Pernah atau tidak anda bercadang untuk mencetak imej atau rekaan anda dengan menggunakan percetakan heat transfer? Pasti anda tertanya-tanya apakah jenis mesin yang sesuai dan peralatan yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Jadi pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa peralatan dan mesin yang sesuai digunakan bagi anda yang mula berjinak-jinak dengan percetakan heat transfer.

Apa itu Heat Transfer?

Heat transfer merupakan sebuah percetakan yang menggunakan haba untuk memindahkan satu imej pada bahan yang lain atau apa-apa jenis tekstil. Kebiasaannya heat transfer ini dugunakan pada baju, tote bag, sarung bantal dan pelbagai lagi jenis material lain yang mempunyai permukaan yang rata.

Jadi mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memulakan percetakan heat transfer.

7 Peralatan untuk Heat Transfer

1.Seterika atau mesin heat transfer

seterika

Baik seterika mahupun mesin heat transfer, kedua-duanya boleh digunakan untuk anda heatkan material pada permukaan bahan. Jadi apa perbezaannya? Ia adalah bergantung kepada kadar produk yang anda ingin hasilkan. 

Sekiranya anda ingin membuat heat transfer untuk projek kecil seperti untuk kraf dan sebagainya, kami menyarankan anda menggunakan seterika. 

Tetapi ianya memerlukan anda untuk lebih berusaha sedikit dengan memberi tekanan yang lebih pada seterika dan bahan. Kerana seterika tidak memberikan tahap haba yang baik berbanding mesin heat press.

mesin heat press

Selain itu, bagi yang ingin memulakan perniagaan cenderamata, memang moleklah sekiranya anda menggunakan mesin heat press.

Ia bukan sahaja memberikan tahap haba dan tekanan yang baik tetapi ianya juga efektif pada jangka masa panjang yang mana anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk menggosok satu-satu bahan dengan masa yang lama seperti seterika lebih-lebih lagi jika anda ingin menghasilkan baju t-shirt untuk pelanggan anda dengan jumlah yang banyak. Lebih baik menggunakan mesin heat press seperti di atas.

2. Teflon sheet

teflon sheet

Seterusnya adalah teflon sheet. Ini merupakan alatan yang sangat berguna bagi memastikan fabrik yang anda gunakan tidak overheat. Teflon sheet sesuai digunakan untuk melindungi rekaan anda semasa anda presskan mesin pada baju dan bertindak sebagai sebuah lapisan perlindungan.

Ia boleh digunakan untuk mengelakkan baju menjadi kekuningan akibat overheat dan mengurangkan rejection pada produk anda.

3. Soft mat

soft mat

Sebagai pelapik untuk barangan yang mudah pecah contohnya seperti ceramic tile, kristal dan juga rock frame. Malah anda juga boleh gunakannya sebagai pelapik pada baju untuk elakkan double printing. Sekiranya anda tidak menggunakan soft mat, ada kemungkinan barang anda akan pecah ataupun retak.

4. Silicone mat

silicon mat

Silicone mat diletakkan pada tapak mesin heat press. Tujuannya adalah sebagai pengalas material supaya design menyerap dengan lebih cantik dan menjadikan permukaan lebih fleksibel bila dikenakan tekanan. Ianya tahan suhu panas dan tidak mudah rosak.

5. High Temperature Tape

tape heat transfer

Heat tape merupakan sebuah pelekat yang digunakan untuk memastikan rekaan anda tidak lari sewaktu anda heatkan pada permukaan.

6. Heat Resistant Gloves

glove heat transfer

Haa ini pun anda wajib pakai untuk mengelakkan anda terkena objek panas atau sewaktu mengendalikan mesin. Bagi mengelakkan kecederaan, pemakaian glove ini adalah sangat penting. Suhu yang tinggi pada mesin heat transfer boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

7. Meja yang kukuh

meja kukuh

Meja? Penting ke? Ianya adalah tersangat-sangat penting untuk memastikan proses heat transfer anda lancar, artwork anda tidak rosak dan yang pasti, sekiranya anda menggunakan mesin, meja tersebut dapat menampung berat mesin tersebut. Jangan main-main. Jadi kes lain nanti.

Itulah dia beberapa alatan yang diperlukan untuk proses heat transfer anda. Anda sebagai seorang pengguna mesin yang newbie, perlu mengetahui cara-cara untuk mengendalikan mesin dan alatan-alatan kami ini dapat membantu anda dalam menghasilkan produk yang lebih baik disamping membantu anda dari segi keselamatan.

Bagi anda yang membaca perkongsian ini pasti anda berminat atau telah memasang niat untuk menceburi bidang percetakan ini kan? 

Inilah peluang terbaik untuk anda menjadi usahawan bersama kami. Anda bukan sahaja berpeluang untuk memulakan perniagaan sendiri berkaitan mesin heat transfer pada fabrik. Malah anda juga boleh mencetak button badge, mug dan pelbagai lagi cenderahati menarik.

Mari sertai kami sekarang. Latihan keusahawanan juga akan kami sediakan tau! “Jom buat duit!”

Anda juga boleh menghantarkan email kepada kami di ask@diyprintingsupply.com atau terus melayari laman web kami di diyprintingsupply.com

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?