Ini bukan lagi satu omong kosong. Kini sudah semakin ramai pelajar yang telah bergelar usahawan yang berjaya. Pasti anda juga sudah dapat melihat bahawa pelajar kini sudah mampu memiliki perniagaan mereka sendiri di usia yang mudah. Jadi, apa yang anda perlukan untuk menjadi usahawan? Pertama, anda memerlukan kreativiti dan satu semangat beinovasi yang tinggi. Tapi, anda pasti akan bingung dengan lambakan pelbagai jenis perniagaan diluar sana dimana anda perlu memilih perniagaan yang sesuai lebih-lebih lagi dengan modal permulaan bisnes. Maklumlah, sebagai pelajar, mana nak fikir kos belajar lagi, makan minum dan sebagainya. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai niat untuk bergelar usahawan dan ingin berkerja sendiri, kami ada sesuatu yang istimewa untuk berkongsi dengan anda. MARI lihat 7 idea permulaan bisnes percetakan untuk pelajar dengan kos yang rendah.
#1 Bisnes T-shirt
Adakah anda? Seseorang dengan otak yang ‘gila-gila’ dan sangat gemar berfesyen dan menghasilkan sesuatu yang baru? Jika YA. Apa kata anda memilih bisnes T-shirt sebagai satu bisnes permulaan anda dan terokai minda kreatif anda. Mudah sahaja, anda hanya perlu design, cari printer yang sesuai dengan jenis percetakan T-shirt yang anda ingin jalankan. Anda boleh memilih DTG, silkscreen ataupun heat transfer printing. Percetakan T-shirt sememangnya adalah salah sebuah percetakan perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang lumayan. Klik disini sekiranya anda ingin memulakan bisnes T-shirt anda sendiri.
#2 Bisnes fotografi
Seorang jurugambar tegar? Gemar menangkap gambar? Jika anda merupakan seorang jurugambar yang hebat:buat duit daripadanya! Anda boleh menawarkan servis fotografi untuk acara-acara seperti perkahwinan, sukan, korporat, graduasi dan sebagainya. Malah, anda juga boleh menawarkan servis photo booth yang kian meningkat naik. Tambahkan servis lain seperti photo book misalnya sebagai kenang-kenangan kepada pelanggan mengenai hari istimewa mereka.
#3 Hasilkan barang-barang promosi
Sekiranya anda pandai mereka grafik dan menghasilkan design yang menarik, jangan biarkan bakat anda terbiar begitu sahaja! Reka dan hasilkan flyer, brochure, cipta logo dan juga poster untuk pelanggan anda. Ianya merupakan salah satu bentuk promosi kepada pelanggan. Malah, anda juga boleh promosikan bisnes anda dengan cara yang sama. Apa yang anda perlu lakukan ialah reka, cetak dan jual. Itu sahaja.
#4 Bisnes kad nama atau PVC
Jika anda sedang mencari bisnes percetakan dengan kos permulaan yang rendah, cubalah bisnes kad nama. Bukan sahaja ianya sangat mudah dihasilkan, ia tidak akan menelan belanja berbanding bisnes lain. Hanya perlu reka sahaja design pada kad atau dapatkan contoh serta inspirasi daripada internet. Maklumat hanya dihujung jari.
#5 Button badge
Tahukah anda kos untuk membuat sebuah button badge tidak sampai RM1.00? Ianya adalah sebuah bisnes yang sangat menguntungkan dengan permintaan tinggi di pasaran. Kenapa anda perlu memulakan bisnes ini? Ini kerana ianya mampu memberikan anda pulangan yang sangat hebat. Tambahan pula, ianya sangat senang untuk dilakukan. Sesiapa sahaja boleh lakukannya, Kenapa tidak anda? Ingin tahu lagi disini.
$6 Bisnes kad jemputan
Bisnes kad jemputan juga adalah sebuah perniagaan yang menguntungkan. Mana taknya, saban hari ada sahaja perkahwinan dan acara-acara yang berlangsung, anda pasti tidak menang tangan dengan tempahan yang tidak surut.
#7 Percetakan cenderamata
Go Sublimation Printing! Dalam dunia sublimation, terdapat banyak kemungkinan dan peluang untuk anda terokai. Anda boleh menghasilkan mug, keychain, beg non-woven, frame gambar, bantal dan banyak lagi. Untuk lebih maklumat lanjut, lihat disini. Jangan biarkan kami menghalang anda! LUASKAN jajahan anda.
Kepada para pelajar semua, usah bimbang, usah khuatir. Mulakan bisnes mengikut kemampuan anda. Tetapi yang penting, anda haruslah bijak dalam mengatur strategi anda dan memulakan bisnes dengan bijak. Semoga perkongsian kali ini membawa manfaat kepada anda.
Mulakan perniagaan anda dengan rangkaian pakej terbaik daripada DIYPrintingSupply
Hubungi kami di
019.3233.864
019.3232.556
019.3232.740
019.3232.783
Email kami di ask@diyprintingsupply.com
[huge_it_forms id=”3″]