Image Source: www.extradigital.co.uk
Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan, terdapat 4 perkara yang anda perlu menitik beratkan iaitu:
1. Produk (Product)
– Anda perlu mempunyai pelbagai jenis produk.
Contoh: Jenama Maggi bukan sahaja mempunyai produk mee segara, malah ia juga mempunyai sos cili, sos tomato, perencah makanan dan banyak lagi.
– Menggunakan akar idea yang sama tetapi memperbaharui sesetengah perincian produk.
Contoh: Iphone 4 dan Iphone 5.
2. Harga (Price)
– Sentiasa memastikan anda membuat pengiraan jumlah kos sebelum anda membuat keputusan untuk menjual produk dengan sesuatu harga. Bagi percetakan mug yang segera, jumlah kos sebuah mug adalah RM4.50, jadi jika anda ingin mendapatkan 80 keuntungan daripada jumlah kos, anda boleh menjual sebuah mug dengan harga RM8.10 (RM4.50+80%)
– Jika jumlah Kos pengeluaran anda sangat rendah, anda boleh menggunakan skim harga dengan meletakkan harga yang tinggi bagi sesuatu produk yang baru, selepas itu menurunkan harga secara berperingkat.
3. Tempat (Place)
– Jika anda memulakan perniagaan dalam talian (online), ia sangat kritikal bagi memastikan mempunyai saluran pengedaran yang baik. Dinasihatkan supaya anda menggunakan perkhidmatan kurier berbanding daripada menggunakan perkhidmatan pos yang biasa bagi mengelakkan barang dihantar lewat untuk sampai ke tangan pelanggan.
4. Promosi (Promotion)
– Promosi adalah salah satu cara dan aktiviti yang bagus untuk memastikan jenama atau produk anda dikenali ramai. Anda boleh membuat activiti pemasaran dan promosi produk serta perkhidmatan anda melalui dalam talian (online) seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai jenis media sosial yang lain. Ini kerana, promosi di dalam talian (online) akan mendapat lebih cepat respon dari pada pelanggan malah ianya percuma.
– Iklan juga memainkan peranan yang penting, dan boleh memberikan kesan yang besar kepada perniagaan anda dan membuatkan jenama anda lebih dikenali ramai.
Contohnya, dengan memberikan belon yang mempunyai bentuk yang unik dan mempunyai logo syarikat anda, bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak, malah ibu bapa mereka juga akan tertarik dengan produk dan perkhidmatan anda.
Mulakan perniagaan percetakan anda dengan kami di DIYPrintingSupply, perniagaan ini adalah perniagaan yang berkos rendah tetapi boleh mendapat keuntungan yang tinggi. Setiap pakej perniagaan kami akan memberikan anda barangan promosi seperti bunting dan risalah secara PERCUMA!
Mulakan perniagaan anda hari ini di DIYPRINTINGSUPPLY.COM.
Hubungi Kami SEKARANG !
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Person | : | 019.3233.864 / 019.3232.556 /019.3232.740 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | enquiry@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply |
~ Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami~