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan atas talian. Ini membantu usahawan-usahawan menyusun atur strategi dalam dunia jualan atas talian. 

 

3. Apa pula kempen #YoucanDuit?

                                                           Sumber laman sesawang: https://youcanduit.mdec.my/bm

Kempen #YoucanDuit pula ialah merupakan sebuah kempen digital khasnya untuk meningkatkan pendapatan tambahan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. 

 

4. Apa yang menarik tentang mengenai program ini?
Anda bukan sahaja diberi pendedahan mengenai ilmu perniagaan atas talian tetapi anda juga akan diberi bimbingan bagaimana anda boleh mengembangkan perniagaan dengan mengunakan platform digital.

Antara ilmu yang akan anda pelajari:

– Asas perniagaan atas talian
– Teknik pemasaran melalui enjin carian seperti Google dan sebagainya
– Teknik-teknik permasaran melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram
– Teknik close sales melalui Whatsapp
– Teknik membina laman web asas dan pemasaran melalui laman web

5. Saya berminat. Ada syarat ke kalau saya nak sertai?
Syarat-syaratnya mudah sahaja. 

– Anda adalah warganegara berumur 18 tahun ke atas
– Punyai minat mendalam untuk mempelajari teknik pemasaran digital
РMengetahui produk apa yang ingin dipasarkan
– Memiliki sebarang gajet dengan sambungan Internet
– Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia kerana program ini dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia

6. Berapa ya saya perlu bayar?
Anda tidak perlu bayar apa-apa kerana ianya PERCUMA. Tetapi tempat adalah terhad. Mohon daftar segera.

 

Lihat kisah kejayaan eUsahawan dibawah:

Untuk info lanjut dan sekiranya anda ingin mendaftar, anda boleh terus melayari laman web MDEC usahawan disini.


DIYPrintingSupply.com mengucapkan tahniah kepada pihak Perbadanan Pembangunan Multimedia atas usaha mereka dalam memupuk minat usahawan dalam mengembangkan perniagaan atas talian dan memacu dunia perniagaan digital dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Kunjungilah DIYPrintingSupply.com untuk pelbagai bisnes percetakan seperti t-shirt, cawan, cenderahati, button badge dan sebagainya.

Buat para usahawan yang mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, rebut peluang keemasan ini untuk memajukan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

 

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?