Adakah anda seorang usahawan sekarang? Mesti selalu terfikir bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Telah menjadi resam kehidupan apabila kita sering dimomokkan dengan kejayaan usahawan lain. Ada kalanya ia memberi kita motivasi. Tetapi ada juga yang sampai membuatkan kita tertekan untuk menjadi berjaya seperti mereka dalam jangka masa pendek.
Seperti yang kita sedia maklum, definisi usahawan itu sendiri adalah individu yang beraani menghadapi risiko. Pada masa yang sama, berusaha untuk meningkatkan keuntungan perniagaan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Oleh itu, tekanan yang anda alami sekarang adalah salah satu cabaran untuk anda lebih berjaya.
Okay sekarang cuba lapangkan fikiran dan ikuti perkongsian kami kali ini yang akan memberikan anda pendedahan tentang ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Okay jom kita mulakan…
Ciri-ciri Usahawan Berjaya
1. Sentiasa Bertindak Proaktif
Seorang usahawan perlu sentiasa aktif dan cepat bertindak. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sesorang yang proaktif adalah selalu memiliki tujuan, gerak maju, dan berorientasi ke masa depan. Seseorang yang proaktif juga tidak akan menunggu peluang datang, bahkan mereka akan mencari peluang yang dapat membantu mereka untuk meningkatkan kualiti syarikat.
Antara ciri-ciri lain bagi seorang usahawan berjaya yang proaktif juga mereka akan mengambil berat isu maklum balas daripada pelanggan. Setiap aduan yang diterima akan ditambah baik agar produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat memuaskan hati mereka. Ini akan menjadikan sesebuah perniagaan itu lebih lama bertahan kerana tindakan proaktif yang diambil oleh usahawan tersebut. Maka anda perlu sentiasa peka dengan pengurusan syarikat dan jangan ambil sambil lewa.
2. Bijak Dalam Menangani Masalah
Setiap apa yang berlaku di dunia ini pasti akan ada masalah yang menimpa, begitu juga dengan perniagaan. Untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda perlulah bijak dalam menangangi apa jua masalah yang berlaku. Masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugiann dan muflis.
Maka, sebagai pemilik sesebuah perniagaan, anda perlu merancang pengurusan kerosakan ataupun damage control bagi setiap satu permasalahan yang timbul. Kita harus percaya, setiap masalah yang timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan, kita hendaklah sentiasa tenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan bukan dengan berputus asa kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya.
3. Usahawan Berjaya Akan Menguruskan Dengan Baik
Masa ibarat emas. Maka perkara asas yang perlu diberi perhatian adalah menguruskan masa dengan baik. Jika anda seorang usahawan yang sering mengabaikan masa, bagaimana untuk anda mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
Seseorang usahawan haruslah menjalankan sesuatu tugas atau perniagaan dengan betul, cekap, serta menepati masa. Masa yang tetap adalah sekarang! anda juga perlu merancang perjalanan perniagaan dengan baik dan sentiasa rebut peluang yang ada. Jika anda berlengah dalam mencari peluang, sudah pasti ianya sukar untuk anda mengembangkan perniagaan.
4. Applikasikan Teknologi Dengan Baik
Teknologi kini semakin pesat. Anda sebagai usahawan perlu menggunakan teknologi ini dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja teknologi dari aspek mesin yang digunakan untuk meniaga. Malah, anda juga perlu peka dengan arus perniagaan secara dalam talian (online).
Gunakan platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada untuk menjual produk anda. Tidak dilupakan, guna sepenuhnya media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram untuk mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan anda kepada pelanggan. Ini bukan sahaja mampu meningkatkan lagi keuntungan syarikat anda, malah anda juga mampu mempelajari sesuatu yang baharu untuk menyiapkan anda sebagai seorang usahawan yang berjaya.
5. Berpandangan Jauh
Berpandangan jauh boleh didefinisikan sebagai suatu kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh.
Usahawan yang mempunyai sifat berpandangan jauh foresight atau ini adalah seorang yang pandai menganalisis, merancang dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata. Jika anda telah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk perniagaan anda. Lakukan segera!
6. Usahawan Berjaya Akan Sentiasa Perbaiki Diri
Sebagai usahawan, anda pasti pernah melakukan kesilapan kan? Jangan kecewa sangatlah bila buat kesilapan. Itu biasa. Dari kesilapan itulah anda akan lebih bersemangat dan peka untuk sentiasa menjadi yang lebih baik. Mungkin ada dalam kalangan anda yang malu untuk mengakui kesilapan. Jangan risau, jika anda akui kesilapan yang anda lakukan dan anda perbetulkan kesilapan tersebut, ia menjadi satu usaha yang baik untuk anda dalam menjadi seorang usahawan berjaya.
Dalam menghadapi kesulitan, janganlah seseorang usahawan tersebut cepat berputus asa atau patah semangat, sebaliknya hendaklah persiapkan diri untuk membuka mata, telinga serta pemikirannya agar menerima sebarang perubahan demi kebaikan bersama.
AYUH JADI USAHAWAN BERJAYA SEKARANG!
Jika anda sudah memiliki perniagaan, tahniah anda adalah seorang yang berani untuk mengambil risiko yang mengembangkan potensi anda. Tiada apa yang terlambat. Kejayaan itu satu proses yang memakan masa. Jika anda percaya pada diri, nesacaya kejaayan bakal menyusul.
Bagi mereka yang baru bercadang untuk memulakan perniagaa sendiri, apa kata anda mulakan dengan perniagaan dalam bidang percetakan.
Bisnes ni memang tengah in trend sekarang tau! Untuk anda kami akan sediakan pelbagai pakej menarik untuk percetakan cenderahati. Kalau anda baru setahun jagung dalam bidang ini, jangan risau kami akan sediakan latihan keusahawanan untuk anda! Ayuh sertai kami sekarang di DIYPrintingSupply.