Anda mengetahui bahawa anda sudah lama ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan. Malah, anda juga sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi usahawan perniagaan anda sendiri. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang anda. Anda tidak tahu perniagaan apa yang hendak anda mulakan.
Jika anda masih gusar, bisnes percetakan t-shirt merupakan bisnes terbaik untuk anda yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia percetakan. Ianya merupakan sebuah perniagaan yang boleh dijalankan di rumah dan pada operasi berskala kecil. Tidak memerlukan modal yang sebegitu besar dan anda boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Berminat? Tetapi sebelum anda mulakan bisnes percetakan t-shirt anda, ada beberapa perkara yang harus anda ketahui:
1. FOKUS
Anda perlu tahu fokus percetakan t-shirt anda. T-shirt jenis apakah yang anda ingin hasilkan dan design yang anda ingin fokuskan. Ini kerana ianya akan menentukan jenis material t-shirt yang anda perlukan. Anda boleh memilih sama ada ingin memilih silk screen printing atau heat transfer printing.
2. MESIN HEATPRESS
Secara umumnya, terdapat banyak mesin heat press yang dijual dipasaran. Mesin heat press adalah merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk mencetak pelbagai corak ke atas fabrik. Justeru, adalah amat penting bagi anda untuk mengetahui jenis mesin heat press yang manakah yang sesuai dengan fokus perniagaan anda. Terdapat pelbagai spesifikasi untuk mesin yang perlu anda ketahui serba sedikit.
https://www.diyprintingsupply.com/mesin-heat-pressdidatangkan dalam pelbagai jenis dan bentuk; seperti manual, swing away, ataupun auto. Malah, saiznya juga turut berbeza; seperti saiz A4 atau A3. Pemilihan mesin heat press yang anda pilih adalah bergantung sepenuhnya mengikut ruang keselesaan dan kehendak anda.
Antara contoh mesin heat press daripada DIYPrintingSupply
3. MATERIAL T-SHIRT DAN PERCETAKAN
Terdapat dua jenis material untuk T-shirt iaitu; dry fit untuk microfiber, polyester dan juga cotton. Jenis-jenis material yang berbeza juga turut menentukan jenis percetakan yang harus anda ketahui. Berikut merupakan jenis material dan percetakan.
Sublimation – Dryfit (microfiber, polyester dan etc)
Transfer – Sesuai untuk cotton
Vinyl – Flock, PU, Glitter, Glow in the dark, etc
4. PRINTER UNTUK PERCETAKAN
Printer adalah satu alat utama yang perlu anda miliki dalam proses pencetakan t-shirt. Pertama sekali, anda telah pun memilih material T-shirt, seterusnya anda perlu memilih jenis printer yang sesuai untuk menghasilkan t-shirt anda. Printer jenama EPSON merupakan printer terbaik untuk mencetak rekaan anda. Untuk t-shirt, anda boleh memilih diantara sublimation atau transfer. Ia turut didatangkan dalam 4 ataupun 6 warna. Kedua-duanya merupakan pilihan yang baik tetapi anda boleh mendapat hasil dan kualiti yang lebih baik menggunakan 6 jenis warna printer.
5. CUTTING PLOTTER
Cutting plotter seperti CAMEO adalah alat pemotong yang sangat berguna untuk anda memotong pelbagai jenis rekaan anda. Mengapa? Ianya boleh digunakan untuk memotong rekaan anda supaya nampak lebih kemas dan cantik. Sekiranya anda memilih Vinyl untuk rekaan anda, gunakan CAMEO. Rekaan anda lebih kemas. Jangan gunakan gunting! Tidak kemas rekaan anda nanti.
6. SOFTWARE UNTUK DESIGN
Gunakan software untuk design rekaan anda seperti Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Anda boleh memilih untuk design sendiri atau boleh sahaja Google design anda untuk inspirasi.
Sekiranya, anda berminat untuk memulakan perniagaan T-shirt anda, jangan lupa layari laman web kami untuk pakej-pakej menarik mengenai percetakan t-shirt yang harus anda mulakan.
Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!! Hubungi Kami Sekarang !!! |
||
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Number | : | 019.3233.868 / 019.3232.556 019.3233.864 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | ask@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply | |
Youtube | : | www.youtube.com/user/diyprintingsupply |