Lencana adalah salah satu bisnes yang menguntungkan. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan bahan-bahan dan peralatan yang sesuai. Pertama sekali, anda memerlukan mesin badge yang boleh memasang dan menekan bahan- bahan berlainan badge ini bersama-sama. Mesin ini juga boleh didapati sama ada manual atau auto (memerlukan penggunaan elektrik) yang boleh membuat pengeluaran lencana dalam jumlah yang besar.
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dalam membuat lencana adalah reka bentuk (design). Anda boleh menghasilkan reka bentuk yang tertentu menggunakan perisian seperti “ Adobe Photoshop” atau “Adobe Illustrator”. Selain itu apa yang perlu anda pastikan adalah diameter design lencana anda perlulah sepadan dengan acuan pada mesin.
Anda boleh mencetak rekabentuk lencana anda menggunakan “inkjet” atau “laser” printer. Selain itu kertas juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan rekabentuk yang cantik.
Terdapat beberapa cara yang berbeza untuk memotong reka bentuk anda antaranya menggunakan pemotong kertas membulat. Walaupun dapat menjimatkan kos tetapi menggunakan peralatan ini mengambil masa yang lama dan agak sukar.
Walau bagaimanapun mengambil banyak masa dan usaha serta kadang-kadang ia memotong tidak tepat dengan saiz yang ditetapkan. Punch grafik (die puncher) adalah lebih mahal tetapi memotong dengan secara profesional di mana dapat menghasilkan keputusan yang tepat, cekap dan mesra. Pemotong jenis ini juga sangat tahan lama kerana ia tidak menggunakan sebarang bilah yang mungkin senang tumpul.
Setelah melakukan proses pemotongan, peringkat akhir pula membuat lencana butang. Pembuat badge mungkin berbeza dalam segi prosedur tetapi umumnya anda hanya perlu meletakkan kertas yang telah dipotong bentuk bulat, kepingan logam dan plastik nipis (Mylar) ke dalam mold dan kemudian “clamp”. Kini anda telah melengkapkan satu lencana!