Meniaga secara online semakin hari semakan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya media sosial yang telah membuka satu lubuk rezeki yang tidak putus-putus kepada peniaga yang mula berniaga secara online.
Tidak ketinggalan, sekarang juga tersedia pelbagai platform membeli-belah secara online. Antara yang popular adalah Shopee, Lazada dan Zalora. Dengan adanya platform ini, ramai peniaga kecil mahupun syarikat besar yang mempromosikan barang jualan mereka. Selain itu, ada juga peniaga-peniaga yang menyediakan servis pembelian secara dalam talian pada laman web jenama masing-masing. Ini sememangnya dapat merancakkan lagi aktiviti sebagai peniaga online dan mampu mendapatkan keuntungan dari pelbagai platform.
Malah, sekarang juga sudah terlalu banyak peniaga online sampai ada kalanya membuatkan pelanggan pening untuk membuat pilihan. Yang pasti, setiap pembeli akan terpukau dengan ayat-ayat memikat daripada peniaga dan pelbagai lagi tawaran menarik.
Dengan kehadiran ramai peniaga online yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, terdapat segelintir peniaga online yang akan cuba mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Dalam hal ini, pelanggan perlu sentiasa berwaspada dan jangan jadikan diri anda mangsa penipuan pembelian online!
Petanda anda ditipu oleh peniaga online
1. Dah bayar. barang tidak sampai.
2. Peniaga tidak wujud, akaun PALSU.
3. Berjanji macam-macam peniaga kepada pembeli, ‘job’ bulan 2 sampai hujung tahun masih tidak siap dan tidak pulangkan duit anda semula.
4. Janji nak hantar, tetapi masih tidak ada berita.
5. Kualiti barang yang diterima tidak sama dengan spesifikasi barang yang dijual.
Jadi, di sini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan diri anda ditipu oleh peniaga online.
INGAT: JANGAN TERUS BUAT PEMBAYARAN.
Lakukan beberapa perkara ini terlebih dahulu.
7 Tips Elak Dari Ditipu Peniaga Online
#1 SELIDIK DAHULU LATAR BELAKANG PENIAGA
Sebelum kita bersetuju untuk membuat urus niaga dengan mana-mana peniaga, gali segala maklumat yang berkaitan atau “stalk” latar belakang peniaga. Lebih-lebih lagi apabila urus niaga melibatkan jumlah yang besar.
Kemudian, ketahui dan dapatkan kesahihan maklumat yang diberikan sama ada dari segi nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor akaun bank yang diberikan. Ambil masa untuk Google nama syarikat sekiranya perlu untuk mengetahui bahawa adakah alamat yang digunakan adalah tepat atau tidak.
Antara salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat page Facebook atau laman media sosial yang lain untuk menyelidik dengan lebih lanjut. Sekiranya anda tidak yakin dengan latar belakang peniaga tersebut; JANGAN BELI.
#2 HUBUNGI UNTUK PERTANYAAN
Tips seterusnya adalah dengan menghubungi peniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barang yang dijual. Tidak ada masalah untuk anda menghubungi peniaga secara terus untuk bertanya.
Dalam hal ini, anda harus menjadi pengguna yang bijak; jangan terus membeli tanpa apa-apa pertanyaan kerana sekiranya terdapat masalah kelak anda juga yang harus menanggungnya.
Selain itu, dengan menghubungi peniaga, anda boleh mendapatkan maklum balas dan dapat mengesahkan bahawa peniaga tersebut wujud dan bukannya cuba menipu anda. Jika anda memilih untuk Whatsapp, jangan lupa simpan segala screenshot sebagai bukti anda pernah berurus niaga dengan peniaga sebagai rujukan anda sendiri.
#3 RUJUK TESTIMONI ATAU REVIEW DARI PEMBELI
Langkah ketiga Ini juga penting. Testimoni atau ‘review’ dari pengguna kerap kali menjadi salah satu modal untuk peniaga melariskan jualan mereka. Apa yang ada boleh lakukan adalah melihat dan rujuk testimoni daripada pembeli lain. Ini sebagai salah satu panduan kepada anda dalam membuat pertimbangan untuk membeli atau tidak.
Tetapi perlu diingatkan juga kepada anda setiap produk tidak menepati cita rasa semua pelanggan. Pasti ada pelanggan yang menyukainya dan ada juga yang kurang gemak dengan produk atau perkhidmatan tersebut. Jadi, dalam hal ini pertimbangan anda secara rasional amat diperlukan untuk membuat keputasan.
AMARAN KERAS: Terdapat sesetengah peniaga kerap mengguna pakai atau ‘recycle’ testimoni daripada peniaga lain. Buat rujukan dengan peniaga-peniaga lain yang menawarkan produk yang sama.
