Ada yang perlukan ‘lelong tips’ ke untuk beli rumah pertama? Memiliki rumah idaman semestinya impian semua individu. Yelah sampai bila nak tinggal dengan keluarga ataupun menyewa je kan. Tapi kadang-kadang yang menjadi penghalang tersebar adalah wang. Jadi pilihan yang ada hanyalah rumah lelong sahaja.

Tetapi sebelum itu mungkin anda tertanya-tanya “kenapa rumah itu dilelong?”

Setiap hartanah yang dibina di Malaysia ini terikat dengan perjanjian semasa proses jual beli. Antara sebab utama sebuah rumah itu dilelong adalah kerana pemilik gagal membuat bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, tindakan undang-undang akan diambil pada bulan ketujuh dan selepas itu rumah tersebut akan diisytiharkan sebagai rumah lelong.

Oleh itu, rumah yang sudah dilelong itu akan dijual kepada pembeli yang berminat. Secara dasarnya, lelongan hartanah adalah proses kompetitif terbuka dalam pasaran yang digunakan untuk memindahkan hak harta benda.

Sebenarnya tiada masalah pun untuk membeli rumah lelong. Tetapi anda perlu titik beratkan beberapa perkara sebelum berhasrat untuk memilikinya. Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan 5 lelong tips untuk anda!

Lelong rumah

5 Langkah penting sebelum memiliki rumah lelong

1. Selidik dan kenalpasti rumah lelong

Lelong tips yang pertama adalah kenalpasti terlebih dahulu rumah lelong yang anda ingin miliki. Antara perkara yang penting adalah memilih lokasi dan harga.

Pada fasa awal inilah anda perlu melihat kawasan tempat tinggal lebih-lebih lagi akses ke tempat kerja, suasana kejiranan dan tawaran harga yang berbaloi untuk dibida.

Antara kelebihan jika membeli rumah lelong ini adalah anda boleh melihat sendiri keadaan rumah tersebut. Walaupun rumah tersebut pernah didiami sebelum ini, namun ianya masih boleh dibeli dan hanya memerlukan sedikit proses ubah suai.

rumah lelong

2. Membuat janji temu dengan pemaju

Seterusnya, jika anda berminat dengan rumah tersebut, langkah seterusnya adalah membuat semakan dengan pemaju dan pejabat tanah tentang hartanah lelong tersebut. Pastikan anda catat semua butiran penting seperti:

  • Nombor lot hartanah
  • Alamat
  • Status hak milik
  • Lokasi
  • Harga Rizab Lelongan
  • Pengisytiharan Jualan atau ‘Proclamation of Sale’ (POS)

Jika anda telah bersetuju, anda perlu mendaftar sebagai pembida, dan sejurus itu membayar deposit yang ditetapkan.

3. Dapatkan peguam

Lelong tips seterusnya adalah anda perlu dapatkan peguam hartanah. Dalam urusan jual beli hartanah, penglibatan peguam sudah menjadi kebiasaan. Bagi urusan pembelian rumah lelong ini pula, peguam akan membantu dalam menyediakan dokumen penting seperti memdapatkan jumlah cukai taksiran dan cukai tanah.

Peguam juga dapat membantu mengkaji pembayaran penyelenggaraan yang tertunggak dengan pemaju, serta terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen POS.

dapatkan peguam untuk dokumen

4. Bersedia untuk proses lelongan

Kini tibalah masa untuk anda membida rumah pilihan anda!

Buat makluman, proses lelongan ini boleh dilaksanakan dalam 2 keadaan;

  1. Secara fizikal: Di dewan lelongan
  2. Secara dalam talian: Portal e-lelong

Apa yang penting anda perlu menyediakan segala dokumen yang berkaitan. Kemudian semasa proses pembidaan dijalankan, anda perlu astikan anda sentiasa membuat bidaan dalam peruntukan yang telah ditetapkan.

“Jangan ikut emosi. Fikir secara rasional!”

Jika proses bidaan menjadi tidak terkawal, jangan sesekali bertindak mengikut emosi sehingga harga yang anda bida tersebut di luar kemampuan anda. Sesal kemudian hari tidak berguna ya!

5. “Yeay! saya berjaya”

Penat lelah akhirnya terbalas. Kini anda satu langkah kehadapan untuk memiliki rumah sendiri.

Jadi, lelong tips yang terakhir untuk anda adalah selesaikan pembayaran selebihnya daripada harga bidaan yang berjaya dalam masa 90 hingga 120 hari dari tarikh lelongan.

Jika anda layak untuk membuat pinjaman bank bagi rumah tersebut. Pastikan anda bayar tepat pada tarikh setiap bulan.

Jangan lupa guna untuk tanda tangan perjanjian jual beli yang telah disediakan. Pastikan anda membaca penjanjian dan dapatkan satu salinan untuk simpanan anda.

tanda tangan perjanjian rumah lelong

Siapa yang patut beli rumah lelong ni?

Sebenarnya semua orang boleh beli rumah lelong ni. Tapi kena tanya balik pada diri masing-masing kenapa nak beli rumah lelong.

Sejujurnya rumah lelong ini sesuai untuk mereka yang ingin memiliki rumah pertama yang lebih murah daripada harga pasaran. Selain itu, rumah lelong ini juga bagi mereka yang ingin menambah hartanah untuk aset peribadi.

Yang paling penting adalah anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku lebih-lebih lagi yang melibatkan dengan isu pembayaran. Walaupun ia melibatkan penyelidikan yang banyak dan boleh mendatangkan risiko lebih tinggi, membeli rumah milik bank di lelongan juga mungkin akan memberikan ganjaran yang besar.

Jadi jika anda berminat untuk membeli rumah lelong, teruskan niat anda. Tetapi jika anda ingin ‘lelong’ bakat anda dalam dunia perniagaan, di DIY Printing Supply kami sedia terima anda untuk menjadi usahawan yang berjaya.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?