Kedai Basikal– Bersukan dan riadah merupakan aktiviti menyihatkan yang boleh anda lakukan semasa waktu lapang bersama dengan keluarga. Ia juga memberi anda peluang untuk menurunkan berat badan. Haa tahun 2021 kan berazam untuk dapatkan berat dan bentuk badan ideal. Carilah peluang untuk bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari.

Lagipun sekarang memang tengah trend orang ramai bersenam lebih-lebih lagi bagi mereka yang memiliki sebuah basikal. Jika kita lihat artis tempatan Malaysia juga semakin berminat dalam dunia berbasikal ini. Antara artis yang melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal ini adalah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar dan Nabila Razali. Kalau kita lihat di media sosial pun memang ramai yang mula berjinak dalam dunia berbasikal ini.

Dengan melalukan aktiviti ini, anda bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh. Malah ianya juga memberi manfaat yang lain. Nak tahu apa? Ini 3 kelebihan berbasikal daripada sudut kesihatan dan menjadi kehidupan kita lebih baik.

Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan

1. Membakar kalori

Anda kehilangan banyak kalori apabila dengan berbasikal. Malah, setengah jam berbasikal pada kadar sederhana dengan berat 155 paun di atas basikal pegun membakar 260 kalori.

2. Baik untuk sendi

Dengan berbasikal, secara umumnya ia membuatkan jantung anda mengepam tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan pada sendi. Menurut Klinik Cleveland, berbasikal amat baik bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 50 paun kerana ia mengurangkan tekanan mekanikal pada pinggul, lutut, belakang dan pergelangan kaki.

3. Tidur lebih lena

Jika anda mengalami masalah tidur atas apa jua sebab, berbasikal mungkin boleh menjadi penawar untuk anda. Menurut satu kajian di Stanford University School of Medicine, masa yang diperlukan untuk pesakit yang mengalami sedentari insomnia untuk tidur penurunan sebanyak separuh, dan masa tidur mereka juga meningkat sebanyak satu jam apabila mereka berbasikal selama sekitar 20 hingga 30 minit setiap hari.

Banyak lagi manfaat sebenarnya. Selagi kita mampu untuk melakukan aktiviti ini secara berterusan, pasti anda dapat merasai perubahan pada diri anda.

Jadi ada yang dah mula berminat untuk berbasikal ke? Jika ada, kami ingin membantu anda untuk mencari kedai basikal yang terbaik di Malaysia ini. Terdapat 10 kedai basikal yang kami nyatakan untuk anda membuat pilihan yang bersesuaian dengan minat anda.

Berbasikal

5 Kedai Basikal Popular di Malaysia

1. Foresttrek Cycle Centre

Kedai basikal Foresttrek Cycle Centre (FCC) ini telah dibina sejak tahun 2015 lagi. Ianya adalah hasil usahasama tiga orang individu iaitu Hanif, Kamerul and Shahrul. Impian mereka ingin membuka sebuah kedai basikal akhirnya menjadi realiti.

Kedai basikal mereka menyediakan pelbagai jenis basikal termasuk kelengkapan-kelengkapan untuk seorang pengayuh basikal. Pelbagai jenama basikal antarabangsa anda boleh dapatkan seperti Merida, Cinelli, Shimano dan banyak lagi.

Jika anda berminat boleh lah berkunjung ke kedai mereka di;

No.169 Jalan 16, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Boleh juga hubungi mereka di talian +60367311293

kedai basikal foresttrek

2. Decathlon

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Decathlon betul tak?

Semua pasti tahu Decathlon ini adalah peruncit barangan sukan Perancis. Dengan lebih dari 1647 kedai di hampir 1000 bandar di 57 negara dan wilayah, ia adalah peruncit barang sukan terbesar di dunia.

Decathlon menawarkan pelbagai pilihan barangan dari semua jenis sukan. Ini termasuklah dengan kelengkapan basikal. Anda boleh dapatkan basikal dengan harga yang berpatutan dan mengikut tahap kesesuaian penggunaan anda. Ini adalah antara pilihan terbaik jika anda seorang beginner.

Untuk lihat sendiri jenis basikal dan kelengkapan lain, anda boleh sahaja ke outlet Decathlon di kawasan Lembah Klang. Anataranya di USJ, Sri Damansara, Jalan Klang Lama, Shah Alam dan Petaling Jaya.

Kedai basikal decathlon

3. Kedai Basikal USJ Cycles

“Orang Subang Jaya pasti ada gaya!”

Khas untuk penduduk di USJ. Ada satu kedai basikal popular yang anda perlu tahu iaitu USJ Cycles

Kedai basikal USJ CYCLES ditubuhkan pada tahun 2003 dengan lebih daripada 14 tahun pengalaman. Kedai baru mereka terletak secara strategik di USJ 9 (Taipan) Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Apa yang mariknya kedai basikal ni? Mereka menawarkan pelbagai jenis basikal berkualiti tinggi dan harga berpatutan yang merangkumi mountain bike, basikal lipat, road bike dan banyak lagi. Yang bestnya, USJ Cycle ini turut menawarkan perkhidmatan pembaikan, penyelenggaraan dan bike fitting untuk basikal anda.

Jadi, jika anda berada di kawasan sekitar Subang Jaya yang ingin membeli atau membaiki basikal. Apa kata cuba usha di USJ Cycles ni. Kalau servis terbaik boleh share dekat kawan-kawan.

USJ Cycles

4. Kedai Basikal KBC Bicycle

Satu lagi kedai basikal yang popular adalah KBC Bicycle. Kenapa popular? Mana tidaknya, di Facebook sahaja page bisnes kedai basikal ini telah mencecah hampir 16 ribu pengikut. Memang padu lah!

KBC Bicycle juga menawarkan perkhidmatan yang sama seperti kedai basikal lain. Namun yang istimewanya mereka banyak menyediakan promosi-promosi menarik untuk pelanggan yang berminat.

Disebabkan mereka aktif mempromosikan produk basikal di Facebook, sudah pasti ramai yang berkunjung untuk melihat sendiri jenis basikal dan tawaran yang disediakan. Kalau nak tengok sendiri boleh ke kedai mereka di No.14, Jalan 45A/26, Pusat Bandar Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kedai basikal KBS Cycle

5. Basikal.my

Kedai basikal yang akhir sekali ini special sikit. Kalau nak tau kenapa, basikal-basikal yang dijual adalah terus dari gudang!

Semua jenis basikal yang anda minat pastinya mereka boleh tawarkan. Bagi yang berminat boleh terus ke gudang Basikal.my yang terletak di alamat No. 7, Jalan Sungai Chadong 8, Batu 5, Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor.

kedai basikal.my

Dah tahu ke nak pergi kedai basikal yang mana? Kalau rasa tak tahu nak pilih boleh sahaja pergi ke semua kedai untuk window shopping dulu. Basikal ni kan untuk hobi je. Tak salah untuk kita survey dan tengok dahulu basikal mana yang bersesuai.

Tapi kalau anda berminat untuk cuba hobi baru, anda boleh lah mulakan perniagaan kecil-kecilan. Di DIYPrintingSupply kami tawarkan peluang untuk anda ceburi bidang percetakan cenderahati. Siapa tahu bermula dengan hobi nanti boleh jadikan bisnes. Kalau anda berminat, jom sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?