Kata-kata hikmah dan mutiara kata – Setiap daripada kita yan bergelar makhluk di bumi ini pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Setiap ujian ini bukan lah untuk menjatuhkan kita, tetapi tidak lain tidak bukan untuk kita menjadi manusia yang lebih kuat. Bagi orang Islam pula, kepercayaan terhadap dugaan ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah. Justeru, setia daripada kita memerlukan sokongan dan dorongan dalam menghadapi ujian ini.
Tekan link ni untuk kemeja t-shirt, kanvas & cawan yang motivasi.
Jika kita membelek sejarah silam, banyak peristiwa yang memperlihatkan kejayaan dan ketabahan seseorang setelah mereka dibebani dengan beberapa kali diuji dengan kegagalan.
Kisah Sejarah Yang Penuh Hikmah
Kisah Thomas Edison
Antaranya adalah kisah pencipta lampu mentol iaitu Thomas Edison. Beliau ketika di sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”. Namun ianya tidak mematahkan semangat Thomas dan beliau menerima kata-kata gurunya itu sebagai pembakar semangat. Pada awal penciptan lampu mentol, Thomas Edison telah gagal dalam lebih 1,000 eksperimen. Namun berkat usaha dan kesungguhan, akhirnya beliau menjumpai formula sebenar cara menyalakan lampu mentol tersebut. Lihatlah betapa tekunnya seorang insan bernama Thomas Edison. Jika dia berputus asa, kita sekarang mungkin tidak dapat menikmati cahaya lampu yang kita ada pada hari ini.
Kisah Nabi Yunus
Selain itu, umat Islam juga telah didedahkan dengan kisah para Nabi terdahulu yang menempuhi pelbagai onak duri demi menegakkan agama Islam. Sebagai contoh adalah kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan paus. Peristiwa berlaku apabila Nabi Yunus membawa diri ke laut selepas kesal dengan kaumnya yang tidak mahu menerima ajaran Allah S.W.T. Baginda pulang daripada kawasan perkampungan tersebut dengan menaiki kapal. Pada ketika itu, cuaca tidak mengizinkan sehingga membuatkan kapal hampir tenggalam dilanda badai. Mereka telah membuat keputusan untuk membuang semua barang dari kapal bagi mengurangkan beban. Namun, kapal tersebut tetap tenggelam sehinggalan mereka membuat undian untuk seseorang dibuang ke dalam laut. Hasil undian beberapa kali mendapati orangnya adalah Nabi Yunus.
Maka, Nabi Yunus pun melempar dirinya ke laut. Pada saat itu juga, Allah S.W.T mengirimkan ikan paus untuk menelan dirinya tanpa menghancurkan daging atau mematahkan tulangnya. Di dalam perut ikan paus Nabi Yunus berdoa memohon ampun kepada Allah.
Itulah serba sedikit kisah sejarah yang boleh kita teladani. Percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Maka, untuk itu kami akan berkongsi kata-kata hikmah dan mutiara kata yang boleh memberi anda pedoman dan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Koleksi Kata-Kata Hikmah Dan Mutiara Kata
1. Kata-Kata Hikmah Kehidupan Seharian
1) Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu. Jadi, jangan cepat putus asa.
2) “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
3) Kebijaksanaan menjanjikan kebahagiaan dan kekayaan. Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
4) “Kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta, namum kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup”
5) Jangan sesekali pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita kerana mungkin orang yang telah melukakan hati kita itu juga pernah buat kita tersenyum pada suatu ketika dahulu.
6) Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
7) Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.
8) Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
9) “Ketika dalam sebuah perjuangan terdapat tantangan yang besar, berarti keberhasilan yang menanti juga lebh besar”
10) Ketika kamu lahir kamu menangin dan orang lain tersenyum. Maka jalanilah hidup kami sehingga ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang lain menangis.
11) Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan perkara yang anda mahukan.
12) “Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara, namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya.”
13) Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.
14) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
2. Kata-Kata Hikmah Kebahagiaan
1) “Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan”
2) Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
3) “Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
4) Teruskan berbuat baik walaupun kita bukan orang yang baik. Sebab kita tak tahu kebaikan yang mana yang boleh membawa kita ke syurga.
5) “Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah”
6) “Kunci kebahagiaan hidup sederhana ialah dengan menjalaninya, menikmatinya dan mensyukuri setiap perihal yang ada”
7) Kesedihan dan dugaan yang kita rasakan hari ini akan membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi hari esok. Jangan putus asa, tentu ada hikmah yang manis dibalik semua kejadian yang menimpa kita yang kita tidak mengetahuinya.
8) Jalanilah hari-hari kita dengan senyuman. Meskipun pahit tetaplah tersenyum kerana ia pengubat hati yang sakit.
9) Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
10) Jadikan hari sebagai pengalaman hidup yang paling bermakna. Apa sahaja yang berlaku jalani dengan senyuman.
11) Berhenti sia-siakan hidup menunggu dia yang tak akan pernah jadi milikmu. Hidupmu terlalu berharga untuk itu
12) Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi.
