Cadangan Cenderamata– Setiap pemilik perniagaan sentiasa merancang untuk mengukuhkan hubungan bersama rakan niaga dan juga pelanggan mereka. Kedua entiti ini amat perlu untuk dijaga kerana tanpa kewujudan mereka, tanpa mereka tiadalah syarikat anda berkembang pada hari ini.

Oleh itu, menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan rakan niaga perlu diberi keutamaan agar mereka sentiasa akan menyokong setiap produk yang kita keluarkan. Dengan itu, anda bukan sahaja memberikan perkhidmatan yang sempurna namun tahu atau tidak sebenarnya anda juga boleh menghargai mereka dengan memberi cenderamata perniagaan.  

Tapi jangan salah faham! Bukan semua hadiah dalam perniagaan dianggap sebagai “rasuah”.  Antara cenderamata yang boleh diberikan adalah cenderamata ‘do it yourlself’ (DIY). sebagai contoh adalah cenderamata yang unik dan lebih bersifat profesional serta masih mengekalkan nilai etika perniagaan.

Jadi, apakah jenis cenderamata yang sesuai untuk di beri kepada mereka? Berikut adalah cadangan yang anda boleh pertimbangkan.

produk cenderamata

5 Cenderamata Untuk Pelanggan dan Rakan Niaga

1. Cawan dengan Logo Syarikat

Secawan kopi pada pagi hari di pejabat mampu menceriakan hari kita betul tak?

Jadi antara cadangan cenderamata yang sesuai adalah dengan memberikan mug. Kini, anda boleh hadihakan cenderamata yang lebih bermakna dengan mencetak cawan dengan logo syarikat anda sendiri. Wow! 

Kemudian anda boleh edarkan kepada pelanggan dan rakan niaga sebagai saguhati atau cenderamata. Ia adalah satu langkah yang bijak bagi memasarkan jenama syarikat anda.  Ini kerana, cawan mempunya banyak kegunaan selain daripada bekas minuman. Jarang sekali kita lihat penerima cawan bercetak mengabaikan hadiah tersebut.  

Setiap kali cawan itu digunakan, secara tidak langsung logo yang terpapar pada cawan akan menjadi viral dan mungkin bakal menarik minat pelanggan lain untuk mendapatkan mug bercetak untuk perniagaan mereka. Untuk dapatkan pelbagai jenis mug bercetak DIY, boleh klik di sini.

13

2. Cenderamata Button Badge

Tahukah anda mengapa button badge sering menjadi pilihan sebagai produk cenderamata? Ini kerana selain daripada button badge ini lebih murah daripada produk hadiah yang lain, ianya juga mudah untuk diedarkan.  

Button badge juga mempunyai kelebihan walaupun dengan size yang kecil, ianya masih mampu “membawa” mesej terus kepada penerima.

Dengan harga yang murah dan proses penghasilan yang mudah, ia antara pilihan terbaik dijadikan cenderahati. Sebagai pelanggan, mereka boleh lekatkan pada bag ataupun gunakan semasa menyertai program yang dikendalikan oleh syarikat anda. Barulah boleh tahu sama ada dia pelanggan baru atau regular customer yang selalu menyokong produk anda.

“Betul ke murah?” Ya betul! Nak tahu berapa harga dan jenis button badge yang ditawarkan untuk dijadikan cenderamata boleh klik di sini.

cenderamata button badge

3. T-Shirt Bergambar

T -shirt boleh menjadi cadangan yang terbaik kepada pelanggan anda. Kos mencetak logo perniagaan mereka pada baju ini adalah sangat berbaloi . T -shirt bukan sahaja meningkatkan imej tetapi juga ianya mempunyai daya tarikan untuk menjemput lebih ramai pelanggan ke premis perniagaan anda.  Gambar pada T-shirt juga  boleh dibuat mengikut kreativiti sendiri.

Untuk T-shirt pula anda boleh pilih pelbagai warna yang sesuai dengan warna tema syarikat anda. Tidak ketinggalan anda juga boleh bereksperimentasi dengan rekaan anda yang ingin dipaparkan pada T-shirt tersebut. 

