Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini pasti ada dalam kalangan anda yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk menabung khasnya untuk raya. Malah pada saat dan ketika ini, mungkin anda juga sedang mencari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk anda lakukan dalam bulan puasa ini. 
Kebanyakan peluang perniagaan banyak merujuk khusus kepada kegiatan perniagaan pada bulan tersebut, jadi selepas Ramadhan anda pastinya tidak dapat melakukan perniagaan tersebut secara berterusan.

Mahukah anda mengetahui peluang perniagaan yang anda dapat lakukan bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi juga untuk selepasnya?

Jika ya, kami ingin berkongsi beberapa senarai idea bisnes percetakan untuk anda bukan sahaja untuk dalam bulan puasa tetapi juga selepas raya. Malah, ianya juga sesuai untuk sepanjang zaman!

#1 Perniagaan kad
Perniagaan kad bukanlah sesuatu perniagaan yang baru dalam bidang percetakan.  Walaupun saban hari teknologi mula menggantikan penggunaan kad tetapi kad masih lagi relevan dan sangat diminati. Perniagaan ini merangkumi bidang yang cukup luas yang mana anda bukan sahaja boleh membuat kad raya tetapi juga pelbagai kad ucapan, jemputan dan sebagainya. Sekiranya anda merupakan seorang pereka grafik, ambil kesempatan ini dengan mereka pelbagai jenis rekaan kad dan buat duit melaluinya. 

#2 Perniagaan pelekat (stiker)
Perniagaan stiker memang boleh dikatakan perniagaan laku keras kerana stiker sangat diperlukan sebagai salah satu tujuan pemasaran. Lebih-lebih lagi dengan lambakan perniagaan-perniagaan sempena raya seperti bisnes kuih raya, kek, doorgifts untuk pelbagai acara, promosi dan apa sahaja perniagaan yang memerlukan anda menggunakan stiker. 

#3 Cenderamata korporat / doorgift
Doorgifts kini telah menjadi pilihan banyak individu perseorangan mahupun syarikat-syarikat korporat sebagai salah satu cenderamata kenang-kenangan untuk diberikan kepada tetamu. Jika anda lihat cenderamata bukanlah sebuah perniagaan bermusim dan tidak terhad kepada sesuatu musim. Malah, ianya merupakan sebuah perniagaan yang sangat menguntungkan. 

#4 Servis Photobooth 
Photobooth untuk acara raya? Memang meriah dibuatnya! Ini merupakan sebuah kelainan yang akan menambahkan lagi seri dan kehangatan sesebuah acara. Jadi mengapa anda tidak gunakan peluang keemasan ini dan mulakan perniagaan photobooth anda sendiri.

Sebenarnya banyak lagi perniagaan anda lakukan sempena Ramadhan. Apa jua perniagaan yang anda ingin lakukan pastikan anda tekad dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. 

Jika anda berminat dalam perniagaan-perniagaan percetakan yang membolehkan anda memperoleh pendapatan yang tinggi dengan kos permulaan yang rendah?

Mulakan perniagaan anda sekarang bersama pakej-pakej terbaik daripada DIYPrintingSupply.
Ubah hidup anda sekarang juga.

HUBUNGI KAMI UNTUK RUJUKAN DAN BIMBINGAN PELUANG PERNIAGAAN ANDA
PENDAPATAN LUMAYAN MAMPU MENJADI MILIK ANDA!

019.3233.864 /  019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783 

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?