3. Kata-kata Hikmah Pengorbanan
1) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
2) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
3) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
4) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
5) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
6) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”
7) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”
8) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
9) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
10) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
4. Kata-Kata Hikmah Pembelajaran dan Persahabatan
1) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”
2) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”
3) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”
4) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”
5) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
6) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
7) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
8) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
9) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.
10) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.
11) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
12) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
13) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia.
14) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.
15) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
16) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan
17) “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”
18) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
5. Kata-Kata Hikmah Tokoh
1) “Dunia ini ibarat bayangan: kejar dia dan engkau tak akan pernah boleh menangkapnya; balikkan badanmu darinya dan dia tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu.” – Ibnu al-Qayyim
2) “Kehilangan waktu itu lebih sulit daripada kematian, karena kehilangan waktu membuatmu jauh dari Allah dan Hari Akhir, sementara kematian membuatmu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja.” – Ibnu al-Qayyim
3) “Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari: Kelmarin, ia telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Esok, engkau mungkin tak akan pernah menemuinya. Hari ini, itulah yang kau punya, jadi beramallah di sana.” – Hasan al Bashri
4) “Dan demikianlah rahsia dunia ini. Jika engkau membuang cinta dunia dari hatimu, dunia akan tersedia untuk engkau ambil. Engkau boleh memiliki dunia kerana ia berada di tanganmu dan bukan di dalam hatimu.” – Hamzah Yusuf
5) “Setiap dan semua bahagian dari dunia ini adalah perangkap bagi yang jahil dan mengangkat kebahagiaan bagi yang bijak.” – Rumi
6) “Ketika cinta di atas dunia memasuki hati, takut akan Akhirat akan keluar darinya. Berhati-hatilah dengan godaan dunia, kerana tidak seorang hambapun yang membuka sebuah pintu dunia ini tanpa tertutupnya beberapa pintu Akhirat baginya.” Hasan al Bashri
7) “Kita membangun kehidupan di dunia ini dengan merobek-robek agama kita. Pada akhirnya, baik agama mahupun dunia yang kita bangunkan tidak lagi bersisa.” – Ibrahim bin Adham
8) “Jika saja dunia ini dijual di pasar, aku tak akan membelinya pada harga sepotong roti kerana semua permasalahan yang dimilikinya.” – Imam asy Syafi’i
9) Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang- Cecil B.Demille
10) “Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.”-Ali bin Abi Thalib
11) “Setiap perjuangan pasti ada tantangan. Jika tidak berani menghadapi tantangan, jangan berjuang. Namun hidup sendiri pun adalah perjuangan.” – Abdurrahman Navis
6. Kata-Kata Hikmah Di Dalam AL-Quran
1) “Jika Anda (benar-benar) mencintai Allāh maka ikutilah aku (iaitu: menerima Islam agama Tunggal, mengikuti Qur’an dan Sunnah), Allāh akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allāh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Ali Imran 3:31)
2) Allah berfirman“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath Thalaaq: 2-3)
3) “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” – Al hadid [57:20]
4) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. – (Al-Insyirah: 5-6)
5) Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar. – (Ar-Rum: 60)
6) Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. – (At-Talaq: 4)
7) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. – (Al-Baqarah: 286)
8) Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. – (Ibrahim: 39)
9) Allah berfirman: “Janganlah kamu berdua khawatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat”. – (Thaha: 46)
10) Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. – (Az-Zumar: 10)
11) Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. – (Ad-Duha: 7)
12) Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu. – (Al-Baqarah: 152)
13) Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. – (Yunus: 55)
14) Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. – (Al-Insan: 30)
15) dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. – (Al-A’raf: 156)
“Kata-kata itu penenang jiwa”
Maka demikianlah perkongsian berkenaan kata-kata hikmah dan mutiara kata yang sesuai dijadikan motivasi untuk kita bersama. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan anda sedikit ketenangan dan membantu melapangkan sedikit fikiran yang sedang bercelaru. Yakinlah bahawa setiap masalah yang kita hadapi pada hari ini akan menjadi pengajaran yang berguna untuk masa hadapan.
Tekan link in untuk dapatkan produk seperti kemeja t-shirt, kanvas dan pelbagai cenderahati yang bermotivasi ni.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang terkesan dengan keadaan sekarang. Ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Kalau asyik difikirkan memang serabut dibuatnya. Manakan tidak, setiap daripada kita ada komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap bulan. Semestinya perkara ini menjejaskan kewangan dan emosi kita.
Namun, selepas hujan pasti ada pelangi. Jadi kami ingin memberi anda peluang dan sinar baru untuk mulakan perniagaan dalam bidang pencetakan. Dengan menyertai program kami, anda berpeluang untuk menjadi usahawan berjaya sama seperti ratusan usahawan lain di bawah selian kami.
Untuk anda kami tawarkan pakej menarik dan ansuran untuk mendapatkan alatan pencetakan. Jangan risau, kami juga akan sediakan latihan keusahawanan untuk anda. Ini lah masanya untuk anda memulakan perniagaan sendiri. Ayuh sertai kami sekarang!