#4 KENAL PASTI PENIAGA DENGAN TAWARAN YANG MENCURIGAKAN
Pernahkah anda melihat tawaran harga yang sememangnya tidak masuk akal? Malah, ianya jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kadang kala peniaga menggunakan kaedah ini demi menarik perhatian pelanggan. Ya perkara ini ada kalanya memang berlaku.
Jadi apa yang pelanggan perlu lakukan?
Jika anda betul-betul dengan produk tersebut, tidak salah untuk anda bertanya secara detail harga dan promosi yang ditawarkan. Tidak dapat dinafikan harga yang murah dapat mengaburkankan mata pembeli untuk terus membuat pembayaran. Namun, mungkin produk tersebut ada nilai susut sehinggakan harga yang ditawarkan terlalu rendah. Antara kemungkinan sesebuah produk itu jatuh harga adalah sudah hampir tarikh luput dan terdapat kerosakan kecil pada produk (defect product).
Apa-apa pun, sekiranya peniaga tersebut dipercayai, anda boleh meneruskan pembelian. Tetapi sekiranya ia tidak menyakinkan anda, bertindaklah dengan bijak dan cuba cari penjual lain terlebih dahulu.
#5 PILIH UNTUK COD (cash on delivery)
Antara cara untuk kita terselamat dari di ‘scam’ oleh penjual adalah dengan membuat pembayaran secara tunai ketika penghantaran atau cash on delivery (COD). Bagi langkah keselamatan, ini adalah antara salah satu langkah yang benar. Apabila peniaga menawarkan pilihan sama ada untuk pembayaran secara online ataupun COD lebih-lebih lagi untuk tempat yang berhampiran dengan pembeli. Anda boleh mengetahui bahawa peniaga ini jujur dan sememangnya tidak menipu anda.
Namun begitu, ada sesetengah peniaga yang mengambil langkah berjaga-jaga untuk menerima pembayaran secara dalam talian atau bank transfer. Ini bagi menjamin keselamatan peniaga dari sebarang transaksi palsu daripada pembeli.
Justeru, tidak salah untuk membuat mana-mana kaedah pembayaran. Sekiranya ada pilihan COD, ianya lebih selamat. Namun, jika transaksi bayaran hanya disediakan secara online, pembeli perlu peka dengan cara aduan jika anda ditipu oleh penjual.
#6 TINDAKAN ANDA SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN
Selepas anda bersetuju dengan produk yang ditawarkan dan telah pun membuat bayaran, ada beberapa perkara yang perlu anda ‘follow up’ dengan peniaga. Antaranya adalah;
– Minta tracking number atau resit (sekiranya ada) daripada peniaga
– Sentiasa “keep track” dengan peniaga mengenai barang anda dan juga gunakan “tracking no” yang diberikan.
– Setelah menerima barang, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada peniaga.
#7 BUAT LAPORAN POLIS JIKA ANDA DI SCAM OLEH PENIAGA ONLINE
Perkara yang paling kita ingin elakkan adalah ditipu oleh peniaga. Apa yang membimbangkan lagi apabila ianya melibatkan amaun yang besar.
Jadi, sekiranya anda ditipu, segera buat laporan polis dan kemukakan segala bukti yang telah anda simpan. Jika anda mempunyai no. kad pengenalan peniaga, laporkan juga kepada polis untuk mereka membuat siasatan.
Walaupun pada hakikatnya suka untuk anda menerima semua wang yang telah anda berikan, sekurang-kurangnya anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagi seorang pengguna. Beringatlah untuk sentiasa berhati-hati ketika
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”
PERINGATAN:
Sekiranya anda ditipu, segera membuat laporan polis dan kemukakan segala bukti yang telah anda simpan. Jika anda mempunyai no kad pengenalan peniaga, laporkan juga kepada polis untuk mereka membuat siasatan. Jangan biarkan diri anda tertipu.
Zaman telah berubah, kalau dahulu kita sering ditipu dengan skim cepat kaya ataupun sindiket gores dan menang. Namun sekarang dengan dunia digital yang semakin pesat, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak mudah terpedaya.
Walau bagaimanapun, setiap yang terjadi dalam hidup kita boleh diambil pengajaran. Apa yang penting kita sentiasa ‘sediakan payung sebelum hujan’ apabila ditimpa musibah yang tidak kita jangka.
Jadi apa kata kami berikan ‘payung’ kepada anda dan mula berniaga dalam bidang percetakan. Nak tak?
Ya! Di DIYPrintingSupply kami buka peluang kepada anda untuk menjadi peniaga online yang berintegriti. “NO SCAM ALLOWED”. Ayuh mulakan kerjaya anda sebagai seorang usahawan yang berjaya bersama kami. Segala alatan percetakan dan latihan keusahawanan turut kami tawarkan. Jom buat duit dengan kami!
Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!! Hubungi Kami Sekarang !!! | ||
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Number | : | 019.3233.868 / 019.3232.556 019.3233.864 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | ask@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply | |
Youtube | : | www.youtube.com/user/diyprintingsupply |