Pemberian hadiah pada masa kini semakin istimewa dan unik serta mengambil kira nilai kegunaan hadiah tersebut kepada penerimanya. Antara hadiah yang kita lihat semakin popular kini adalah “customize” mug. “ Customize” mug ini istimewa dan unik, samaada sebagai hadiah, barangan promosi perniagaan mahupun sebagai kegunaan peribadi.
Ada beberapa kaedah yang berbeza yang selalu digunakan untuk menghasilkan “customize” mug. Antara yang paling popular adalah percetakan skrin, ukiran laser dan proses “heat press”. Proses “heat press” adalah sangat mudah, dengan itu ia menjadi lebih popular untuk perniaga- peniaga kecil. Dengan proses “heat press” yang sngat mudah ini, pelbagai rekaan samada yang berwarna warni atau terperinci dapat dihasilkan. Selain itu cetakan juga akan kekal pada mug anda tanpa perlu bimbang warna akan luntur atau hilang akibat goresan.
Alat dan bahan yang anda perlukan untuk rekaan khas mug anda adalah, mug khas (coated sublimation mug), kertas “sublimation”, pita suhu tinggi dan mesin tekan haba (heat press). Setelah rekaan anda sedia, ia dicetak pada kertas “sublimation” menggunakan dakwat pemejalwapan (sublimation ink). Selepas rekaan anda dicetak, kertas “sublimation” dilekat pada mug dengan menggunakan pita suhu tinggi. Kemudian ia sedia untuk proses pemindahan atau proses “heat press” .Proses pemanasan suhu tinggi ini akan mengambil masa lebih kurang 3 minit.
Semasa proses pemanasan, dakwat “sublimation” menjadi seperti gas yang kemudiannya meresap ke dalam liang-liang mug kopi. Oleh kerana itu, mug yang digunakan haruslah mempunyai salutan lapisan khas. Selepas proses pemanasan, mug dikeluarkan dari mesin, pita suhu tinggi dan kertas ditanggalkan. Mug kemudiannya disejukkan. Ini adalah proses untuk dakwat yang dipanaskan tadi meresap dan melekat pada mug tersebut . Hasilnya rekaan pada mug akan kekal dan tidak mudah lusuh dan luntur selepas digunakan berulang kali.
Cetakan rekaan pada mug dengan kaedah “heat press” adalah benar-benar menakjubkan. Yang paling popular adalah foto mug, yang mana hasilnya tampak berkilat seolah-olah gambar peribadi yang asal.Ini kerana proses ini membolehkan rekaan berwarna penuh dengan perincian yang tinggi.
Kelebihan ini telah menjadikannya popular di kalangan syarikat-syarikat berskala besar, serta yang sedang mencari barangan promosi perniagaan, dan ianya boleh memaparkan logo syarikat dengan kepelbagaian warnanya.
Kami DIYPrintingSupply.com adalah pakar percetakan! Kami menawarkan alat dan bahan-bahan untuk mencetak mug dengan kaedah percetakan pemejalawapan ini. Mug lapisan khas kami pelbagai dari mug putih dan berwarna,mug jenis gelas dan polimer,mug jenis unik seperti ‘sparkling’ dan ‘magic’.Beli melalui kami hari ini untuk mendapatkan harga terendah yang dijamin!
Start Your DIY Gift Printing Business TODAY!! |
||
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Number | : | 019.3232.740 / 019.3232.556 019.3232.930 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | enquiry@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply | |
DIY FB Group | : | www.facebook.com/groups/diyprintingsupply/ |