Selepas hampir setahun kita memerangi wabak COVID-19, ramai dalam kalangan kita yang dibuang kerja dan ada juga yang hilang punca pendapatan. Oleh itu, membina perniagaan sendiri mungkin menjadi jalan terbaik untuk keluar dari kesempitan hidup yang sedang dialami. Tapi macam mana cara untuk memulakan perniagaan sendiri waktu pandemik ni?

Jangan takut. Kalau kita tak mulakan sekarang bila lagi. Bagi mereka yang hilang kerja semasa PKP atau graduan yang baru sahaja tamat pengajian, ini 6 cara terbaik untuk memulakan perniagaan sendiri

6 Cara Terbaik Mulakan Perniagaan Sendiri Pasca COVID-19

1. Jadi ejen dropship

Cara pertama untuk memulakan perniagaan sendiri adalah dengan menjadi ejen dropship, anda berpeluang untuk mempelajari serba sedikit berkaitan bidang perniagaan dan mengenali proses urusniaga sesebuah produk. Antara kebaikan menjadi ejen dropship adalah anda tidak perlu menguruskan stok dan membuat penghantaran kerana proses ini akan dilakukan sendiri oleh pihak pembekal.

Konsep dropship sebagai salah satu cara memulakan perniagaan sendiri

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mempromosikan produk dan pekhidmatan yang disediakan oleh syarikat dan membantu pelanggan untuk mendapatkan produk tersebut. Sekarang memang banyak syarikat yang mencari ejen dropship untuk mengembangkan perniagaan mereka sekali gus membantu orang lain untuk menjana pendapatan.

Apa yang istimewanya lagi, anda mampu memperoleh komisen sehingga 40% daripada jumlah jualan produk. Wow! banyak tu. Tak perlu pening fikir tentang produk pun boleh dapat duit.

2. Mulakan perniagaan tanpa modal

Dalam keadaan kewangan yang terhad, ramai yang bimbang untuk memulakan perniagaan. Ini kerana mereka beranggapan modal adalah pengahalang utama. Namun, dengan dunia yang serba moden ini pelbagai cara yang tersedia untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa modal.

Cara terbaik adalah dengan menyediakan perkhidmatan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Sebagai contoh jika anda mempunyai kemahiran dalam mereka bentuk grafik, hasil rekaan anda boleh dijual di portal online dan seterusnya syarikat yang berminat akan membeli rekaan anda.

pereka grafik sebagai cara memulakan perniagaan sendiri

Hasil jualan pula berbeza mengikut julat harga yang ditawarkan. Tetapi pulangannya sudah pasti berbaloi, dengan modal yang kecil serta kemahiran yang anda miliki, semestinya ia akan membuahkan hasil.

Jika anda mempunyai kemahiran melukis, anda juga boleh menzahirkan seni kreatif tersebut pada kanvas, mug ataupun seni kaligrafi. Bila sudah mahir nanti, boleh kembangkan bakat dalam perniagaan pencetakan pula. Ingat! Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama yang kecil dan seterusnya mampu mencipta sebuah perniagaan yang lebih besar.

Melukis kanvas untuk memulakan perniagaan sendiri

3. Jual barangan terpakai

“Kalau nak buang sayang, kalau simpan siapa pula nak guna.”

Mesti kita selalu terfikir dialog ni bila tengah kemas rumah. Bagi sesiapa yang ingin ambil peluang ini untuk buat duit. Anda boleh mulakan perniagaan barangan terpakai ini dengan menjual barang dari rumah anda sendiri.

Cuba perhatikan barang apa yang sudah tidak digunakan dan berpotensi untuk dijual. Antara barang ‘second hand’ yang laris terjual adalah seperti barang keperluan bayi, buku, baju terpakai dan aksesori.

menjual barangan terpakai untuk memulakan perniagaan sendiri

Dekat mana nak jual? Sekarang banyak aplikasi seperti Mudah.my, Carousell dan Shopee untuk menjual semula barangan terpakai. Kelebihan menjual barangan terpakai ini tidak memerlukan modal, bahkan untung yang diterima pula boleh terus dikira sebagai untung bersih.

