Dalam setiap perniagaan yang anda lakukan, pasti akan ada cabaran dan rintangan. Ini termasuklah cabaran bagi peniaga online yang menjalankan perniagaan secar dalam talian.

Walaupun bisnes secara online ini mempunyai banyak kelebihan, anda juga haruslah sedikit sebanyak tahu apakah cabaran yang menanti anda sekiranya anda ingin memulakan bisnes online.

Lebih-lebih lagi kepada golongan yang baru ingin menapak dan membina kerjaya dalam dunia keusahawanan ini. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa cabaran paling utama untuk memulakan perniagaan adalah modal. Namun, selain daripada itu masih ada beberapa halangan yang anda perlu tempuhi sebelum bergelar usahawan berjaya.

Lebih-lebih lagi jika anda ingin mengembangkan produk anda secara online. Sudah pasti pelbagai kemahiran yang perlu anda kuasai berkenaan dunia digital ini. Pada masa yang sama anda juga perlu memastikan produk yang anda niagakan laris di pasaran.

Tapi jangan risau. Setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya. Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan untuk anda 5 cabaran utama untuk anda sebagai peniaga online yang baru mulakan perniagaan.

5 Cabaran Peniaga Online

#1 Kesukaran memasarkan produk

peniaga online promosi

Bagi memasarkan sesuatu produk baru, ianya bukan satu perkara yang mudah. Bahkan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk terus mempromosikan produk yang dijual.

Faktor kekurangan masa juga menjadi salah satu cabaran buat peniaga online dalam memasarkan produk mereka. Kekurangan masa untuk buat Facebook page dan juga Instagram adalah antara faktor utama yang menyebabkan peniaga online mendapat kesukaran dalam mendapatkan pelanggan. 

Antara faktor lain ialah kurangnya ilmu dalam pemasaran. Pemasaran adalah sangat penting untuk mempromosikan produk atau kedai anda. Tanpa ilmu pemasaran, memang sukar buat anda untuk mencari pelanggan. Jadi perkara ini boleh ditangani dengan menjalani latihan pemasaran percuma dan ambil sedikit masa untuk belajar menerusi perkongsian video ilmiah di YouTube.

Selain itu, cara terbaik untuk membendung perkara ini adalah dengan ambil sedikit masa untuk rancang cara promosi anda. Cipta akaun Facebook dan Instagram bagi produk anda sendiri. Kemudian lengkapkan segala info berkaitan produk sebelum anda membuat posting yang pertama. Jika anda ada modal yang lebih, tidak salah untuk setup iklan melalui Facebook Ads. Dengan cara itu lebih ramai pelanggan yang akan tahu akan produk anda dan dapat memasarkan produk dengan lebih luas.

#2 Meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan

raih kepercayaan pelanggan

Sukar buat peniaga untuk meraih kepercayaan pelanggan untuk membeli. Untuk mendapat perhatian dan minat orang ramai terhadap produk kita bukan senang tau! 

Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa peniaga sukar menarik minat pembeli.

  1. Tidak yakin dengan produk yang dijual secara online
  2. Produk yang dijual tiada di pasaran
  3. Penggunaan gambar produk yang tidak menarik
  4. Kurang maklum balas dari pengguna sedia ada
  5. Penjual sukar untuk dihubungi

Dalam hal ini, kesabaran yang tinggi amat diperlukan oleh para peniaga. Untuk meraih keyakinan pelanggan ini memerlukan proses yang panjang. Cuba ambil kesempatan ini untuk memberi produk tersebut kepada ahli keluarga terdekat. Dari itu, kita akan dapat review daripada mereka dan boleh dikongsikan di laman media sosial untuk menarik minat orang lain pula.

#3 Melayan karenah pelanggan

peniaga online berjaya

Sejak dari dulu lagi kita dimomokkan dengan slogan “customer is always right”. Jadi sedikit sebanyak slogan tersebut membuatkan ramai pihak terutamanya pelanggan yang merasakan diri mereka sahaja yang betul

Tidak dinafikan, pelanggan ini memang banyak ragamnya. Kita sebagai penjual memang kena banyak bersabarlah sewaktu melayan segala pertanyaan pelanggan walaupun soalan-soalan tersebut dilihat remeh bagi anda tetapi tidak untuk para pelanggan anda. 

