Semua jenis mesin memerlukan aksesori atau bahan tambahan untuk melancarkan tugasnya. Contohnya, mesin fotostat memerlukan toner untuk mencetak helaian demi helaian kertas. Mesin button badge pula memerlukan acuan untuk menghasilkan button badge yang sempurna. Seperti mesin fotostat memerlukan toner dan mesin button badge memerlukan acuan untuk berfungsi dengan baik, begitu juga dengan mesin heat press.
Dalam artikel hari ini, kami akan memperkenalkan aksesori yang paling wajib ada untuk memudahkan pekerjaan anda semasa mengendalikan mesin heat press.
#1: Soft Mat
Soft mat diperbuat daripada foam lembut dan tahan panas. Soft mat selalu digunakan untuk mencetak objek yang mudah rapuh seperti jubin seramik, glass photo rock, jam kaca dan banyak lagi. Ini kerana kaca dan bahan-bahan yang deperbuat daripada seramik mempunyai kecenderungan untuk pecah atau retak dengan lebih mudah berbanding dengan bahan-bahan lain kerana tekanan tinggi yang diperlukan untuk percetakan heat transfer. Oleh itu, meletakkan soft mat ke pangkal mesin heat press terutama apabila anda sedang melakukan proses heat transfer di kaca atau bahan seramik boleh membantu anda menghasilkan percetakan heat transfer yang sempurna dan pastikan bahawa tiada kecacatan. Dengan berbuat demikian, ia secara automatik mengurangkan tekanan tetapi membantu dalam mengekalkan lebih banyak haba.
#2: Teflon Sheet
Teflon sheet bertanggunjawab untuk mengurangkan “kesan buruk pemanasan” pada fabrik sambil mengekalkan suhu yang sesuai dan tekanan yang diperlukan untuk sebarang percetakan heat transfer yang melibatkan kain fabrik seperti T-Shirt, sarung bantal, baby romper dan sebagainya. Jika anda mencetak pada fabrik tanpa teflon sheet, kain yang dicetak boleh rosak dan menghasilkan kesan hitam kekuningan selepas pemanasan suhu yang tinggi. Teflon sheet adalah aksesori yang penting untuk percetakan heat transfer fabrik untuk memastikan bahawa fabrik tidak akan rosak daripada suhu kepanasan yang tinggi.
#3: Sarung tangan tahan panas
Seperti namanya, sarung tangan tahan panas bertujuan untuk melindungi tangan anda daripada melecur atau terbakar semasa mengendalikan mesin heat press.
#4: Silicone Flat Mat
Silicone Flat Mat ialah antara aksesori yang tahan lama dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia diletakkan di pangkal mesin heat press. Selain itu, penggunaan silicon flat mat bersama-sama dengan heat platen board akan memastikan kualiti cetakan yang sangat baik.
DIYPrintingSupply, pakar percetakan heat transfer. Kami juga menyediakan khidmat perundingan percuma melalui SMS, panggilan, e-mel atau di laman sosial media. Hubungi kami sekarang!