Minat nak buat bisnes tahun ini tapi tidak tahu bagaimana nak promosikan bisnes anda? Mengapa tidak gunakan Facebook sebagai platform untuk memasarkan perniagaan anda?

Seperti yang anda ketahui, Facebook digunakan oleh ramai orang baik tua ataupun muda. Malah, banyak bisnes yang menggunakan Facebook untuk mempromosikan bisnes mereka. Lihat sahaja banyak halaman perniagaan jenama terkemuka yang menggunakan Facebook sebagai ruang pengiklanan dan bisnes mereka kian dikenali dengan penggunaan media sosial ini.

Tidak kiralah sama ada anda baru sahaja memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau perniagaan besar, anda boleh mendapat banyak manfaat daripada Facebook business page ini.

Apa kepentingan halaman perniagaan (business page) Facebook ini?

  • Kembangkan perniagaan anda
  • Membantu mendapatkan pelanggan baru
  • Kenal pasti sasaran pelanggan anda
  • Kukuh dan bina jenama
  • Tingkatkan trafik laman web anda

Menarik bukan? Jom ketahui 15 tips yang dapat kami kongsikan kepada anda yang ingin membuka business page Facebook anda.

#1 Daftar akaun anda

 

Langkah pertama, layari Facebook.com/business dan buat halaman anda. Disini anda boleh mendaftar butiran halaman anda dengan lebih lanjut seperti nama halaman anda dan kategori bisnes anda.
Contoh; sekiranya anda dalam bisnes pakaian, anda boleh memilih kategori clothes dan dari situ, akan ada banyak pilihan kategori untuk anda pilih. Adalah sangat penting untuk anda memilih kategori yang betul kerana ini akan memberi banyak maklumat kepada pelanggan anda untuk mengenalpasti kedai anda.

#2 Hasilkan URL halaman anda yang unik

 

Anda boleh hasilkan URL laman anda dengan nama perniagaan anda. Sebagai contoh untuk DIYPrintingSupply, halaman URL kami ialah https://business.facebook.com/diyprintingsupply/.

#3 Muat naik profile photo dan cover photo

 

 

Profile photo dan cover photo sangat penting kerana ia adalah merupakan benda pertama yang pelanggan anda akan nampak sewaktu mengunjungi halaman anda. Cover photo anda seharusnya menarik dan melambangkan jenama anda. Dengan ciri terbaru Facebook, anda kini boleh meletakkan pelbagai gambar sebagai satu slide show atau meletakkan video. Untuk profile photo, anda juga boleh meletakkan logo jenama anda sekiranya ada.

Saiz profile photo: 180 x 180 pixel
Saiz cover photo:  851 x 315 pixel

 

#4 Sunting bahagian About (Mengenai)

 

Bahagian ini amat penting kerana ianya memberi informasi kepada pelanggan anda mengenai bisnes / jenama / servis yang anda tawarkan. Apa yang anda boleh beritahu?

Info mengenai bisnes anda
Lokasi anda
Nombor telefon untuk dihubungi
Email
Laman web syarikat anda

 

#5 Membuat post pertama anda

 

Ingin dapatkan banyak Likes? Sebelum itu, anda perlu kukuhkan dahulu halaman anda. Tips pertama ialah dengan membuat post yang releven dengan jenama anda dan apa yang pelanggan suka.

 

#6 Tambah butang Call to Action 

 

Butang call to action ini ada pelbagai fungsi. Tetapi yang penting, ianya memberitahu pelanggan anda tentang pelbagai tindakan yang boleh mereka ambil. Butang ini terdapat pada bahagian kanan atas profil anda. Jadi anda hanya perlu hover pada butang tersebut dan pelbagai pilihan tersedia seperti dibawah.

 

#7 Pin post anda pada halaman anda

 

Fungsi pinned post ini adalah bagi memastikan post anda kekal diatas. Jadi, setiap pelanggan atau bakal pelanggan anda yang mengunjungi halaman anda, akan sentiasa melihat post ini diatas. Contohnya sekiranya anda mempunyai promosi atau informasi, post ini akan sentiasa dilihat.

 

#8 Like (Sukai) halaman orang lain

Facebook bukan sahaja tempat terbaik untuk anda menambah kenalan tetapi anda juga boleh menambah likes pada halaman anda dengan beberapa cara mudah. Anda boleh turut menyukai halaman-halaman lain yang sama bidang dengan anda ataupun halaman lain. Cara terbaik untuk meluaskan lagi rangkaian anda!

 

#9 Belajar daripada Page Insight

 

 

Untuk setiap halaman perniagaan anda, anda boleh mengetahui pelbagai info daripada Page Insight. Seperti berapa ramai pengikut anda, pada waktu apa mereka aktif diatas talian, profil (jantina dan umur) mereka, notifikasi dan pelbagai lagi. Maklumat-maklumat ini anda boleh manfaatkan untuk memastikan halaman anda kekal aktif dengan kandungan yang segar.

 

#10 TIPS TAMBAHAN!!!

  1. Berapa banyak saya perlu post dalam sehari?
    Hmm, ramai yang beranggapan bahawa semakin banyak anda post, semakin tertarik pelanggan anda dengan jenama anda. Sebenarnya tidak. Anda harus memastikan post anda berkualiti bukannya lebih kepada sekadar kuantiti. Pastikan anda post dalam seminggu 2-3 kali mengikut keperluan.
  2. Bila saya patut post?
    Post pada masa yang tepat. Anda boleh melihat Halaman Insight anda untuk mengetahui waktu terbaik untuk post iaitu waktu follower anda paling aktif atas talian.
  3. Apa yang boleh saya post?
    Apa- apa sahaja! Tahukah anda visual seperti gambar atau video mendapat engagement atau reaksi paling baik daripada pengguna Facebook? Pastikan anda post gambar yang menarik dan relevan dengan bisnes anda. Sekiranya anda mempunyai blog dan ingin berkongsi dengan pelanggan anda, post sahaja!
  4. Post video
    Sekarang ini anda boleh lihat bahawa video dan juga live video kian mendapat tempat di hati pengguna. Jadi, anda boleh sahaja membuat Facebook live video mengenai bisnes anda

Kami harap tips kali ini dapat membantu anda dalam memulakan Facebook business page anda sendiri. Sekiranya anda ingin memulakan bisnes percetakan anda sendiri, kami sedia membantu anda!

Jom hubungi kami.

019.3233.864 /  019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?