Siapa sahaja yang tak seronok yang dapat baju kan. Semestinya pelanggan dan rakan niaga anda akan hargai pemberian tersebut. Walaupun kos untuk mencetak T-Shirt DIY ini agak tinggi, tapi tidak salah untuk kita hargai pelanggan dan rakan niaga dengan cenderamata yang berkualiti serta rekaan edisi terhad. Untuk dapatkan promosi T-Shirt bergambar boleh klik di sini.

cenderamata t-shirt

4. Cenderamata Tote Bag

Antara cenderamata lain yang menarik adalah tote bag. Sekarang ini memang zaman ramai orang gemar untuk mengumpul koleksi tote bag. Tidak salah untuk tote bag dengan rekaan syarikat anda dijadikan antara koleksi pelanggan dan rakan niaga anda.

Dengan kualiti yang baik, tote ini juga boleh dijadikan bag serba guna apabila membeli belah. Inilah masanya untuk anda ambil peluang tonjolkan kreativiti anda membuat rekaan anda sendiri pada tote bag. Kalau cantik dan ramai yang gunakan di pusat beli-belah, pastu ribuan orang ramai yang akan berminat dan kemudiannya menjadi prospek baharu anda. 

Tote bag ini juga sama seperti T-shirt, pelbagai warna dan saiz disediakan. Apa yang penting adalah sejauh mana kualiti dan kegunaan cenderamata tersebut untuk diberikan kepada pelanggan dan rakan niaga anda.

tote bag

5. Mouse Pad

Setiap syarikat pasti ada menyediakan cenderahati atau merchandise mereka sendiri.

Antara pilihan cenderahati yang boleh diberi kepada rakan kongsi, pelanggan mahupun pekerja adalah mouse pad. Dengan rekaan dan pelbagai bentuk yang ditawarkan, pasti ianya menjadi antara cenderahati yang bermakna buat mereka.

Kalau anda custom sendiri mouse pad menggunakan logo syarikat anda pasti ianya nampak lebih eksklusif. Kalau semua pekerja gunakan di pejabat, nampak seragam je. Barulah cantik!

cenderamata mouse pad syarikat

3 Perkara Sebelum Memilih Cenderamata

Sebelum memilih produk-produk cenderamata ini sebagai hadiah kepada pelanggan dan rakan niaga, pastikan 3 perkara ini terlebih dahulu;

  1. Tujuan memberi hadiah
  2. Bajet untuk memberi hadiah
  3. Siapa penerima hadiah

Anda juga boleh menyediakan pelbagai cenderamata sebagai persediaan awal. Jika koleksi cenderamata tersebut sentiasa ada dalam simpanan syarikat anda, maka mudahlah untuk diberikan kepada pelanggan atau rakan niaga baru.

Pastikan cenderamata yang anda pilih untuk memasarkan perniagaan anda mempunyai kualiti yang baik kerana ianya juga secara tidak lansung memberi kesan kepada jenama perniagaan anda.

contoh cenderamata

3 Kelebihan Memberi Cenderamata

Setiap hadiah yang diberikan pasti memberi makna penghargaan kita kepada seseorang. Namun, dalam urusan syarikat, cenderamata yang diberikan merupakan satu lambang ikatan yang kuat antara dua pihak. Antara kelebihan lain adalah;

  1. Promosi secara tidak langsung
  2. Membina kepercayaan jenama 
  3. Menguatkan hubungan pelanggan dan rakan niaga

Mungkin, kita tidak dapat melihat manfaat ini dalam jangka masa pendek. Namun percayalah dengan memberikan cenderamata, ia akan mendatangkan manfaat kepada jenama perniagaan anda secara tidak langsung. Setiap langkah yang kecil pasti akan membuahkan hasil yang besar.

Jika anda mencari idea untuk rekaan cenderahati yang dinyatakan di atas, anda boleh cuci mata di Printcious untuk tawaran yang menarik.

Bagi mereka yang mungkin berminat untuk memulakan perniagaan dalam bidang percetakan cenderamata seperti mug, t-shirt dan button badge, Inilah peluang anda untuk sertai kami di DIY Printing Supply.

Kami akan persiapkan anda untuk menjadi seorang usahawan berjaya dengan segala peralatan dan latihan keusahawanan. Ayuh jom buat duit dengan kami. “You Can DUIT!”

Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!!

Hubungi Kami Sekarang !!!

Company Name:DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Contact Number:019.3233.868 / 019.3232.556
019.3233.864 / 019.3232.783
Website:www.DIYPrintingSupply.com
Email:ask@DIYPrintingSupply.com
Facebook:www.facebook.com/diyprintingsupply
Youtube:www.youtube.com/user/diyprintingsupply

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?