Musim hari raya bakal tiba. Mesti ramai yang sudah mula fikir untuk cari baju raya, biskut raya dan bermacam lagi persediaan. Namun segalanya memerlukan wang. Ada kalanya memang risau dibuatnya kalau fikir pasal duit ni. Lebih-lebih lagi bila menjelangnya hari raya.
Jadi dalam bulan Ramadhan yang mulia inilah kita perlu ambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan untuk menabung khasnya untuk raya. Mungkin ada yang berpendapat bahawa bulan yang mulia ini kita perlu fokus untuk menambah ibadah. Namun, bekerja itu juga ibadah. Jika kita mampu seimbangkan kedua-duanya pasti Allah s.w.t akan memberi keberkatan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Malah pada saat dan ketika ini, mungkin anda juga sedang mencari-cari perniagaan sampingan untuk menambah pendapatan. “Apa yang sesuai untuk anda lakukan dalam bulan puasa ini?”
Kebanyakan peluang perniagaan banyak merujuk khusus kepada kegiatan perniagaan pada bulan tersebut, jadi selepas Ramadhan anda pastinya tidak dapat melakukan perniagaan tersebut secara berterusan.
Jadi anda nak tahu tak peluang perniagaan yang anda dapat lakukan bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi juga untuk selepasnya?
Jika ya, kami ingin berkongsi beberapa senarai idea bisnes percetakan untuk anda bukan sahaja untuk dalam bulan puasa tetapi juga selepas raya. Malah, ianya juga sesuai untuk jangka masa panjang!
5 Perniagaan Lubuk Duit Musim Hari Raya
#1 Perniagaan kad dan sampul hari raya
Perniagaan kad bukanlah sesuatu perniagaan yang baru dalam bidang percetakan. Walaupun saban hari teknologi mula menggantikan penggunaan kad tetapi kad masih lagi relevan dan sangat diminati. Ini kerana, dengan adanya kad hari raya, kenangan tersebut dapat disimpan dan diabadikan sepanjang zaman.
Perniagaan ini juga merangkumi bidang yang cukup luas yang mana anda bukan sahaja boleh membuat kad raya tetapi juga pelbagai kad ucapan, sampul duit raya, kad jemputan rumah terbuka dan sebagainya.
Sekiranya anda merupakan seorang pereka grafik, ambil kesempatan ini dengan mereka pelbagai jenis rekaan kad dan buat duit melaluinya. Daripada pengalaman mereka kad dan sampul duit raya, mungkin selepas ini anda boleh pelbagaikan penghasilan kad mengikut pelbagai jenis perayaan seperti tahun baru cina, majlis perkahwinan, sambutan hari jadi dan pelbagai lagi jenis hari keramaian. Jangan sia-siakan masa dan bakat anda!
#2 Manisan dan biskut raya
Apalah maknanya hari raya tanpa biskut raya dan pelbagai lagi jenis manisan lain. Jika anda seorang yang berbakat dalam bidang ‘baking’, ini memang forte anda untuk kembangkan bakat. Boleh dikatakan keuntungan sebulan menjual biskut raya mampu menampung perbelanjaan untuk suku tahun!
Tapi jika anda tak tahu baking tu jangan risau. Dengan kerancakan dunia perniagaan pada hari ini, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada penjual biskut raya dengan menjadi agen dropship.
Macam mana? Mudah sahaja. Cari stokis yang berdaftar dan memerlukan agen dropship. Dari situ stokis akan memberi anda panduan dan segala info yang berkaitan dengan produk. Tugas anda hanyalah perlu mempromosikan produk dan mengambil pesanan daripada pembeli. Mudah kan?
#3 Perniagaan pelekat (sticker)
Perniagaan stiker memang boleh dikatakan perniagaan laku keras kerana sticker sangat diperlukan sebagai salah satu tujuan pemasaran. Lebih-lebih lagi dengan lambakan perniagaan-perniagaan sempena raya seperti bisnes kuih raya, kek, doorgifts untuk pelbagai acara, promosi dan apa sahaja perniagaan yang memerlukan anda menggunakan sticker.
Namun, jika anda seorang yang kreatif, anda boleh menawarkan pelbagai rekaan yang lebih menarik untuk dijadikan sampel kepada pelanggan. Jika anda telah menyediakan beberapa sampel, ia memudahkan untuk pelanggan memilih rekaan yang sesuai dan hanya perlu disunting mengikut logo atau nama perniagaan. Mudah kata macam katalog lah. Ia bakal memudahkan kedua-dua pihak dan proses pencetakan akan lebih pantas.
#4 Cenderamata korporat / doorgift
Waktu nak raya ni memang banyak syarikat yang menyediakan doorgift atau hamper untuk pelanggan, pekerja dan rakan niaga. Jadi waktu inilah anda perlu ambil peluang keemasan untuk menjual pakej doorgift yang menarik.
Doorgifts kini telah menjadi pilihan banyak individu perseorangan mahupun syarikat-syarikat korporat sebagai salah satu cenderamata kenang-kenangan untuk diberikan kepada tetamu.
Pada masa yang sama, doorgift ini juga banyak permintaan dari individu biasa untuk dijadikan buah tangan kepada orang yang tersayang. Jadi, gunakan peluang ini untuk mempromosikan produk anda ke semua golongan.
Jika anda lihat cenderamata ini, ia bukanlah sebuah perniagaan bermusim dan hanya segelintir pihak yang memerlukannya. Malah, ianya merupakan sebuah perniagaan yang sangat menguntungkan dan mampu diperkembangkan untuk lebih berjaya.
#5 Servis Photobooth Hari Raya
Photobooth untuk acara raya? Memang meriah dibuatnya! Ini merupakan sebuah kelainan yang akan menambahkan lagi seri dan kehangatan sesebuah acara. Jadi mengapa anda tidak gunakan peluang keemasan ini dan mulakan perniagaan photobooth anda sendiri.
Mungkin photobooth ini jarang digunakan semasa hari raya. Tapi tak salah kalau kita yang menjadi ‘trend setter’ kan? Sampai bila kenangan dan memori hari raya hanya dikongsikan di Facebook? Inilah masanya untuk kita kembalikan gambar yang dicetak untuk kita simpan sebagai kenangan bersama
Sebenarnya banyak lagi perniagaan anda lakukan sempena Ramadhan. Apa jua perniagaan yang anda ingin lakukan pastikan anda tekad dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Di musim hari raya ini, kita semestinya ingin berseronok dan berkumpul dengan ahli keluarga. Luangkan masa bersama mereka yang tersayang dan sampaikanlah ucapan hari raya yang bermakna buat mereka. Kerja tetap kena kerja, tapi jangan sampai mengabaikan keluarga dan sambutan hari raya yang disambut setahun sekali ini.
Bagi mereka yang terinspirasi dengan idea-idea perniagaan yang telah dikongsikan. Mungkin anda juga berminat untuk melibatkan diri dalam bidang percetakan cenderahati.
Dengan kos permulaan yang rendah dan latihan keusahawanan yang komprehensif, anda kini berpeluang menjadi sebahagian daripada ratusan usahawan yang telah berjaya. Mulakan perniagaan anda sekarang bersama pakej-pakej terbaik daripada DIYPrintingSupply.
Jadikan impian anda bergelar usahawan sekaraang juga. Ayuh sertai kami!