Jika anda mengalami situasi di mana secara tiba-tiba, permintaan  melonjak naik dan anda rasa terkesan dengan penerimaan dan sambutan yang hangat itu ketika baru memulakan perniagaan. Ini pastiya membuatkan anda tidak menang tangan untuk menguruskan semua tempahan daripada pelanggan. Tambahan lagi permintaan yang tiada henti, membuatkan anda sukar untuk menguruskannya, apatah lagi menyiapkannya dalam masa yang diminta. Jika hal sedemikian berlaku, anda dinasihatkan untuk memberanikan diri untuk membuat pelaburan modal lagi untuk tujuan menjamin masa depan perniagaan anda. Tapi mengapa ‘heatpress’?

a.     Rekaan yang diminta oleh pelanggan bersifat peribadi mengikut tiap unit

Pelanggan anda meminta untuk memenuhi kehendak beliau iaitu menghasilkan pakaian dengan pelbagai jenis rekaan yang berbeza. Katakanlah anda menggunakan percetakan silk screen, sedia maklum ianya hanya boleh memenuhi keperluan dengan kuantiti permintaan yang perlu ada MOQ, bagi untung balik modal. Tetapi melalui ‘heatpress’, anda boleh menerokai potensinya dan membuat pelbagai jenis rekaan mengikut kreativiti anda. Anda boleh melakukan demikian dengan menggunakan vinyl selain daripada menggunakan proses ‘sublimation’ dan juga ‘transfer’.

b.     Anda ingin membesarkan produksi dengan minima tenaga kerja
Jika anda ingin memperkembangkan lagi perniagaan anda, anda perlu melabur untuk membeli mesin-mesin yang baru. Malah dengan adanya pertambahan mesin baru, anda juga perlu mengupah pekerja dan melatih pekerja baru. Tetapi dengan mesin ‘heat press’, anda boleh mengurangkan jumlah pekerja untuk membantu anda. Percaya? Ini kerana mesin ‘heat press’ boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja dan tidak menggunakan tenaga kerja yang banyak untuk mengendalikannya. Penggunaannya sangat efektif dan tidak mengambil ruang kerja yang besar juga.

c.    Tambahan mesin dengan modal yang minima

Mendapat tempahan yang banyak, tetapi mesin tidak mencukupi. Itu merupakan petanda bahawa perniagaan anda berjalan lancar. Tetapi anda harus melakukan sesuatu agar pelanggan anda terus menggunakan perkhidmatan anda. Bagaimana caranya?

Dengan menggunakan mesin heatpress, ia membolehkan anda untuk menyiapkan tempahan pelanggan anda dalam masa yang singkat. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa semata-mata untuk membuat sehelai t-shirt seperti mana yang anda lakukan dengan percetakan silkscreen contohnya. Walaupun percetakan silkscreen membolehkan anda menghasilkan tempahan yang banyak secara pukal tetapi andai kata anda ingin memenuhi tempahan berjumlah kecil, tiada mesin yang dapat menangani kehebatan mesin heatpress ini.

Jadi kesimpulannya, tanyalah dada tepuk selera. Kami disini ingin sekali membantu anda, bagi mengembangkan lagi perniagaan percetakan yang sedia ada mahupun yang baru bermula. 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?