Ramai yang sering bertanya kepada DIYPrintingSupply.com tentang proses pencetakan pemejalwapan ataupun sublimation printing. Antara soalan-soalan yang sering ditanya adalah:
- Apakah itu sublimation printing?
- Apakah bahan yang boleh dicetak dengan menggunakan proses sublimation.
- Adakah bahan-bahan seperti kaca, kayu dan plastik boleh menggunakan sublimation printing?
Untuk pengetahuan pembaca, sublimation printing HANYA BOLEH di buat diatas permukaan yang mempunyai suatu lapisan tambahan yang istimewa. Lapisan itu yang membolehkan penerimaan imej diatas sesuatu produk. Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknik sublimation printing ini pada fabrik polyester seperti microfibre dan dryfit.
Sublimation printing ini menggunakan dakwat pemejalwapan & kertas pemejalwapan sewaktu memproses. Ia memindahkan dakwat pemejalwapan di kain melalui suhu & tekanan yang tinggi dalam tempoh masa 1 minit.
Apakah itu coating?
Seperti yang kami jelaskan di perenggan atas, coating adalah suatu lapisan istimewa. Coating ini boleh dibuat sendiri namun ianya agak sukar. Ini kerana, untuk membuat coating yang berkualiti, anda perlukan ruang yang besar, mesin yang sesuai dan skill yang hebat. Ianya juga memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan coating diatas produk.
Jadi bagaimana anda hendak menggunakan teknik sublimation jika agak payah untuk menghasilkan produk coating?
Jawapan kami mudah sahaja! Kunjungi DIYPrintingSupply.com hari ini dan dapatkan pelbagai produk sublimation dengan harga yang berpatutan. Kualiti sangat-sangat terjamin!