Adakah anda kini berada dalam satu keadaan di mana bisnes percetakan heat transfer anda baru sahaja bermula tetapi secara tiba-tiba, ia telah melonjak naik dan anda kini anda berasa terkesan dengan penerimaan dan sambutan yang hangat daripada pelanggan?
Tambahan pula, dengan permintaan dan tempahan pelanggan yang tidak berhenti-henti, anda pasti berasa bahawa anda mempunyai kesukaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dan tidak mungkin bisnes anda dapat bertahan melainkan anda sendiri sanggup membuat satu langkah penting untuk menjamin masa depan perniagaan anda; anda perlu melabur untuk membesarkan perniagaan anda.
Jika anda menggunakan mesin percetakan anda yang sedia ada dan mendapati bahawa ianya tidak lagi dapat membantu anda, anda boleh mempertimbangkan untuk melabur dalam mesin heat press.
Mesin Heat Press mempunyai potensi yang tinggi untuk pergi lebih jauh daripada mana-mana mesin cetak yang lain kerana ia adalah praktikal, serba boleh dan sesuai untuk semua-sekitar pemindahan haba berfungsi.
Kami berikan anda beberapa tanda bahawa sudah sampai masanya untuk anda melabur dalam mesin heat press.
# 1 Anda tidak mampu menangani banyak pesanan tempahan
Mendapat banyak tempahan?
Itu merupakan petanda bahawa bisnes anda menjadi tetapi bagaimana ianya boleh berterusan sekiranya anda tidak dapat memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan anda?
Mesin Heat Press akan membolehkan anda untuk menghasilkan produk dengan masa yang singkat. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa semata-mata untuk membuat sebuah t-shirt seperti mana yang anda lakukan dengan percetakan skrin. Walaupun percetakan silkscreen juga membolehkan anda menghasilkan tempahan banyak secara pukal tetapi seandainya anda ingin memenuhi tempahan berjumlah kecil, tiada apa yang dapat menandingi kehebatan mesin heat press.
# 2 Terdapat permintaan daripada pelanggan yang memerlukan pelbagai jenis rekaan untuk produk
Pelanggan anda meminta anda untuk memenuhi kehendak beliau iaitu untuk menghasilkan pakaian dengan pelbagai jenis rekaan yang berbeza. Katakanlah anda menggunakan direct garment printer, ianya hanya boleh memenuhi keperluan saiz order mengikut jenis rekaan secara minimum. Tetapi melalui heat press, anda boleh menerokai potensinya dan membuat pelbagai jenis rekaan mengikut kreativiti anda. Anda boleh melakukan demikian dengan menggunakan vinyl selain daripada menggunakan proses sublimation dan juga transfer.
#3 Anda merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk membesarkan produksi anda
Membesarkan perniagaan anda memerlukan anda untuk melabur dan membeli mesin-mesin baru. Malah, dengan kehadiran mesin yang banyak, anda juga perlu mengupah pekerja dan melatih perkerja baru. Tetapi dengan mesin heat press, anda boleh mengurangkan jumlah pekerja untuk membantu anda. Ini kerana mesin heat press boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja dan tidak menggunakan tenaga kerja yang banyak untuk mengendalikannya. Penggunannya sangat efektif dan tidak mengambil banyak ruang kerja.
#4 Keinginan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan kadar SEGERA
Anda mungkin sudah sebati dengan percetakan silkscreen dan pastinya, anda sudah mengetahui akan permukaan kasar yang muncul pada permukaan khususnya apabila anda menggunakan pelbagai jenis warna. Pemilihan mesin heat press bukan sahaja membantu anda untuk menghasilkan produk berkualiti tetapi pada masa yang sama, produk yang terhasil juga akan mempunyai permukaan grafik yang licin tidak seperti silkscreen.
#5 Anda ingin menjual banyak produk seperti cenderamata tetapi anda tidak mahu melabur dan membeli banyak jenis mesin berbeza
Mengapa perlu anda memliki banyak mesin untuk menghasilkan pelbagai produk cenderamata sedangkan anda hanya perlu memiliki sebuah mesin sahaja?
Tahukah anda bahawa mesin heat press boleh menghasilkan pelbagai jenis produk; tidak terhad kepada t-shirt malah kepada keychains, kusyen, phone cases dan lebih daripada 200 jenis produk?
Maka, pilihlah mesin heat press terbaik untuk bisnes anda.
Adakah anda ingin mendapat tanda-tanda seperti ini dalam bisnes percetakan anda?
Kami sedia membantu anda memilih heat press yang bersesuaian dengan bisnes anda.
Apa jua perkara asas yang anda perlu ketahui, kami sedia membantu anda. Di DIYPrintingSupply, kami bukan sahaja menyediakan pakej-pakej percetakan yang menarik tetapi kami turut menyediakan tutorial dan panduan dalam pengendalian mesin. Malah kami turut menyediakan bantuan teknikal yang beroperasi bagi membantu anda dalam penyelesaian masalah mesin.
Sila datang ke showroom kami di Bandar Bukit Raja untuk melihat mesin-mesin yang kami sediakan.
HUBUNGI KAMI UNTUK RUJUKAN DAN BIMBINGAN PELUANG PERNIAGAAN ANDA
PENDAPATAN LUMAYAN MAMPU MENJADI MILIK ANDA!
019.3233.864 / 019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783
Email kami di ask@diyprintingsupply.com