Entri ini adalah rentetan entri pertama, berkenaan peluang perniagaan percetakan dari rumah, dengan menggunakan Heat Transfer Printing Machine (HTPM).

Untuk memberikan kefahaman yang lebih terperinci kepada anda semua tentang business percetakan menggunakan kaedah HTPM ni, lebih afdhal lagi saya jelaskan dahulu APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HEAT TRANSFER PRINTING atau nama lainnya HEAT PRESS.

Heat Press Machine

Sejujurnya, saya telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian ke atas topik perbincangan kita dalam entri kali ini (wajar saya ingatkan sebagaimana yang kita semua sedia maklum, sumber artikel rujukan kebanyakan dalam bahasa Inggeris). Saya akan cuba dengan sebaik mungkin untuk menterjemahkan dan menerangkan dalam bahasa ibunda tercinta. Ini definasi yang saya ambil dari laman web:

“The heat press is a machine used to add designs to fabric. It is used by consumers, nonprofit organizations and businesses to make T-shirts and other projects”

atau dalam Bahasa Melayu: ‘heat press’ adalah merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk mencetak pelbagai corak ke atas fabrik. Ianya digunakan oleh para pelanggan, badan bukan kerajaan dan para usahawan yang menjalankan perniagaan menghasilkan kemeja-T dan juga projek-projek yang sewaktu dengannya.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?