Mempunyai perniagaan percetakan anda sendiri? Jika ya, pastinya anda mengetahui bahawa ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk anda mengembangkan perniagaan anda. Apatah lagi dengan persaingan sengit daripada pesaing-pesaing anda. Adalah amat penting untuk anda memastikan perniagaan anda kekal bersaing demi untuk menarik bakal pelanggan anda dan juga mengekalkan pelanggan yang sedia anda. DIYPrintingSupply ingin berkongsi dengan anda beberapa tips bagaimana anda dapat memajukan perniagaan percetakan anda.

1. Bina jaringan rangkaian (network)

Tahukah anda bahawa networking adalah sangat penting untuk memastikan kelangsungan perniagaan anda. Sememangnya industri percetakan adalah merupakan sebuah industri yang sangat berdaya saing. Justeru, adalah amat penting bagi perniagaan anda untuk sentiasa menonjol dalam pasaran. Antara yang anda boleh lakukan ialah dengan melibatkan diri dalam komuniti dengan bergaul bersama dengan kenalan-kenalan anda di industri yang sama. Ini boleh dilakukan dengan menghadiri forum-forum. Bukan sahaja anda dapat berkenalan dengan bakal pelanggan anda, tetapi anda juga dapat mengetahui perkembangan terbaru dalam industri percetakan. Anda juga boleh membuat produk marketing dengan menaja sebarang majlis dengan menjadikan produk anda sebagai salah satu cara anda dapat menarik pelanggan. 

2. Membina hubungan baik dengan pelangggan

“Pelanggan adalah sentiasa benar”

Pelanggan merupakan sebahagian daripada perniagaan anda. Tanpa pelanggan, tidak mungkin perniagaan anda dapat berjaya. Ada kalanya mereka boleh menjadi rumit dengan karenah yang pelbagai. Tetapi sebagai peniaga yang baik, adalah amat penting bagi anda untuk membina hubungan baik dengan bersikap terbuka, positif dan juga sopan. Cuba sebaik mungkin untuk menjayakan permintaan pelanggan sekiranya anda mampu

3. Penggunaan social media

Di era teknologi ini, penggunaan social media adalah amat penting untuk menarik perhatian pelanggan. Dengan wujudnya Facebook atau Instagram ianya akan dapat membantu anda untuk mengekalkan dan juga membina reputasi perniagaan anda. Bina business page anda dengan kandungan yang menggambarkan objektif perniagaan anda. Pastikan content page anda sentiasa dikemaskini dengan perkembangan perniagaan anda. Melalui tujuan tersebut, pelanggan anda akan sentiasa menerima perkembangan tertentu mengenai perniagaan anda.

4. Tawarkan promosi

Dengan menawarkan promosi, ia dapat menarik minat dan perhatian pelanggan untuk membeli daripada anda. Tetapi jangan terlalu asyik dengan memberikan promosi yang banyak kepada pelanggan. Takut-takut ia memberi tanggapan yang salah kepada pelanggan. 

5. Tambah nilai

Apa yang anda boleh berikan kepada pelanggan anda? APA yang membuatkan perniagaan anda lebih istimewa daripada pesaing-pesaing anda? Ini ialah tambah nilai yang anda perlu ada untuk memberi nilai kepada perniagaan anda. Anda mungkin mempunyai sebarang kelemahan. Tetapi jangan khuatir, bukan semua kelemahan itu membebankan. Jadikannya sebagai satu kekuatan untuk anda maju di masa hadapan.

Apa yang anda boleh lakukan:

  1. Selidik pasaran dan baiki strategi perniagaan anda
  2. Jangan takut untuk berkata TIDAK sekiranya anda tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan (bina keyakinan pelanggan)
  3. Dengar dan ambil perhatian terhadap aduan dan juga ulasan daripada pelanggan

 

Kami berharap tips yang diberikan ini membawa manfaat kepada perniagaan anda.

Berminat dengan perniagaan yang tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi membawa pulangan lumayan?

 

CONTACT US NOW

Company Name : DIY Printing Supply Sdn. Bhd. (983005-H)
Contact Person : 019.3233.864 / 019.3232.556 / 019.3232.740
Website : www.DIYPrintingSupply.com
Email : ask@DIYPrintingSupply.com
Facebook : www.facebook.com/diyprintingsupply

[huge_it_forms id=”3″]

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?