36Apabila anda membuat terlibat di dalam perniagaan percetakan, adalah amat penting untuk mengetahui jenis pencetak yang boleh menghasilkan gambar/imej  yang terbaik. Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 jenis pencetak di pasaran.

1. Pencetak laser:

Menggunakan toner kartrij untuk mencetak.  Pencetak ini sangat berkualiti jika dibandingkan dengan pencetak lain kerana itu harganya lebih mahal.  Ia mencetak lebih laju berbanding pencetak dakwat jet.  Walaupun mereka menggunakan kartrij toner, ia boleh bertahan walaupun selepas mencetak beribu-ribu halaman.

2. Pencetak dakwat jet:

Pencetak ini sangat popular dikalangan pengguna kerana mesin dan juga toner sangat murah. Kebiasaannya, pencetak ini digunakan untuk skala mencetak yang lebih kecil ataupun kegunaan peribadi.  Mesin ini menggunakan satu kartrij hitam dan kartrij warna individu untuk mencetak kandungan pada sehelai kertas atau mencetak gambar. Pencetak jenis ini menggunakan teknologi di mana kertas itu disembur dengan titisan mikroskopik dakwat.

3. Pencetak foto:

Pencetak seperti ini biasanya boleh didapati di kedai foto ataupun “photobooth”.  Bersesuaian dengan namanya, penggunaan utama mesin pencetak ini adalah untuk mencetak gambar.  Saiz pencetak ini berbeza-beza daripada 4X6inci hingga ke 5X7inci. Mesin ini juga boleh mencetak gambar dari kad memori samada melalui kamera digital, telifon pintar atau pun komputer.

46

4. Pencetak terma:

Satu lagi jenis pencetak dipanggil pencetak haba. Pencetak ini akan berfungsi apablia suhu meningkat pada kertas reaktif.
Kertas akan bertukar warna apabila mendapat tindak balas haba.  Mesin cetak ini juga sesuai untuk mencetak foto.
Kertas yang digunakan dalam mesin cetak ini adalah lebih mahal namun ia tidak memerlukan dakwat untuk berfungsi.

5. Pencetak Pelbagai Fungsi:

Mesin ini adalah pilihan yang berdaya maju dalam persekitaran korporat. Ia menawarkan perkhidmatan seperti mencetak, mengimbas, menyalin dan faks dari satu unit. Saiz pencetak ini adalah lebih besar daripada pencetak dakwat jet dan agak mahal kerana mempunyai fungsi yang pelbagai.

Pelbagai jenis pencetak boleh didapati di pasaran sekarang. Anda perlu memilih pencetak mengikut keperluan kegunaan dan perniagaan anda.  Kami di DIYPrintingSupply.com juga menawarkan pencetak yang bersesuaian dengan perniagaan anda.

Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!!

Hubungi Kami Sekarang !!!

Company Name : DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Contact Number : 019.3233.868 / 019.3232.556
019.3233.864 / 019.3232.783
Website : www.DIYPrintingSupply.com
Email : ask@DIYPrintingSupply.com
Facebook : www.facebook.com/diyprintingsupply
Youtube : www.youtube.com/user/diyprintingsupply

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?