Perniagaan percetakan hadiah DIY adalah bukan sahaja tentang bagaimana memasarkan dan menjual cawan/ tshirt yang sudah dicetak. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk memproses produk dan sebagai pemilik perniagaan, anda perlu tahu bagaimana untuk memilih peralatan percetakan yang sempurna. Untuk membantu anda dalam membuat keputusan, di sini ada empat soalanyang mungkin dapat membantu anda dalam memilih peralatan yang sesuai.
1. Automatik atau manual?
Jika anda menggunakan mesin automatik, ia akan menjana tekanan dengan menggunakan tekanan udara yang dikawal selia dalam paun per inci persegi. Ia mudah untuk digunakan tetapi lebih mahal dan perlu lebih perhatian pada penyelenggaraan. Manual pula membolehkan anda untuk menyesuaikan tekanan supaya anda boleh merasa perbezaan antara kuat, sederhana dan ringan.
2. Berapa banyak yang kuantiti yang perlu dihasilkan?
Sebagai permulaan, lebih baik sekiranya anda boleh mencetak beberapa sampel dan menyiarkannya dalam laman web anda. Seperti contoh t-shirt, beberapa reka bentuk cawan dan lain-lain. Pada kebiasaannya untuk perniagaan percetakan, anda akan menerima pre order, dan dari sana anda boleh menguruskan berapa banyak yang anda perlu hasilkan dan apa jenis mesin cetak sesuai untuk setiap pesanan.
3. Siapa yang menggunakannya?
Adalah penting untuk mengetahui siapa yang akan menggunakan mesin heat press ini. Panduan pengguna boleh menjadi sangat kompleks bagi seseorang yang mempunyai pengetahuan yang kurang. Yang terbaik adalah apabila anda membuat keputusan untuk membeli mesin heat press, pastikan penjual menyediakan latihan produk dan jika mereka berbuat demikian, pastikan orang yang akan mengendalikan mesin menghadiri latihan.
4. Apakah pilihan tenagan elektrik yang ada?
Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan apabila membeli heat press adalah tenaga yang dimasukkan ke dalam setiap mesin. Mesin pengeluaran yang lebih tinggi akan memerlukan sambungan 220 volt, yang adalah sama dengan mesin basuh dan pengering anda. Walaupun ia akan menjimatkan kos tenaga anda, harga akan menjadi sedikit tinggi. Biasanya anda akan memilih mesin heat press yg menggunakan tenaga kurang dari 220 volt.
Lawati laman web kami kerana menawarkan pelbagai mesin haba baru dan berkualiti. Untuk mencari mesin berkualiti tinggi dan bekalan pada harga yang rendah, jangan lupa hubungi kami sekarang !!
Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!! Hubungi Kami Sekarang !!! |
||
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Number | : | 019.3232.740 / 019.3232.556 019.3233.864 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | enquiry@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply | |
DIY FB Group | : | www.facebook.com/groups/ |