Siapa tahu permulaan menjual barangan terpakai dari rumah mampu memberi anda inspirasi dan mencari cara memulakan perniagaan sendiri daripada barangan hasil rekaan sendiri nanti.

4. Rancang strategi pemasaran

Sebagai usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan ini, cara terbaik untuk merancang strategi pemasaran produk adalah melalui laman sosial. Hari ini banyak laman sosial yang menyediakan perkhidmatan pemasaran bagi mempromosikan produk seperti Facebook Page, Instagram Shop dan TikTok For Business. Jangan ingat TikTok buat menari je tau, boleh juga buat untuk berniaga!

Gunakan medium ini dengan sebaiknya dengan menghasilkan iklan, video dan poster yang kreatif untuk menarik minat pembeli. Kalau barang sahaja bagus tapi tak pandai promosi pun susah orang nak beli.

Instagram shop sebagai strategi pemasaran

Dengan adanya kemudahan ini, peniaga kecil mampu untuk merancang promosi dan mengiklankan produk mereka dengan lebih efisien. Tidak perlu lagi berpanas membuka gerai di tepi jalan, kini produk anda boleh dijual hanya dengan satu klik sahaja.

Dalam memulakan pernigaan sendiri ini, yang paling penting adalah perancangan dan kreativiti anda untuk mempromosikan produk. Lepas tu barulah boleh dapat untung berganda-ganda!

5. Jual produk yang kita minat

Meniaga memerlukan usaha dan minat yang mendalam. Selain mengharap pulangan daripada jualan, kerjaya sebagai peniaga juga perlukan suasana yang menggembirakan. Oleh itu, menjual produk atau perkidmatan yang kita minati akan meningkatkan produktiviti selain menghasilkan suasana kerja yang lebih selesa.

Jadi katakan anda berminat untuk mulakan perniagaan dalam bidang pencetakan. Anda boleh mula mencari jalan dan cara memulakan perniagaan sendiri dan seterusnya dapat merealisasikan impian anda.

Perkara utama yang anda perlu tahu terlebih dahulu adalah bagaimana untuk memulakan perniagaan pencetakan ini dan jenis hasil cetakan yang ingin anda promosikan. Mungkin ada yang berminat dengan cetakan kemeja-T, cenderahati atau ingin menjual mug dengan rekaan anda sendiri.

Untuk memulakan perniagaan ini semestinya banyak keperluan dan alatan yang diperlukan. Jangan pening fikir semua tu. Kami di DIY Printing Supply akan mempersiapkan anda dengan segala kemudahan. Kami juga turut menyediakan latihan face to face untuk membantu anda memulakan perniagaan. Pelbagai pakej dan tawaran hebat yang kami sediakan mengikut citarasa dan kemampuan anda.

6. Tetapkan matlamat perniagaan

Setiap perkara perlu bermula dari bawah, jatuh bangun perkara biasa. Tetapi apa yang penting dalam memulakan perniagaan sendiri adalah menetapkan matmalat anda serta terus bersemangat untuk mencapai target yang anda ingini.

Sesetengah orang hanya mampu berniaga sekerat jalan kerana tidak mempunyai azam dan hilang motivasi lebih-lebih lagi jika perniagaan yang mereka jalankan tidak membuahkan hasil.

Namun, kita perlu percaya setiap usaha pasti akan ada habuannya dan jika gagal pasti ada jalan penyelesaian terbaik. Apa yang penting adalah sering berpandangan jauh dan memasang impian untuk lebih berjaya.

Pesanan terakhir! Walaupun ada kalanya kita ditimpa kesusahan, jangan sesekali membuat pinjaman dengan ah long mahupun menyalahgunakan kad kredit. Kelak bukan sahaja perniagaan anda gulung tikar, hidup anda dan keluarga juga mungkin akan terancam.

Selamat mencuba!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?