Sebagai pengguna laptop atau komputer peribadi, semestinya aksesori lain yang wajib ada pada setup komputer anda adalah tetikus (mouse). Sekarang, macam-macam jenis tetikus yang ada di pasaran. Ada yang masih berwayar, tetikus nirwayar dan tidak ketinggalan ada juga tetikus yang direka khas bagi mereka yang berminat dengan permainan video. Jadi jika anda ada mouse, pasti anda juga perlu ada lapik tetikus (mouse pad) yang cantik kan. Barulah nampak lagi cantik betul tak?

Perlu ke Mouse Pad ni?

Mungkin ada sesetengah individu yang merasakan tiada keperlukan untuk mereka menggunakan lapik tetikus ini. Asalkan mouse berfungsi atas meja pun dah cukup. Tapi tahukah anda dengan menggunakan lapik tetikus ini, ia akan memberikan kelancaran dan boleh menjaga ketahanan mouse anda untuk jangka masa yang lebih panjang?

Ya betul! Bagi mereka yang belum tahu, pelapik tetikus ini adalah permukaan yang digunakan untuk meletakkan dan menggerakkan tetikus komputer. Pelapik ini juga dapat meningkatkan kebolehgunaan tetikus berbanding menggunakan tetikus secara langsung atas meja. Dengan menggunakan mouse pad ini juga ia akan menyediakan permukaan yang rata dan membolehkan ia untuk mengukur pergerakan dengan lebih tepat.

Pelapik tetikus ini juga didatangkan dalam pelbagai permukaan dan tekstur yang berbeza untuk memenuhi pelbagai jenis teknologi tetikus. Selain itu, pelapik tetikus ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti segi empat tepat, love dan bulat.

Kelebihan menggunakan Mouse Pad

Mungkin ramai yang mengganggap bahawa mouse pad ini sekadar aksesori. Tapi tahu atau tidak, ia ada kelebihan dan kegunaan yang tersendiri. Jadi ini dua kelebihan menggunakan mouse pad yang anda perlu tahu;

  • Manfaat paling penting bila menggunakan pelapik tetikus adalah kebolehdapatan kelajuan dan ketepatan yang tinggi. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan pada pengguna. Kalau kita tengah buat kerja atau bermain video game, mesti kita nak rasa selesa dan laju je kan? Barulah seronok!
  • Manfaat kedua adalah menjaga permukaan meja atau dasar tetikus daripada tercalar kesan dari pergerakan tetikus. Mungkin anda tak perasan benda ni. Tapi jika anda gunakannya mouse di atas permukaan yang kasar seperti meja. Ia bukan sahaja merosakkan meja malah boleh menghakis getah pada bawah permukaan tetikus anda.

5 Idea kreatif untuk Mouse Pad

Pelapik tetikus wujud dalam pelbagai permukaan dan tekstur yang berbeza untuk memenuhi pelbagai jenis teknologi tetikus. Selain itu pelapik tetikus ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti segi empat tepat, love dan bulat.

Custom pelapik tetikus sudah menjadi fenomena masa kini. Apa yang istimewanya? Haa kalau nak tahu rekaan corak pada pelapik tetikus ini boleh dijadiakan alat pengiklanan pada syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk. Ia juga boleh dijadikan hadiah kepada officemate pada jamuan perpisahan. 

Sebenarnya banyak lagi kegunaannya. Jadi, kali ini kami akan kongsikan 5 idea customize Mouse Pad yang anda boleh cuba!

Cenderahati syarikat

Setiap syarikat pasti ada menyediakan cenderahati atau merchandise mereka sendiri. Cenderahati ini boleh diberi kepada rakan kongsi, pelanggan mahupun pekerja. Kalau anda custom sendiri mouse pad menggunakan logo syarikat anda pasti ianya nampak lebih eksklusif. Kalau semua pekerja gunakan di pejabat, nampak seragam je. Barulah cantik!

mouse pad syarikat

Gambar orang tersayang

Kalau dulu kita selalu letakkan gambar orang yang kita sayang dalam dompet ataupun jadikan wallpaper telefon. Tapi apa kata kali ini kita tambah koleksi gambar orang yang kita sayang dengan custom mouse pad dan letakkan wajah-wajah mereka. Setiap kali buat kerja mesti sentiasa bersemangat dan termotivasi.

mouse pad gambar family

Hadiah untuk pelbagai upacara

Setiap kali tiba majlis keramaian mesti kita fikir nak bagi hadiah apa kan. Kadang-kadang pergi kedai pun tak jumpa barang yang berkenan. Ada juga hadiah yang mungkin di luar kemampuan bajet kita. Jadi, inilah peluang untuk kita berikan custom mouse pad! Boleh reka design sendiri, nak letak gambar atau animasi pun boleh. Yang penting harga memang berbaloi. Kami cadangkan untuk pihak sekolah atau universiti yang anjurkan pelbagai program tu, beri peserta hadiah mouse pad ni.  Memang sesuai untuk pelajar dan boleh guna waktu buat assignment.

mouse pad hari jadi

Mutiara kata

Setiap daripada kita pasti memerlukan kata-kata motivasi untuk terus bersemangat menjalani pekerjaan mahupun aktiviti harian. Oleh itu, apa kata ambil peluang ini untuk zahirkan mutiara kata anda pada mouse pad pula. Kalau setiap kali kerja dan kita baca mutiara kata tersebut, mesti lagi semangat kan? Boleh juga dijadikan hadiah kepada rakan-rakan atau ahli keluarga tau. Contohnya jika rakan anda baru sahaja memulakan kerjaya baharu, anda boleh custom mouse pad dengan ayat “Work Hard And Strive Harder”. Kawan anda pun mesti seronok dan mereka juga akan hargai pemberian anda.

mouse pad quotes

Koleksi peribadi

Anda seorang peminat K-Pop? Kalau ya apa kata jadikan mouse pad ini sebagai koleksi artis-artis yang anda minati. Bayangkan jika anda sendiri yang custom gambar artis kegemaran anda. Boleh juga custom mouse pad jika anda berminat dengan adiwira MARVEL ataupun animasi Disney. Mesti ianya akan menjadi lebih eksklusif. Mana tahu kalau ada rakan lain yang berminat juga, anda boleh ambil peluang ini untuk mulakan perniagaan menjual custom mouse pad ini. 

koleksi peribadi

Untuk pengetahuan anda, pelapik tetikus ini ditawarkan dengan harga yang rendah dan boleh dihasilkan dengan menggunakan “sublimation” proses. Anda hanya memerlukan peralatan seperti haba tekan, juga barangan seperti dakwat “sublimation” dan kertas “sublimation”.

Jadi itulah antara idea kreatif mouse pad yang anda boleh gunakan. Siapa yang berminat untuk mulakan perniagaan percetakan mouse pad ni pun boleh sebenarnya. Permintaan pun memang tinggi sekarang.

Jom sertai kami sekarang dengan menjadi sebahagian usahawan berjaya bersama DIY Printing Supply. Cita-cita anda untuk memulakan perniagaan sendiri mungkin bermula dalam bidang percetakan ini. Jangan risau, segala alatan dan latihan keusahawanan akan kami sediakan untuk anda. “You can do it. Jom buat DUIT!”

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?