Mesin Heat Press ini merupakan sebuah mesin yang direka khusus untuk mencetak pelbagai corak atau grafik ke atas fabrik seperti T-shirt. Mesin ini juga boleh digunakan untuk membuat cetakan pada mug, pinggan dan ini merangkumi juga pelbagai produk yang lain. Mesin ini berfungsi melalui penggunaan dua elemen utama iaitu KEPANASAN dan TEKANAN yang di selaraskankan bagi tempoh tertentu (bergantung kepada kesesuaian jenis produk/barang).
Terdapat DUA jenis ‘heat press’ iaitu dalam bentuk manual dan juga automatik. Menariknya, hasil produk ‘heat press’ telah menyumbang kepada perkembangan industri fesyen antarabangsa yang pesat, sejak dari tahun 1960an. Kebanyakan ‘heat press’ menggunakan elemen pemanasan aluminium kerana aluminium memang terbukti keberkesanannya sebagai konduktor haba yang hebat.