Kad bisnes bukanlah sesuatu yang wajib dimiliki oleh setiap ahli perniagaan. Namun, kad bisnes merupakan senjata terbaik bagi mereka yang ingin mengembangkan sayap perniagaan mereka.

Sudah ramai yang memiliki kad bisnes

Ianya kini sudah menjadi satu kemestian. Walaupun dengan era teknologi yang pesat membangun, kad bisnes masih lagi relevan dan penting. Mengapa? Kad bisnes dapat membantu anda untuk mempromosikan perniagaan anda. Ianya digunakan dengan meluas oleh badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan. 

Potensi sesebuah kad bisnes adalah sangat meluas dan yang pastinya, dengan kos pembuatannya yang murah, anda boleh mendapat keuntungan walaupun hanya berbekalkan sekeping kad bisnes sahaja.

DIYPrintingSupply ingin berkongsikan beberapa rahsia bagaimana bisnes anda boleh berjaya dengan kad bisnes

1.Cari kad bisnes yang berkualiti

Apabila anda berhasrat untuk mempunyai kad bisnes, jangan main tangkap muat sahaja. Pilihlah material kad daripada bahan yang berkualiti. Kad anda adalah gambaran diri anda dan juga perniagaan anda. Sekiranya, kad bisnes anda mudah komot dan senang koyak, pastinya ianya memberikan tanggapan yang tidak baik. 

2. Hasilkan kad yang menggambarkan jenama anda

Kad bisnes anda haruslah menepati identiti perniagaan anda dan yang paling penting, ia menyampaikan mesej jelas tentang perniagaan jenis apa yang anda ingin jalankan. Ada beberapa perkara yang harus anda ketahui dalam menghasilkan kad anda:

a. Pastikan logo syarikat anda jelas;                        

b. Gunakan kedua-dua bahagian kad (jangan gunakan sebelah bahagian dengan informasi yang padat)          

c. Rekaan haruslah menarik dan kena dengan imej syarikat anda      

d.Tarik traffic untuk ke website anda dengan memasukkan link website perniagaan anda; pastikan url anda tepat        

e. Kad anda haruslah mengandungi maklumat syarikat anda yang terkini ( lengkap dengan segala maklumat syarikat anda (no telefon, email dan alamat)                      

3. Gunakan kad yang berbeza untuk pelanggan

Mungkin ada di antara anda yang menyediakan perkhidmatan perniagaan yang berbeza dalam satu syarikat. Kenapa tidak anda gunakan peluang ini untuk hasilkan kad yang berbeza untuk pelanggan anda. Ini dapat membantu anda untuk fokus pada sasaran kehendak pelanggan anda. Menurut Dr. Azizan; biasakan beri 2 jenis kad perniagaan setiap kali anda memperkenalkan diri anda.

4. Sentiasa bawa kad anda ke mana sahaja

Ini adalah cara paling mudah untuk mempromosikan perniagaan anda. Pastikan kad anda dibawa ke mana sahaja. Ini adalah penting sekiranya anda ingin memulakan hubungan perniagaan. Jika ada yang meminta kad anda, dan pada saat itu, anda terlupa untuk membawanya. Sudah pasti sedikit sebanyak, ia menjejaskan imej anda. 

5. Bertukar-tukar kad bisnes

Anda juga boleh bertukar-tukar kad bisnes dengan ahli perniagaan yang lain. Ini semua adalah bakal pelanggan anda. Ambil peluang ini untuk meluaskan jaringan kenalan dan juga perniagaan anda.

Bagaimana? Adakah kad bisnes anda menggambarkan perniagaan anda? 

Tahukah anda bahawa perniagaan kad bisnes adalah perniagaan yang sangat menguntungkan?

Ketahui bagaimana. Layari link ini

https://www.diyprintingsupply.com/packages/pvc-id-card-package

 

Start your business today at DIYPrintingSupply

CONTACT US NOW

Company Name : DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Contact Person : 019.3233.864 / 019.3232.556 /019.3232.740
Website : www.DIYPrintingSupply.com
Email : enquiry@DIYPrintingSupply.com
Facebook : www.facebook.com/diyprintingsupply

 

 

 

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?