Kadang-kala anda mungkin berdepan dengan situasi apabila ada pembeli yang ingin membeli dengan anda, tetapi tidak lama kemudian pembeli tersebut diam sahaja walaupun anda telah follow-up

Bertabahlah.

#4 Masalah penghantaran barang

peniaga online baru

Selain daripada kita berdepan sebelum dan semasa proses jual beli produk. Kita juga tidak terlepas dari cabaran semasa proses penghantaran barang.

Sebagai seorang peniaga online, kadang-kala anda akan berdepan dengan masalah penghantaran barang. Terutama apabila  pelanggan anda duduk kawasan yang jauh dan memerlukan masa yang agak lama untuk proses penghantaran tersebut dijalankan. Tidak semua pelanggan yang faham akan situasi ini. 

Isu kekangan masa ini juga menyebabkan anda mengalami masalah dalam penghantaran barang. Lebih-lebih lagi sekiranya pelanggan anda mahukan barang mereka dihantar dengan cepat. Sekiranya anda ialah seorang peniaga online secara part time, pasti akan berdepan masalah dalam membahagikan masa untuk menghantar barangan.

Selain itu, cabaran seterusnya dalam proses penghantaran adalah sama ada barang yang sampai ke pelanggan dalam keadaan baik atau tidak. Dalam hal ini, anda sebagai penjual perlu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) jika berlaku sebarang kerosakan kepada produk tersebut. Perkara ini perlulah dimaklumkan kepada pembeli sebelum mereka melakukan transaksi pembayaran. Ini bagi membantu pelanggan untuk segera melaporkan sebarang kerosakan jika ianya berlaku.

Percayalah, jika anda berjaya untuk merancang degan baik. Setiap cabaran yang anda tempuh akan anda hadapi dengan tenang dan terurus.

#5 Menguruskan kewangan sebagai peniaga online 

kerugian peniaga online

Selain kita meletakkan fokus untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan, cara pengurusan wang juga penting bagi memastikan segala urus niaga yang berlaku sebelum dan selepas penjualan produk didokumantasikan untuk rujukan pada masa hadapan.

Isu pengurusan wang ini sering dikaitkan dengan peniaga yang menggunakan akaun peribadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara part-time, mungkin ianya tidak memberi masalah yang besar.

Namun bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara full-time, lebih baik kiranya anda membuka akaun khas untuk perniagaan anda. Dengan cara ini ia akan dapat lebih kepercayaan pelanggan untuk membuat transaksi ke atau akaun syarikat berbanding akaun peribadi. 

Selain itu, perancangan kewangan bukan sahaja untuk jangka masa pendek. Malah jika anda bijak menguruskan wang. Impian anda untuk melebarkan sayap perniagaan akan lebih cerah. 

Ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh para peniaga online. Mungkin ada diantara anda yang mengalami masalah berlainan. Tidak mengapa kuatkan semangat anda dan jangan putus asa.

Jadilah peniaga online sekarang!

Bagi yang membaca artikel ini, anda golongan yang mana satu?

Adakah anda;

  1. Peniaga online yang sedang menghadapi cabaran mempromosikan produk?
  2. Individu yang baru memasang hasrat untuk memulakan perniagaan online?

Jika anda berada dalam golongan tersebut, inilah peluang terbaik untuk anda memulakan perniagaan baru yang lebih mudah untuk dipromosikan secara online.

Di DIYPrintingSupply.com boleh membantu anda menyediakan peluang perniagaan dan produk yang berkualiti hanya untuk anda.  Selain itu, kami menyediakan pelbagai alatan termasuk mesin heat press di antara yang terbaik di pasaran. Kami juaga akan berikan anda idea perniagaan yang berguna untuk anda yang berminat untuk berniaga dalam industri percetakan ini.

Ayuh sertai kami sekarang! Pelbagai pakej menarik dan latihan keusahawanan kami sediakan untuk anda. Kami akan latih anda from Zero to Hero dan seterusnya menjadi sebahagian daripada puluhan usahawan pencetakan yang telah berjaya

Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!!

Hubungi Kami Sekarang !!!

Company Name:DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Contact Number:019.3233.868 / 019.3232.556
019.3233.864 / 019.3232.783
Website:www.DIYPrintingSupply.com
Email:ask@DIYPrintingSupply.com
Facebook:www.facebook.com/diyprintingsupply
Youtube:www.youtube.com/user/diyprintingsupply

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?