“Buat la ASB loan, lagi untung.” Anda mesti pernah dengar tentang ASB kan? Tapi tahu atau tidak ASB bukan sahaja tempat untuk kita simpan duit atau platform pelaburan semata-mata. Tetapi ASB juga menyediakan perkhidmatan pinjaman untuk anda lipat gandakan keuntungan bagi tabungan anda. Tapi waktu pandemik COVID-19 ni betul ke untung?

Apa ASB Loan ni?

ASB Loan atau lebih dikenali sebagai ASB Financing ini adalah satu kaedah pelaburan yang diperkenalkan oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB).

ASB Financing (ASBF) ini merupakan sebuah fasiliti pinjaman wang daripada dari agensi bank ASB yang terpilih. Seterusnya wang pinjaman tersebut akan digunakan untuk membeli sijil pelaburan ABF. Selain itu, buat yang mungkin belum tahu, kemudahan ini hanya disediakan untuk golongan bumiputera dan nilai maksimum pinjaman adalah RM200,000 sahaja.

Senang cerita bezanya simpanan ASB dan ASBF adalah simpanan ASB kita bebas untuk menyimpan berapa amaun yang kita mahukan pada bila-bila masa. Namun bagi ASBF pula, amaun pelaburan telah dimasukkan terlebih dahulu oleh pihak bank. Kemudian, peminjam perlu membayarnya semula mengikut kadar dan jumlah yang telah ditetapkan.

grafik pelaburan ASB loan

ASBF dapat untung lebih ke?

Isu keuntungan dalam pelaburan ini semestinya perkara utama yang diberi perhatian bagi setiap pelabur. Antara keistimewaan yang anda dapat nikmati jika melabur dengan ASBF adalah anda akan mendapat jumlah pulangan atau dividen mengikut jumlah pinjaman.

Sebagai contoh anda membuat pinjaman ASB sebanyak RM200,000. Apabila dividen tahunan diumumkan, anda akan menerima dividen melalui jumlah pinjaman tersebut dan tidak dipengaruhi oleh jumlah bayaran anda pada setiap bulan.

Dividen 5.5%

Simpanan biasa: RM20,000 X 5.5% UNTUNG: RM1,100

ASB Loan: RM 200,000 X 5.5 UNTUNG: RM11,000

Jadi pada dasarnya anda akan mendapat lebih dividen tahun daripada pelaburan anda. Tetapi harus diingatkan ASBF ini juga ada risikonya.

kadar dividen asb loan

Dekat mana nak buka akaun ASB Loan?

Di Malaysia, sudah banyak bank yang menawarkan kemudahan pinjaman bagi ASB ini. Antara bank yang tersenarai adalah;

  1. Maybank
  2. Ambank
  3. Bank Simpanan Nasional
  4. Affin Bank
  5. RHB Bank
  6. Bank Islam

Risiko ASB Loan

1. Kenaikan kadar faedah bank

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pembukaan akaun ASBF bermakna pelabur akan membuat pinjaman dengan pihak bank bagi membiayai jumlah pelaburan yang diinginkan.

Oleh itu, setiap bulan peminjam perlu membuat bayaran pinjaman dengan jumlah yang ditentukan dengan kadar faedah yang dipersetujui.

Jadi antara risiko yang perlu dihadapi adalah kadar faedah yang tinggi dikenakan kepada peminjam. Sebelum nak buat pinjaman tu kena kira betul-betul. Untung atau tidak, kalau kadar faedah tinggi sangat takut tercekik pula nak bayar nanti.

2. Penurunan kadar dividen ASB

Setiap tahun pengumuman kadar dividen pastinya dinantikan oleh semua pelabur. Namun trend kadar dividen yang diumumkan melihat ada sedikit pengurangan lebih-lebih lagi apabila pasaran saham dunia terjejas akibat wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, kadar dividen ini masih memberi keuntungan walaupun sedikit. Apa yang penting adalah kesanggupan untuk menanggung risiko. Biasalah dalam pelaburan ini lebih tinggil risiko lebih tinggi untung.

Kadar dividen asb 2019

Boleh ke buat ASB Loan waktu pandemik ni?

Ramai yang teragak-agak patut ke melabur dengan cara ASB Financing ni. Ye lah sekarang kan memang musim orang ramai berlumba-lumba untuk melabur sebab nak beranakkan duit simpanan.

Tapi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita dinasihatkan untuk melabur mengikut kemampuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Mohammad Hussin, pihak ASNB tidak menghalang atau menggalakkan orang ramai untuk mengambil Pembiayaan ASB kerana ia satu kemudahan yang baik jika dilakukan dengan strategi yang betul.

“Namun, perkara pertama yang penting ialah mengambil pembiayaan berdasarkan kemampuan untuk membayar ansuran bulanan menggunakan gaji bulanan dan tidak mengharapkan dividen semata-mata,” lapor Berita Harian.

Logo ASNB

Secara asasnya, pelabur tidak perlu risau berkenaan isu kerugian. Ini kerana mereka tidak akan hilang modal yang dilaburkan. Namun kadar dividen sahaja yang berbeza setiap tahun. Tetapi bagi ASB Loan pula, pelabur perlu memastikan kedudukan kewangan yang stabil sebelum membuat keputusan membuka akaun ASBF ini.

Pokok pangkalnya adalah diri anda sendiri, adakah anda ingin mengambil risiko atau tetap di jalan yang selamat.

Jika pelaburan adalah salah satu cara untuk anda tambah pendapatan, mungkin anda juga boleh mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Jika anda berminat untuk mengembangkan kreativiti anda, di sinilah tempatnya. Jadi sebahagian daripada kami dalam menghasilkan pelbagai produk pencetakan yang mampu memberikan anda pulangan yang lumayan!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?